Ibn Taymiyyah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ibn Taimiah)
Ibnu Taimiyah
ابن تيمية
Khat nama Ibnu Taymiyyah
AgamaIslam
DenominasiSunnah
Alma materMadrasah Darul Hadis as-Sukariyah
Peribadi
Kelahiran10 Rabiulawal 661 H, atau
22 Januari 1263 M
Harran, Turki
Meninggal dunia20 Zulkaedah 728 H, atau
26 September 1328 (berumur 64–65)
Damsyik, Syria

Taqi ad-Din Ahmad ibn Taymiyyah (bahasa Arab: تقي الدين أبو العباس أحمد بن عبد السلام بن عبد الله ابن تيمية الحرانيTaqī ad-Dīn Abu 'l Abbās Ahmad ibn 'Abd al-Halīm ibn 'Abd as-Salām Ibn Taymiya al-Harrānī) adalah seorang sarjana Sunni yang lahir (22 Januari 1263 – 1328) di Harran, Turki. Beliau hidup semasa zaman kekacauan yang menyaksikan pencerobohan Mongol. Sebagai seorang yang bermazhab Hanbali, beliau mahu melihat masyarakat Islam kembali kepada sumber al-Quran dan as-Sunnah.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Ibnu Taimiyah lahir pada tahun 1263 di Harran di dalam keluarga yang alim. Sebuah buku biografi kurun ke-15 bertajuk At-Tibyan li badi'at al-Bayan (التبيان لبديعة البيان) menulis beliau adalah dari keturunan puak Arab Banu Numayr. Datuk beliau, Abu al-Barkat Majd ad-deen ibn Taymiyyah al-Hanbali (meninggal dunia pada tahun 1255), adalah seorang guru terkenal dalam mazhab Hanbali. Bapa Ibnu Taimiyah, Shihabuddeen Abd al-Haleem ibn Taymiyyah (meninggal dunia pada tahun 1284) juga dikenali dengan pencapaiannya ilmunya yang membanggakan.

Apabila tentera Mongol menceroboh, keluarga Ibnu Taimiyah berpindah ke Damsyik pada tahun 1258 yang pada masa itu diperintah oleh kerajaan Mamluk yang berpusat di Mesir. Di Damsyik, bapanya menyampaikan kuliah agama di Masjid Umayyad dan Ibnu Taimiyyah mengikut jejak bapanya dengan belajar dari sarjana Islam terulung pada masa itu, di antaranya ilmu hadith dari Zaynab binti Makki.

Ibnu Taimiyah adalah seorang pelajar yang rajin dan membiasakan diri beliau dengan ilmu agama dan sains pada zaman itu. Beliau juga memberi tumpuan khusus kepada sastera Arab dan berjaya menguasai nahu dan tatabahasa Arab serta matematik dan kaligrafi. Beliau mempelajari fiqah dari bapanya dan menguasai ilmu tentang al-Quran dan Hadith. Beliau juga belajar mengenai ilmu kalam, falsafah, dan sufisme yang kemudiannya dikritik hebat oleh beliau.

Keberanian beliau terserlah ketika beliau bersama delegasi ulama mengadap Qazaan, seorang Khan Tartar, untuk memintanya menghentikan serangan ke atas orang Islam. Tiada seorang pun ulama yang berani berkata-kata kecuali Ibnu Taimiyah yang berkata: "Kamu mendakwa kamu seorang Islam dan kamu mempunyai Mu'adhdhin, Mufti, Imam dan Sheikh tetapi kamu menceroboh kami dan datang ke negeri kami untuk apa? Walaupun bapa dan datuk kamu, Hulagu seorang kafir, mereka tidak menyerang dan mematuhi janji mereka. Kamu pula berjanji tetapi ingkar."[9]

Pendidikan dan karyanya[sunting | sunting sumber]

Di Damaskus beliau belajar dengan ramai guru, dan menimba pelbagai bidang ilmu diantaranya ilmu hisab (matematik), khat (ilmu tulis menulis Arab), nahu, usul fiqh. Beliau dianugerahi dengan keistimewaan mudah menghafal dan sukar lupa. Dalam usia yang masih kanak-kanak, beliau telah hafal Al-Qur'an. Kemampuannya dalam menuntut ilmu mulai terlihat pada usia 17 tahun. Dan usia 19, beliau telah memberi fatwa dalam masalah masalah keagamaan.

