IThenticate

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

iThenticate merupakan perkhidmatan pengesan plagiarisme untuk pasaran korporat. Ia adalah produk iPradigms, LCC, yang turut mengendalikan laman sesawang Turnitin dan Plagiarism.org. Perkhidmatan ini beroperasi pada tahun 2004, atas permintaan dari pasaran. Beribupejabat di Oakland, California, perkhidmatan ini memfokuskan pemasaran kepada penerbit, agensi berita, korporat, firma guaman, dan agensi kerajaan.[1] Sehingga tahun 2007, iThenticate mempunyai pelangan-pelangan besar seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bank Dunia.[2]

Selain mengesan plagiarisme, iThenticate turut melakukan perlindungan harta intelek dan analisis dokumen-menetang-dokumen. iThenticate juga membolehkan integrasi dengan sistem pengurusan kandungan (CMSS) dan sistem pengesanan manuskrip (MTSS).

Pada tahun 2004, akhbar Hartford Courant telah mula menggunakan iThenticate.[3] Semenjak itu, perkhidmatan ini mula diperkenalkan kepada penerbitan akhbar lain, dan mereka mengekalkan kerahsiaan pelanggan yang melanggan perkhidmatan.[3]

Pada 2 Julai 2006, New York Post melaporkan bahawa perisian iThenticate telah mengesan plagiarisme ke atas karya Ann Coulter, Godless.[4] Walau bagaimanapun, Coulter dan penerbitnya menolak dakwaan tersebut dan mendakwa persamaan teks yang minimal tidak menjurus kepada plagiarisme.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Emerald partners with anti-plagiarism database in publishing industry first!". Emerald Group Publishing. Dicapai pada 2010-11-15.
  2. ^ "Looking Over Turnitin's Shoulder". BusinessWeek. 2007-03-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-11. Dicapai pada 2010-11-15. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ a b "Plagiarism Detection Tools". American Journalism Review. 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-28. Dicapai pada 2010-11-15.
  4. ^ Recchia, Philip (July 2, 2006). "Copycatty Coulter Pilfers Prose: Pro". New York Post. Diarkibkan daripada yang asal pada July 5, 2006.
  5. ^ "Ann Coulter's Syndicate Absolves Pundit of Plagiarism Charge". Book Standard. July 10, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada July 16, 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]