Sultan Ibrahim Ismail
Sultan Ibrahim سلطان ابراهيم | |
---|---|
Sultan Johor | |
Pemerintahan | 23 Januari 2010 - kini |
Pemasyhuran | 23 Mac 2015 |
Didahului oleh | Sultan Iskandar |
Tunku Mahkota | Tunku Ismail |
Tunku Mahkota Johor | |
Tempoh | 3 Julai 1981 - 22 Januari 2010 |
Didahului oleh | Sultan Iskandar |
Diikuti oleh | Tunku Ismail |
Keputeraan | Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar 22 November 1958 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaya |
Pasangan | Raja Zarith Sofiah (k. 1982) |
Anakanda |
|
Ayahanda | Sultan Iskandar |
Bonda | Enche’ Besar Hajah Khalsom (Josephine Ruby Trevorrow) |
![]() |
---|
![]() |
Portal Malaysia |
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar (Jawi: سلطان إبراهيم ابن المرحوم سلطان اسكندر ; diputerakan pada 22 November 1958) merupakan Sultan Johor ke-23 dan Sultan Johor era moden ke-5.
Sultan Ibrahim merupakan pengasas kepada acara jelajah bermotosikal iaitu Kembara Mahkota Johor disebabkan oleh minat baginda terhadap sukan pemotoran berkuasa tinggi.[1]
Baginda telah dipilih oleh Majlis Raja-Raja sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang akan berkuatkuasa pada 31 Januari 2024.
Biografi[sunting | sunting sumber]
Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]
Tunku Ibrahim Ismail ibni Tunku Mahmood Iskandar diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor, Malaya ketika pemerintahan paduka nenda moyang baginda, Sultan Ibrahim. Baginda merupakan anakanda ketiga dan putera sulung daripada 10 adik-beradik kepada Sultan Iskandar bersama bondanya iaitu Josephine Ruby Trevorrow, seorang wanita Inggeris dari Torquay, England.[2][3][4] Mereka berdua bertemu ketika Sultan Iskandar (sebelum itu Tunku Mahmood) melanjutkan pelajarannya di England. Trevorrow kemudiannya memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada Kalsom binti Abdullah setelah berkahwin dengan Tunku Mahmood.
Nenda Moyangnya, Sultan Ibrahim mangkat di London pada 8 Mei 1959, oleh itu, nendanya Tunku Ibrahim Ismail, Sultan Ismail berjaya menjadi Sultan Johor. Sultan Ibrahim Ismail naik ke tangga kedua sejajar dengan takhta, selepas ayahandanya.
Seperti kanak-kanak yang lain, Tunku Ibrahim juga melanjutkan pelajaran. Sekolah pertama baginda ialah Sekolah Temenggong Abdul Rahman 1. Setelah itu, baginda kemudiannya menyambung pelajarannya di Trinity Grammar School di Australia pada 1968 selama dua tahun. Sekembalinya baginda ke Johor, baginda kemudiannya belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Di samping itu, Tunku Ibrahim juga bersekolah di Sekolah Agama Bukit Zaharah dan Sekolah Agama Air Molek di Johor Bahru bagi mempelajari asas-asas agama Islam.
Beberapa tahun kemudian, Tunku Ibrahim telah dihantar ke Pusat Latihan Darat (Pulada) di Kota Tinggi untuk menerima latihan asas ketenteraan selama tiga bulan dan kemudiannya ke Fort Bening, Georgia, Amerika Syarikat. Di situ, baginda telah mengikuti Kursus Asas Pegawai-Pegawai Infantri dan Udara. Setelah berada di situ, baginda kemudiannya mengikuti Kursus Pegawai-Pegawai Pasukan Khas di Fort Bragg, Amerika Syarikat.[5] Selepas itu, Tunku Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Komander, Angkatan Tentera Johor. Baginda menerima sayap penerbangan selepas menerima kursus latihan helikopter di Kem Tentera Kluang. Tuanku juga menamatkan tugas latihan selama dua bulan dalam Tentera Laut Diraja Malaysia.
