Ibn al-Azraq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

'Abū 'Abd-Allāh Ibn al-Azraq ialah seorang faqih Muslim yang dilahirkan di Málaga, Al-Andalus pada tahun 1427.[1]

Mendapat pendidikan dalam fiqh di Málaga and Granada, beliau menjadi hakim di Guadix, Málaga, dan akhirnya menjadi Hakim Agung Granada di bawah pemerintahan Sultan Abu al-Hasan.[1] Ibn al-Azraq menulis sebuah buku tentang tataurus negara, yang mengulas karya Ibnu Khaldun yang berjudul Marvel of State conduct, and the nature of authority.[1]

Pada 1487, beliau dihantar oleh kerajaan Bani Nasr sebagai utusan kepada Kerajaan Mamluk Mesir, bagi mendapatkan bantuan melawan serangan Castile ke atas Granada. [2][3][4]

Pada masa yang sama, dua utusan dihantar ke Empayar Uthmaniyah, dengan permintaan yang sama bagi bantuan, seorang dari Játiva, dan seorang dari Paterna.[2]

Memandangkan misi beliau tidak membuahkan hasil, beliau kekal di Timur, dan menjadi hakim di Baitulmaqdis pada 1491.[1] Beliau meninggal dunia pada tahun yang sama selepas beberapa bulan.[1]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Templat:Islam-bio-stub Templat:Al-Andalus-bio-stub Templat:Law-bio-stub