iPhone 14 Pro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
iPhone 14 Pro
iPhone 14 Pro Max
iPhone 14 Pro warna Ungu Pekat
JenamaApple Inc.
PengilangFoxconn
Cogan kataPro. Beyond.
WarnaUngu Pekat, Emas, Perak, Hitam Angkasa
GenerasiKe-16
Rangkaian serasi2G / 3G / 4G LTE / 5G NR
Julung diedarkan16 September 2022; 18 bulan yang lalu (2022-09-16)
Ketersediaan mengikut rantau
16 September 2022
  • Australia
  • Kanada
  • China
  • Perancis
  • Jerman
  • India
  • Itali
  • Jepun
  • Arab Saudi
  • Singapura
  • Sepanyol
  • Thailand
  • Emiriah Arab Bersatu
  • Kerajaan Bersatu
  • Amerika Syarikat
PendahuluiPhone 13 Pro / 13 Pro Max
BerkaitaniPhone 14 / 14 Plus
Jenis
Penjadi rupaSabak
Ukuran
  • Pro:
  • T: 147.5 mm (5.81 in)
  • L: 71.5 mm (2.81 in)
  • D: 7.85 mm (0.309 in)
  • Pro Max:
  • T: 160.7 mm (6.33 in)
  • L: 77.6 mm (3.06 in)
  • D: 7.85 mm (0.309 in)
Jisim
  • Pro: 206 g (7.3 oz)
  • Pro Max: 240 g (8.5 oz)
Sistem pengendalianTerasal: iOS 16
Sistem atas cipA16 Bionic
ModemQualcomm X65 5G
Ingatan6 GB LPDDR5 ICR
Storan128 / 256 / 512 GB / 1 TB
Storan bolehtanggalTiada
SIMSIM nano (hanya gubahan bukan AS) dan eSIM
Bateri4325 mAh
PengecasanNirwayar dan kilat
Paparan
  • 14 Pro: 6.1 in (150 mm)
    1179 × 2556 resolution, nisbah 19.5:9 (ketumpatan ~460 ppi)
    OLED XDR Retina Super, HDR10, 1000 nit (biasa), 2000 nit (puncak)
  • 14 Pro Max: 6.7 in (170 mm)
    peleraian 1284 × 2778, nisbah 19.5:9 (ketumpatan ~460 ppi)
    OLED XDR Retina Super, HDR10, 1000 nit (biasa), 2000 nit (puncak)
Paparan luarKekal
BunyiAudio 32-bit/384kHz, Pembatalan hingar giat dengan mikrofon khusus
Kamera belakang48 MP, f/1.6, 26mm (lebar), 1.4µm, dwipiksel PDAF, OIS
12 MP, f/2.0, 52mm (telefoto), 1/3.4", 1.0µm, PDAF, OIS, 3x zum optik
12 MP, f/2.4, 120?, 13mm (ultralebar), 1/3.6"
TOF 3D pengimbas LiDAR (dalam)
Denyar Dwi-LED dwirona, HDR (foto/panorama)
4K@24/30/60fps, 1080p@30/60/120/240fps, 10?bit HDR, Dolby Vision HDR (hingga 60bps), rakaman bunyi stereo.
Kamera depan12MP, ƒ/1.9 aperture Autofocus with Focus Pixels Six‑element lens SL 3D, (depth/biometrics sensor)
4K@24/30/60fps, 1080p@30/60/120fps, gyro-EIS
KetersambunganWi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac/6, dual-band, hotspot
Bluetooth 5.3, A2DP, LE
Masukan data
Senarai masukan:
Ketahanan airIP68 tahan habuk/air (hingga 6m selama 30 min)
Keserasian alat bantu dengarM3, T4
BuatanTaiwan[perlu rujukan]
Tapak sesawangwww.apple.com/iphone-14-pro/
Rujukan[1][2][3][4]

 

iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max ialah telefon pintar mewah yang direkabentuk dan dipasarkan oleh Apple Inc. Ia merupakan iPhone andalan generasi keenam belas, menggantikan iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Peranti tersebut telah diperkenalkan bersama iPhone 14 dan iPhone 14 Plus di Acara Apple di Taman Apple di Cupertino, California pada 7 September 2022[5][6] dan akan tersedia pada 16 September 2022. Tempahan untuk iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max bermula pada 9 September 2022.[7]

iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max merupakan iPhone pertama yang mempunyai jenis paparan potongan baharu yang dipanggil "Nusa Suai". Model iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max (serta iPhone 14 dan 14 Plus) yang dijual di Amerika Syarikat menggugurkan sokongan untuk kad SIM fizikal, menjadikannya model iPhone pertama sejak lainan CDMA iPhone 4 yang tidak disertakan pembaca kad SIM masing.[8]

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max tersedia dalam empat warna: Perak, Hitam Angkasa, Emas, dan Ungu Pekat.

