Iajuddin Ahmed

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Iajuddin Ahmed
ইয়াজউদ্দিন আহম্মেদ
IAJUDDIN AHMED.jpg

Tempoh jawatan
6 September 2002 – 12 Februari 2009
Perdana Menteri Khaleda Zia
Fazlul Haque (Memangku)
Fakhruddin Ahmed (Memangku)
Sheikh Hasina Wazed
Didahului oleh Muhammad Jamiruddin Sarkar
Diganti oleh Zillur Rahman

Tempoh jawatan
29 Oktober 2006 – 11 Januari 2007
Didahului oleh Khaleda Zia
Diganti oleh Fazlul Haque (Memangku)

Lahir (1931-02-28)28 Februari 1931
Bikrampur, Raj British (kini Bangladesh)
Meninggal dunia 10 Disember 2012(2012-12-10) (umur 81)
Bangkok, Thailand
Parti politik Bebas
Pasangan Anwara Begum[1]
Anak Imtiaz Ahmed Babu,[1] Sujan Ahmad, Adam Ahmad[2]
Alma mater Universiti Dhaka
Universiti Wisconsin, Madison
Agama Islam

Iajuddin Ahmed (Bahasa Bengali: ইয়াজউদ্দিন আহম্মেদ) (28 Februari 1931 - 10 Disember 2012) adalah Presiden Bangladesh yang ke-13, berkhidmat dari 6 September 2002 hingga 12 Februari 2009. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang dihormati di Munshiganj, Bengal (kini Bangladesh). Bapa beliau adalah Moulvi Ibrahim Mia.

Prof. Ahmed pernah menjadi penasihat kepada pemerintah sementara pada tahun 1991. Beliau telah menjadi pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dari 1991 ke 1993 dan juga pengerusi Suruhanjaya Bantuan Kewangan Universiti dari 1995 ke 1999. Beliau juga memegang jawatan pengerusi Jabatan Sains Tanah di Universiti Dhaka dan dekan Fakulti Sains Kajihayat di universiti yang sama.

Ahmed menjalani pembedahan jantung pada 28 Oktober 2012.[3] Beliau kemudian mendapat komplikasi berkait-ginjal lalu dan terpaksa menggunakan sistem sokongan hayat.[3] Beliau meninggal dunia pada 10 Disember 2012 di Hospital Antarabangsa Bumrungrad di Bangkok, Thailand.[1][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Ex-President Iajuddin Ahmed dies". bdnews24.com. 2012-12-10. Dicapai pada 2012-12-10. 
  2. ^ "Bangladeshi ex-President Iajuddin Ahmed passes away". News Track India. 10 Disember 2012. Dicapai pada 10 Disember 2012. 
  3. ^ a b "Bangladesh's controversial ex-President Iajuddin Ahmed passes away". Times of India. 10 Disember 2012. Dicapai pada 10 Disember 2012. 
  4. ^ "Bangladesh's controversial ex-President Iajuddin Ahmed passes away". Dicapai pada 10-12-2012. 
Jawatan politik
Didahului oleh
Muhammad Jamiruddin Sarkar
Presiden Bangladesh
2004–2009
Diikuti oleh:
Zillur Rahman
Didahului oleh
Khaleda Zia
Perdana Menteri Bangladesh
Memangku

2006–2007
Diikuti oleh:
Fazlul Haque
Memangku