Ibn Sahl

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hasil semula satu halaman manuskrip Ibn Sahl yang menunjukkan penemuan beliau mengenai hukum pembiasan (Rashed, 1990).
Tafsiran bagi pembinaan Ibn Sahl. Jika nisbah panjang dipastikan sama dengan maka sinar itu menepati hukum sinus, atau Hukum Snell.
Rencana ini ialah mengenai ahli fizik. Untuk ahli perubatan, sila lihat Ali ibn Sahl Rabban al-Tabari. Untuk penyair, sila lihat Ibn Sahl dari Sevilla.

Ibn Sahl (Bahasa Arab: ابن سهل‎) (Abu Saʿd al-ʿAlaʾ ibn Sahl ) (Bahasa Arab: أبو سعد العلاء ابن سهل‎) (c. 940–1000) ialah seorang ahli matematik, ahli fizik dan jurutera optik Zaman Keemasan Islam yang dikaitkan dengan istana Abbasiyah di Baghdad. Karya Ibn Sahl pada 984[1] ,On Burning Mirrors and Lenses memaparkan kefahaman beliau tentang bagaimana cermin melengkung dan kanta membengkok dan menumpukan cahaya. Ibn Sahl dikreditkan dengan penemuan pertama hukum pembiasan, yang lazimnya dipanggil Hukum Snell.[2][3] Beliau menggunakan hukum pembiasan untuk memperoleh bentuk-bentuk kanta yang menumpukan cahaya tanpa penyimpangan geometri, yang dikenali sebagai kanta anaklastik.

Dalam hasil semula rajah dari manuskrip Ibn Sahl, bahagian kritikal adalah segitiga bersudut tegak. Garis sendeng dalaman menunjukkan laluan sinar datang dan garis sendeng luaran menunjukkan lanjutan laluan sinar terbias jika sinar datang bertembung dengan hablur yang permukaannya tegak pada titik dua garis sendeng itu bersilang.[4] Menurut Roshdi Rashed,[3] seorang penulis dan sejarawan sains dan matematik pada Zaman Pertengahan, nisbah panjang garis sendeng yang lebih kecil kepada yang lebih besar adalah angka salingan indeks pembiasan hablur itu.

Bahagian bawah rajah itu menunjukkan perlambangan kanta cembung satah (kanan) dan paksi utamanya (garisan melintang yang bersilang). Kelengkungan bahagian kanta yang cembung membawa semua sinar yang selari dengan paksi melintang (dan menghampiri kanta dari kanan) kepada titik fokus pada paksi di kiri.

Dalam bahagian-bahagian lain karya itu, Ibn Sahl membicarakan cermin parabola, cermin elipsoidal, kanta dwicembung, dan teknik-teknik melukis lengkok hiperbola.

Karya Ibn Sahl digunakan oleh Ibn al-Haitham (965–1039), salah seorang ilmuwan Arab teragung dalam optik. Di zaman moden ini, Rashed menemui teks yang berselerakan dalam bentuk manuskrip di dua buah perpustakaan berbeza, sebuah di Teheran, dan satu lagi di Damsyik. Beliau mengumpulkan kembali bahagian-bahagian yang terselamat, menterjemah dan menerbitkannya.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Zghal, Mourad; dll. (2007). "The first steps for learning optics: Ibn Sahl's, Al- Haytham's and Young's works on refraction as typical examples" (PDF). The Education and Training in Optics and Photonics Conference. International Commission for Optics: 3. Dicapai 20 June 2011. 
  2. ^ K. B. Wolf, "Geometry and dynamics in refracting systems", European Journal of Physics 16, p. 14-20, 1995.
  3. ^ a b R. Rashed, "A pioneer in anaclastics: Ibn Sahl on burning mirrors and lenses", Isis 81, p. 464–491, 1990.
  4. ^ Kurt Bernardo Wolf, Geometric Optics on Phase Space, p. 9, Springer, 2004, ISBN 3-540-22039-9 online
  5. ^ Rashed, R., Géométrie et dioptrique au Xe siècle: Ibn Sahl, al-Quhi et Ibn al-Haytham. Paris: Les Belles Lettres, 1993.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Islamic mathematics