Sebagai Tunku Mahkota Johor[sunting | sunting sumber]
Tunku Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981 dan telah bersemayam di Istana Pasir Pelangi sejak itu.[5][6][7] Baginda pernah menjadi pemangku raja Johor pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989 ketika ayahandanya, Sultan Iskandar telah dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kelapan.[5] Dalam beberapa tahun belakangan ini, Tunku Ibrahim secara beransur-ansur mengambil alih beberapa tugas negeri dan fungsi dari ayahandanya yang telah lanjut usia termasuklah ketika mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-211 dimana Tunku Ibrahim bersama Tunku Abdullah, Tengku Mahkota Pahang telah mewakili ayahanda masing-masing dalam mesyuarat itu.[8][9]
Sebagai Sultan Johor[sunting | sunting sumber]
Pemasyhuran[sunting | sunting sumber]
Beberapa jam sebelum kemangkatan ayahandanya Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010, Tunku Ibrahim Ismail sekali lagi dilantik sebagai pemangku sultan berikutan laporan perubatan mengenai kemangkatan Sultan Iskandar yang masih belum disahkan.[10] Pada waktu malam hari yang sama, Sultan Iskandar telah mangkat dan Tunku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baharu pada esoknya berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895 dengan gelaran Sultan Ibrahim.[11][12] Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman mengumumkan pemasyhuran itu di Istana Besar Johor Bahru dan mengumumkan tentang musim perkabungan bagi kerabat diraja Johor yang terdekat adalah selama 40 hari manakala bagi rakyat Johor pula ialah 7 hari. Semasa musim itu juga, Sultan Ibrahim pertama kalinya ke mesyuarat Majlis Raja-Raja sebagai Sultan Johor.
Kemahkotaan[sunting | sunting sumber]
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor diperkenalkan oleh Sultan Johor Moden yang pertama iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1886 selepas baginda mendapat ilham daripada lawatan baginda Empayar British dan Empayar Uthmaniyah. Baginda memperkenalkan konsep mahkota kepada raja-raja Melayu yang kemudiannya diikuti oleh Kelantan, Selangor dan Terengganu.
Pada tahun 2013, kerja-kerja penaiktarafan Istana Besar Johor dan Istana Bukit Serene telah mula dilangsungkan atas perkenan baginda yang berkehendaki agar Istiadat Kemahkotaan baginda diadakan pada 5 Mei 2014, sempena baginda menjadi Sultan Johor yang ke-5. Walau bagaimanapun, disebabkan kerja-kerja yang tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, Istiadat tersebut ditangguh.[13]
Pada Januari 2015, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor iaitu Datuk Abdul Rahim Ramli menyampaikan perkenan baginda untuk melangsungkan Istiadat Kemahkotaan baginda. Kali terakhir Istiadat tersebut dilangsungkan ialah pada tahun 1960 iaitu Kemahkotaan Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim. Sultan Iskandar pula tidak berkehendakkan Istiadat Kemahkotaan buat dirinya.
Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor kali-4 ini diadakan pada 23 Mac 2015 dan disambut secara besar-besaran yang bermula dari Istiadat Meletak Kerja pada 16 Mac 2015 dan diisi dengan 9 istiadat utama dan keraian di seluruh negeri Johor sehingga bulan April 2015.[14]
Istiadat ini memperlihatkan kembali tradisi diraja Johor moden yang mempamerkan tradisi gabungan Melayu, Islam dan Barat dalam istiadat itu.
Sebagai Yang di-Pertuan Agong[sunting | sunting sumber]
Pelantikan[sunting | sunting sumber]
Pada 27 Oktober 2023, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-263 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, bagi menggantikan Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (Pahang) yang akan tamat tempoh pemerintahan tidak lama lagi.
AKAN DIKEMASKINI PADA 2024.
Keluarga[sunting | sunting sumber]
Sultan Ibrahim telah mengahwini Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah, puteri kepada Sultan Perak Sultan Idris Iskandar Al-Mutawakkil Alallahi Shah pada tahun 1982.[15][16] Mereka mempunyai 6 orang anakanda iaitu:
- Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar (diputerakan pada 30 Jun 1984). Baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Johor oleh nendanya, Sultan Iskandar[17] dan menjadi Tunku Mahkota ketika zaman pemerintahan Sultan Ibrahim.
- Tunku Aminah Maimunah Iskandariah (diputerikan pada 8 April 1986) [18]
- Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman (diputerakan pada [19] 25 Disember 1987) (
- Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibrahim Ismail (diputerakan pada 5 Julai 1990 dan mangkat pada 5 Disember 2015)
- Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri (diputerakan pada 5 Februari 1993 [20]
- Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim (diputerakan pada 30 Mei 2001)
Kesemua putera dan puteri baginda diputerakan di Johor Bahru, Johor.
