Ibrahim Mat Zin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Datuk Ibrahim bin Mat Zin atau dikenali dengan gelaran Raja Bomoh (68 tahun) ialah Mahaguru Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia (PSSGGM).[1] Beliau meningkat popular selepas usahanya mencari dan mengesan misteri kehilangan kapal terbang MH370 pada 2014. Pada 2017, beliau berusaha untuk menghalang bom nuklear dari Korea Utara dengan menggunakan dua biji kelapa dan beberapa batang buluh. Walaupun usaha beliau dicurigai oleh banyak pihak[nyatakan menurut siapa?] tetapi beliau tetap percaya ini boleh menghalang segala ancaman daripada negara asing.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Bagan Datuk, Perak.[2]

Mahaguru silat[sunting | sunting sumber]

Datuk Ibrahim Mat Zin merupakan Mahaguru dalam Pertubuhan Silat Gayung Ghaib Malaysia. Beliau mendakwa telah menyuruh 100,000 ahli Silat Gayung menunaikan solat hajat bagi membolehkan pesawat MH370 muncul segera.[3]

Pada 9 April 2013, Majlis perhimpunan serta demonstrasi persilatan Melayu oleh Pertubuhan Silat Gayung Ghaib Malaysia diadakan di Ipoh. Yang turut hadir selain Ibrahim Mat Zin ialah Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin. Di bawah Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Perak (Pesaka) terdapat lebih 10,000 ahli yang menyertainya melibatkan 20 pasukan berdaftar.[1]

Pencarian pesawat MH370[sunting | sunting sumber]

Namanya melonjak naik selepas ritualnya mencari pesawat MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014. Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa pesawat tersebut berada di alam misteri kerana disembunyikan oleh bunian. Beliau melakukan ritual mencari pesawat di ruang legar KLIA dengan menggunakan bubu buluh dan dua teropong buluh.[4]

Pada 16 Mac 2014 di hadapan Menara Jam Condong Teluk Intan di Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan tersebar gambar-gambar beliau sedang beraksi meneropong sekitar kawasan tersebut bagi mengesan pesawat MH370. Pada 24 Mac 2014 pula, tersebar video ritual 'pencarian MH370' yang mendakwa serpihan pesawat itu dijumpai selepas mengadakan upacara di Parit, Perak. Pada 26 Mac 2014, di Pulau Sembilan yang menghadap bandar Manjung, beliau dikatakan 'menyeru' agar 'mayat' MH370 timbul.[perlu rujukan]

Raja bomoh itu juga mengadakan satu upacara di lokasi pemimpin DAP, Karpal Singh, menemui ajalnya selepas satu kemalangan 2014. Sekitar Mei 2014, semasa Pilihan raya kecil Teluk Intan 2014 Dato Ibrahim masih bebas bergerak ke mana sahaja.[perlu rujukan]

Bantahan daripada PAS[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mac 2014, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd. Saad menyatakan bahawa tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap Ibrahim jika siasatan JAIS mendapati perbuatannya menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Tindakan boleh dikenakan menerusi Seksyen 7(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.[5]

Pada 30 April 2015, Ketua Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss kesal kerana Ibrahim Mat Zain masih berani muncul di khalayak walaupun difahamkan satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (Ajaran Agama dan Amalan Salah), Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992 dibuka pada 16 Mac 2014. Pemuda PAS Perak menyambut baik keputusan Jawatankuasa Fatwa Perak menetapkan bomoh Ibrahim Mat Zin sebagai sesat dan haram di sisi agama Islam kerana ritual yang dilakukan amat pelik dan bertentangan dengan ajaran Islam.[6]

Mufti Perak Datuk Harussani Zakaria menyatakan bahawa Jawatankuasa Fatwa Perak memutuskan dalam mesyuaratnya pada hari Selasa 29 April 2015 untuk mewartakan Ibrahim sebagai sesat dan haram. Alasan JK itu ialah amalan dan ajaran yang dibawa oleh bomoh tersebut yang didapati terpesong daripada ajaran Islam sebenar.Tarikh sebenar pewartaan itu perlu melalui pelbagai proses termasuk mendapat perkenan Sultan Perak dan dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri. Amalan khuarafat dan perbuatan syirik dalam masyarakat Islam hendaklah ditolak sepenuhnya.[6]

Bertanding dalam pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pada 17 April 2018, beliau telah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Malaysia di kerusi Parlimen Bagan Datuk sebagai calon bebas. Beliau memilih Bagan Datuk kerana tempat itu merupakan tempat kelahirannya.[2][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]