ISO 1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

ISO 1 ialah sebuah piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Organization for Standardization yang menentukan suhu rujukan standard untuk spesifikasi dan pengesahan produk geometri. Suhu ditetapkan pada 20 °C bersamaan dengan 293.15 kelvin dan 68 darjah Fahrenheit.[1]

Disebabkan pengembangan haba, ukuran panjang ketepatan perlu dibuat pada (atau ditukar kepada) suhu yang ditetapkan. ISO 1 membantu dalam membandingkan ukuran dengan mentakrifkan suhu rujukan sedemikian. Suhu rujukan 20°C telah diterima pakai oleh CIPM pada 15 April 1931, dan menjadi syor ISO nombor 1 pada tahun 1951.[2] Ia menggantikan rujukan piawain berkaitan suhu yang lain di seluruh dunia untuk ukuran panjang yang pernah digunakan oleh pengeluar peralatan ketepatan sebelum ini, termasuk pada suhu 0°C, 62°F, dan 25°C. Antara sebab memilih 20°C ialah kerana suhu bengkel yang selesa dan praktikal dan ia menghasilkan nilai integer pada kedua-dua skala Celsius dan Fahrenheit.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ISO 1:2016 - Geometrical product specifications (GPS) -- Standard reference temperature for the specification of geometrical and dimensional properties". Iso.org. 2016-08-26. Dicapai pada 2016-09-15.
  2. ^ Ted Doiron: 20 °C—A Short History of the Standard Reference Temperature for Industrial Dimensional Measurements Diarkibkan 2013-02-17 di Wayback Machine. Journal of Research of the National Institute of Standards and Technology, Vol. 112, No. 1, January–February 2007.