Putera, Puteri, Kerabat dan Keluarga[sunting | sunting sumber]
Putera[sunting | sunting sumber]
Gelaran | Nama | Tarikh Keputeraan | Tempat Keputeraan | Usia | Tempat Kemangkatan | Tarikh Berkahwin | Pasangan Diraja | Cucunda | Cicinda |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tunku Mahkota Johor | Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar | 30 Jun 1984 | Johor | 39 tahun, 5 bulan dan 5 hari | N/A | 24 Oktober 2014 | Yang Amat Mulia Che Puan Besar Khaleeda Bustamam | Tunku Khalsom Aminah Sofiah Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Tunku Abu Bakar Ibrahim |
|
Raja Muda Johor | Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim ibni Tunku Ismail (Cucunda Sultan Ibrahim) | 14 Oktober 2017 | Johor | 6 tahun, 1 bulan dan 21 hari | N/A | N/A | N/A | ||
Tunku Temenggong Johor | Yang Amat Mulia Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman | 25 Disember 1987 | Johor | 35 tahun, 11 bulan dan 10 hari | N/A | N/A | N/A | ||
Tunku Aris Bendahara Johor | Yang Amat Mulia Tunku Abdul Majid Idris Ismail Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj (Adinda Sultan Ibrahim) |
20 Julai 1970 | Johor | 53 tahun, 4 bulan dan 15 hari | N/A | Januari 2006 | Tunku Teh Mazni Binti Tunku Yusuf | Tunku Mahmood Iskandar Tunku Aisha Menjalara Iskandar Tunku Abdul Marteen Idris Ismail Ibrahim Iskandar |
|
Tunku Laksamana Johor | Yang Amat Mulia Tunku Abdul Jalil Iskandar | 5 Julai 1990 | Johor | 5 Disember 2015 | (umur 25)Johor Bahru | Tidak pernah berkahwin | N/A | ||
Tunku Panglima Johor | Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri | 5 Februari 1993 | Johor | 30 tahun dan 10 bulan | N/A | N/A | N/A | ||
Tunku Putera Johor | Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim | 30 Mei 2001 | Johor | 22 tahun, 6 bulan dan 5 hari | N/A | N/A | N/A |
Puteri[sunting | sunting sumber]
Nama | Tarikh Keputeraan | Tempat Keputeraan | Usia | Tempat Kemangkatan | Tarikh Berkahwin | Pasangan Diraja | Cucunda | Cicinda |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah | 8 April 1986 | Johor | 37 tahun, 7 bulan dan 27 hari | N/A | 14 Ogos 2017 | Dato' Dennis Muhammad Abdullah | Layla Sofiah | |
Yang Amat Mulia Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail Idris (Cucunda Sultan Ibrahim) | 25 Jun 2016 | Johor | 7 tahun, 5 bulan dan 10 hari | N/A | N/A | N/A |
Terasul dan gelaran[sunting | sunting sumber]
Gelaran hormat bagi Sultan Ibrahim Ismail | |
![]() ![]() | |
Gaya panggilan | Duli Yang Maha Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Duli Yang Maha Mulia |
Gaya pilihan | Tuanku |
Nota[sunting | sunting sumber]
- ^ "Tunku Mahkota to lead tour for 10th year" (dalam bahasa Inggeris). 16 Julai 2010. Dicapai pada 21 Julai 2010.
- ^ Facts on File Yearbook, Published by Facts on File, inc., 1957, Phrase: "Married: Prince Tengku Mahmud, 24, grandson of the Sultan of Johore, & Josephine Ruby Trevorrow, 21, daughter of an English textile..."
- ^ Morais (1967), m/s 198
- ^ Morris (1958), m/s 244
- ^ a b c Karim, Tate (1989), pp. 572
- ^ Fauziah Ismail. "Magnificent abode for royals". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris).