Warna Nama
Perak
Hitam Angkasa
Emas
Ungu Pekat

Perincian[sunting | sunting sumber]

Perkakasan[sunting | sunting sumber]

Cipset[sunting | sunting sumber]

iPhone 14 Pro dan Pro Max menampilkan sistem atas cip (SaC) A16 Bionic baharu, dibina pada proses 4-nanometer, menggantikan A15 Bionic yang dilihat pada barisan iPhone 13 dan 13 Pro, iPhone SE generasi ke-3, dan iPhone 14 dan 14 Plus.

Kamera[sunting | sunting sumber]

iPhone 14 Pro dan Pro Max menampilkan penderia 48 megapiksel baharu, penaiktarafan terbesar pada penderia kamera utama dalam tempoh 7 tahun. Ini membolehkan ragam telefoto 2x baharu, yang membolehkan zum 2x dan video 4k tanpa Zum Digital. Apple kini menggunakan "Enjin Fotonik" (Photonic Engine) baharu untuk mutu citra dan video yang lebih baik. Kamera depan kini mempunyai autofokus, dan berbilang orang boleh dicam dalam tangkapan Ragam Potret.

Paparan[sunting | sunting sumber]

Model iPhone kini mempunyai XDR Paparan Retina Super, yang memuncak pada 2000 nit. Paparan juga mempunyai kadar penyegaran 120 Hz, dengan teknologi LTPO. iPhone 14 Pro mempunyai peleraian 2556x1179 piksel pada 460 ppi, manakala lainan Pro Max mempunyai peleraian 2796x1290 piksel pada 460 ppi. Mereka mempunyai salutan oleofobik tahan cap jari dengan sokongan untuk paparan nekabahasa dan nekaaksara serentak. Kedua-dua lainan juga menyokong ciri "paparan kekal".

Bateri[sunting | sunting sumber]

iPhone 14 Pro Max menyediakan 29 jam main semula video, manakala lainan Pro menyediakan 24 jam main semula video.

Perisian[sunting | sunting sumber]

Seperti iPhone 14 dan 14 Plus, 14 Pro dan Pro Max akan diedarkan dengan iOS 16.

Nusa Suai[sunting | sunting sumber]

Nusa Suai (Dynamic Island) ialah langbayangan "takuk" penderia pada model iPhone terdahulu bermula dengan iPhone X, yang dalam iPhone 14 Pro dialihkan ke potongan yang terpisah sedikit dari bahagian atas layar. Ia direkabentuk untuk menyampaikan maklumat berguna, seperti pemberitahuan perkakasan dan peringkat sistem, data main balik media dan kefungsian khusus apl lain. Irap ini mungkin muncul sebagai pengembangan pada kedua-dua belah penderia, dengan latar belakang sepadan dengan warna hitam keratan layar dan kelihatan mengembangkannya dengan lancar.[9] Nusa Suai juga boleh berkembang lebih jauh ke paparan iPhone 14 yang lebih luas. Sebagai contoh, pemberitahuan untuk panggilan masuk muncul dalam sepanduk yang terbentang mendatar dari penderia, manakala penunjuk KN Muka (Face ID) menurun ke bawah menegak dari keratan penderia dan bukannya muncul di tengah-tengah paparan seperti pada model sebelumnya.

Nusa Suai juga boleh disentuh untuk melihat butiran tambahan; contohnya, kegiatan berterusan seperti panduan Peta atau markah sukan juga boleh dikembangkan dengan menyentuh lama pada kawasan tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "iPhone 14 Pro and 14 Pro Max - Technical Specifications". Apple (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-10.
  2. ^ "Apple iPhone 14 Pro". PhoneAqua.
  3. ^ "Apple iPhone 14 Pro Max". PhoneAqua.
  4. ^ "Apple iPhone 14 Pro". GSMArena. 7 September 2022.
  5. ^ MacRumors Staff (7 June 2022). "iPhone 14 Pro: Everything we know about Apple's upcoming Pro iPhone models". MacRumors.
  6. ^ "iPhone 14 Pro". apple.com.
  7. ^ "iPhone 14 Pro: Just Announced! Dynamic Island, A16 Chip, Satellite Connectivity". MacRumors (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-10.
  8. ^ "Apple kills off the SIM tray on the iPhone 14 and 14 Pro in the US" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-09-09.
  9. ^ Smith, Chris (7 September 2022). "What is Dynamic Island? iPhone 14 Pro notch feature explained".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
iPhone 13 Pro / 13 Pro Max
iPhone
generasi ke-16
bersama iPhone 14 / 14 Plus
Penyandang kini

Templat:IOSTemplat:Apple hardware since 1998Templat:Apple Inc. hardware