Ibnu Taymiyyah amat menguasai ilmu rijalul hadits (perawi hadits) yang berguna dalam menelusuri Hadits dari periwayat atau pembawanya dan Fununul hadits (macam-macam hadits) baik yang lemah, cacat atau shahih. Ia memahami semua hadits yang terkandung di dalam Kutubus Sittah dan Al-Musnad. Dalam mengemukakan ayat-ayat sebagai hujjah (dalil), beliau memiliki kehebatan yang luar biasa, sehingga mampu mengemukakan kesalahan dan kelemahan para mufassir atau ahli tafsir. Tiap malam beliau menulis tafsir, fiqh, ilmu 'ushul sambil mengomentari para filusuf . Sehari semalam beliau mampu menulis empat buah kurrosah (buku kecil) yang memuat berbagai pendapatnya dalam bidang syari'ah. Ibnul Wardi menuturkan dalam Tarikh Ibnul Wardi bahwa karangannya mencapai lima ratus judul. Karya-karyanya yang terkenal adalah Majmu' Fatawa yang berisi masalah fatwa fatwa dalam agama Islam

Hukuman[sunting | sunting sumber]

Kerana Ibnu Taimiya seorang yang berani dan mempunyai pendirian yang teguh, beliau telah dipenjarakan beberapa kali kerana bertentangan pandangan dengan ahli agama yang lain.

Pada awal tahun 1293 beliau berkonflik dengan pihak berkuasa tempatan kerana membantah hukuman agama ke atas seorang Kristian yang dituduh menghina Nabi Muhammad. Pada tahun 1298 beliau dituduh menyebar fahaman anthropomorphisme (menyamakan sifat manusia ke atas Tuhan) dan kerana mempersoalkan ilmu kalam.

Beliau mengepelai barisan pertahanan ketika pencerobohan Mongol ke atas Damsyik pada tahun 1300. Pada tahun berikutnya, Ibnu Taimiyah berhadapan dengan polemik terhadap (1) Syiah Kasrawan di Lebanon, (2) aliran Sufi Rifa'i, dan (3) aliran ittihadiyah yang berasal dari ajaran Ibnu Arabi, yang beliau anggap menyesatkan.

Pada tahun 1306, Ibnu Taimiyah dipenjaran di Mesir selama 18 bulan kerana dituduh menyokong fahaman anthropomorphisme (menyamakan sifat manusia ke atas Tuhan). Beliau dipenjarakan kembali pada tahun 1308 untuk beberapa bulan.

Ibnu Taimiyah menghabiskan 15 tahun terakhirnya di Damsyik bersama murid-muridnya. Seorang muridnya yang terkenal adalah Ibnu Qayyim. Pada bulan Ogos 1320 sehingga Februari 1321, Ibnu Taimiyah dipenjarakan di Damsyik kerana menyokong doktrin tentang talak (talak tiga boleh dilakukan dengan satu talak).

Pada bulan Julai 1326, kerajaan Mesir sekali lagi mengarahkan beliau dipenjarakan kerana beliau terus mengutuk tradisi melawat kubur orang alim. Beliau meninggal dunia di dalam kurungan di Damsyik pada malam Isnin 27 September 1328 ketika berumur 65 tahun. Beliau dimakamkan di Damsyik berdekatan dengan kubur ibunya.

Ibnu Taimiyah terkenal dengan daya ingatannya yang kuat dan ilmunya yang seperti sebuah ensiklopedia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Halverson, Jeffry R. (2010). Theology and Creed wahabi Islam. Palgrave Macmillan. m/s. 48. ISBN 978-0-230-10279-8.
  2. ^ Spevack, Aaron (2014). The Archetypal Scholar: Law, Theology, and Mysticism in the Synthesis of Al-Bajuri. State University of New York Press. m/s. 45. ISBN 978-1-4384-5370-5.
  3. ^ Makdisi, ', American Journal of Arabic Studies 1, part 1 (1973), pp. 118–28
  4. ^ Spevack, Aaron (2014). The Archetypal Sunni: Law, Theology, and Mysticism in the Synthesis of Al-Bajuri. State University of New York Press. m/s. 91. ISBN 978-1438453712.
  5. ^ Rapoport, Yossef; Ahmed, Shahab (2010-01-01). Ibn Taymiyya and His Times (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 334. ISBN 9780195478341.
  6. ^ Halverson, Jeffry R. (2010). Theology and Creed in Wahabi Islam: The Muslim Brotherhood, Ash'arism, and Political Wahabism. Palgrave Macmillan. m/s. 48–49. ISBN 978-0230102798.
  7. ^ Ibn Taymiyyah, Ahmad ibn ʻAbd al-Ḥalīm (1999). Kitab Al-Iman. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust. ISBN 978-967-5062-28-5. Dicapai pada 16 January 2015.
  8. ^ "Ibn Taymiyyah". Encyclopædia Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 February 2015. Dicapai pada 16 January 2015.
  9. ^ "SCHOLARS BIOGRAPHIES \ 8th Century \ Shaykh al-Islaam Ibn Taymiyyah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-05. Dicapai pada 2008-08-24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]