Institut Latihan Instruktur Terbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bangunan Utama ILIT

Institut Latihan Instruktur Terbang, ataupun lebih dikenali sebagai ‘ILIT’ ditubuhkan pada tahun 1978 merupakan salah satu pusat latihan penting yang berada di bawah pemerintahan Kolej Tentera Udara. Sebagaimana yang dipertanggungjawabkan oleh pucuk pimpinan TUDM, ini adalah satu satunya institut yang berperanan melatih bakalbakal Jurulatih Penerbangan (Qualified Flying Instructor - QFI/ Qualified Helicopter Instructor - QHI) TUDM khasnya dan ATM amnya. Institut ini juga menyediakan latihan Fasa Akademik kepada bakal-bakal Qualified Tactical Flying Instructor (QTFI), Jurulatih Jurumalim (QNI), Jurulatih Sistem Persenjataan (IWSO), Jurulatih Jurutera Penerbangan (QFEI) serta Jurulatih Kabin (QCI). Selain itu, di atas faktor peningkatan status pusat latihan di bawah naungan Markas Pendidikan dan Latihan Udara, pihak atasan telah menjenamakan ILIT semula sebagai pusat kecemerlangan kejurulatihan bagi mempertingkatkan peranan ILIT di dalam teknik kejurulatihan secara menyeluruh di peringkat TUDM bermula 7 Sep 2017. Fungsi dan tanggungjawab utama ILIT adalah melaksanakan semua kursus jurulatih penerbangan dan teknik kejurulatihan TUDM berdasarkan kurikulum yang semasa yang diluluskan. Pada masa yang sama, ILIT juga akan memantau keseragaman piawaian kesemua jurulatih-jurulatih penerbangan di semua perkhidmatan ATM melalui ujian penerbangan kategori jurulatih. Di samping itu demi memperkasakan kembali ketukangan kejuruteraan, ILIT diamanahkan untuk mendirikan Flait Kejuruteraan ILIT pada 01 Okt 2020. Flait ini berperanan melaksanakan kursus senggaraan Pesawat PC-7 MK II melalui Sekolah Sistem PC-7 MK II untuk melahirkan jurutera serta para juruteknik pesawat tersebut. Sehingga kini, Flait Kejuruteraan ILIT berkeupayaan mandiri untuk melaksanakan senggaraan Barisan Pertama Pesawat PC-7 MK II (First Line Servicing) serta senggaran Barisan Kedua Pesawat PC-7 MK II (Second Line Servicing).

Sejarah[sunting | sunting sumber]