I Know What You Did Last Raya
I Know What You Did Last Raya | |
---|---|
![]() | |
Pengarah | Abdul Razak Mohaideen |
Penulis | Wan Aida Wan Yahya |
Lakon layar | Azhari Zain |
Dihasilkan oleh | Ahmad Puad Onah |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan |
|
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
I Know What You Did Last Raya ialah filem komedi seram Malaysia 2004 arahan Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen dan merupakan parodi kepada filem Amerika Syarikat, I Know What You Did Last Summer. Filem ini mula ditayangkan 14 November 2004 pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri.
Sinopsis[sunting | sunting sumber]
Dr. Mira bersama kawan-kawannya, Roslan, Fazzley, Yassir dan Shahida telah diculik oleh penjahat bernama Man akibat dari dendam yang telah sekian lama tersimpan. Sementara itu, ada misteri yang berlaku pada malam raya menyebabkan huru-hara satu kampung. Pada malam raya iaitu ketika mereka semua pulang ke kampung, mereka terlanggar seekor kambing dan seorang lelaki. Mulai saat itu mereka diganggu.
Pelakon[sunting | sunting sumber]
- Erra Fazira sebagai Dr. Mira
- Lan Pet Pet sebagai Roslan
- Waheeda sebagai Shahida
- Zamarul Hisham sebagai Yassir
- Azlee Jaafar sebagai Fazzly
- Khatijah Tan sebagai Ibu Roslan
- Normala Omar sebagai Ummi Fazzly
- Ebby Yus sebagai Man
- Ismail Din sebagai Tok Penghulu
- Hafidzuddin Fazil sebagai Tok Imam
- Mak Jah sebagai Nenek Yassir
- Hajjah Asri Othman sebagai Mak Shahida
- Haji Mahadi (Pak Long) sebagai Tok Yassir
Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]
- Dynas Mokhtar sebagai Wartawan
- Yana Samsudin sebagai Jururawat
Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]
- Fiffy Natasya sebagai Shahida
- Mohammad Ariff sebagai Roslan
- Eric Fuzi sebagai Fazzly
- Fatin Nasuha sebagai Mira
- Aedy Ashraf sebagai Yassir
- Mohammad Harith Fahmi sebagai Man