- ^ TEH ENG HOCK and MEERA VIJAYAN (15 Oktober 2007). "Day of fun and feasting". The Star (Malaysia) (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Thanam Visvanathan, Ruler with deep concern for people–Sultan Iskandar revered as protective guardian and helpful to all his subjects, pg 1, 8 April 2001, New Sunday Times Special (Sultan of Johor's Birthday)
- ^ Conference of Rulers meeting begins, 26 July 2007, The Star (Malaysia)
- ^ "Tunku Mahkota Johor Appointed Regent Effective Today". Bernama. 22 Januari 2010.
- ^ "Tengku Ibrahim dimasyhurkan sebagai Sultan Johor" (berita dalam talian) (dalam bahasa Melayu). malaysiakini.com. 23 Januari 2010. Dicapai pada 1 Mac 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Tunku Ibrahim Ismail Proclaimed As Sultan Of Johor". Bernama. 22 Januari 2010.
- ^ Blog "Kesultanan Johor": Kerja Pengubahsuaian dan Pembaikan Istana Berjalan Lancar
- ^ "Istiadat pemahkotaan Sultan Johor pada 23 Mac" (berita dalam talian). Sinar Harian (dalam bahasa Melayu). Sinar Harian. 6 Januari 2015. Dicapai pada 17 Mac 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Tribute to mothers' caring nature". The Star. 14 Mei 2008.
- ^ BEH YUEN HUI (29 Ogos 2008). "Raja Zarith: Education more important than popularity". The Star.
- ^ "Tunku Mahkota's son named Raja Muda of Johor". The Star Online. 9 April 2006.
- ^ Kisah Mawar Merah Kelapan - Yang Amat Mulia Paduka Puteri Tunku Aminah, Puteri Emas Sultan Johor, 11 Oktober 2011. Dicapai pada 8 Julai 2012.
- ^ Royals visit special people[pautan mati kekal], JohorBuzz, New Straits Times
- ^ Impian puteri raja, AZIMI MUSTAPHA, Rencana Utama, 13 November 2008, KOSMO!
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- Ali, Abdullah, Malaysian Protocol and Correct Forms of Address, published by Times Books International, 1986, ISBN 9971653702
- Cheong, Mei Sui, Information Malaysia: 1985 Year Book,published by Berita Publishing, 1985
- De Ledesma, Charles; Lewis, Mark; Savage, Pauline, Malaysia, Singapore and Brunei, published by Rough Guides, 2003, ISBN 1843530945
- Karim, Gulrose; Tate, Desmond Muzaffar, Information Malaysia, published by Berita Publ. Sdn. Bhd., 1989
- Kershaw, Roger, Monarchy in South-East Asia: The Faces of Tradition in Transition, published by Routledge, 2001, ISBN 0415185319
- Morais, John Victor, The Who's who in Malaysia, published by Solai Press., 1967
- Morris, Ira J., My East was Gorgeous, by Ira J. Morris, published by Travel Book Club, 1958
- Nadarajah, K. N, Tengku Ahmad Rithauddeen: His Story, Pelanduk Publications, 2000, ISBN 9679787095
- Nadarajah, Nesalamar, Johore and the Origins of British Control, 1895-1914, published by Arenabuku, 2000, ISBN 9679703185
- Rahman, Abdul; Solomon, J. S., Challenging Times, published by Pelanduk Publications, 1985, ISBN 9679780945
- The International Who's Who 2004: Book with Single-User Online Access, by Elizabeth Sleeman, published by Europa Publications, Published by Routledge, 2003, ISBN 1857432177
- Towards Relevant Education: A General Sourcebook for Teachers, published by Education Forum (Philippines), Alternative Instructional Materials Project, Education Forum, 1986, ISBN 9719100605
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
- Perihal DYMM Sultan Johor di Portal Rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta'zim
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Abdullah |
Yang di-Pertuan Agong ke-17 31 Januari 2024 |
Diikuti oleh: tiada |
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Sultan Iskandar |
Sultan Johor ke-25 23 Januari 2010 - kini |
Diikuti oleh: tiada |
- Penerima Seri Maharaja Mangku Negara
- Orang hidup
- Kelahiran 1958
- Sultan Johor abad ke-21
- Sultan Johor – Wangsa Temenggung
- Muslim Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Bali
- Orang Malaysia berketurunan Inggeris
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Orang Malaysia berketurunan Denmark
- Orang Malaysia berketurunan Melayu
- Penerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara
- Penerima Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Tunku Mahkota Johor
- Penerima Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang II
- Penerima Darjah Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati
- Penerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kelantan