Ibrahim Saad
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim Saad | |
|---|---|
| Kelahiran | Ibrahim bin Saad 3 Ogos 1946 |
| Meninggal dunia | 15 November 2024 (umur 78) |
| Sebab kematian | Komplikasi pernafasan |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Dr. Ibrahim bin Saad (3 Ogos 1946 – 15 November 2024) merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Sebelum ini, beliau pernah dilantik sebagai Duta Malaysia ke Filipina. Beliau juga merupakan bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia (11 Januari 1999 –10 Disember 1999). Beliau pernah juga dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang (1990-1995) dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Mei 1995 sehingga Januari 1999).
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah menjadi pensyarah USM. Selepas bersara dai politik , beliau dilantik sebagai Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Kuala Lumpur mulai 2002 hingga 2005 dan Pengerusi Institut British Malaysia mulai 2001 hingga 2002.
Politik
[sunting | sunting sumber]Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di Kementerian Belia dan Sukan. Beliau menang kerusi parlimen Tasek Gelugor, Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 mengalahkan Salleh Man - PAS dengan majoriti 12,651 undi.
Selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau dilantik menjadi Ketua Umno bahagian Permatang Pauh. Beliau juga pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Negeri Pulau Pinang. Beliau antara sahabat Anwar Ibrahim yang masih kekal dalam UMNO, tidak menyertai PKR.
Ibrahim Saad tewas dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 oleh Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Keadilan/ PKR ) .Wan Azizah menang 23820 undi dengan majoriti 9,077 undi. Ibrahim hanya mendapat 14743 undi. Ia berikutan timbulnya isu pembelian tanah yang tidak telus di mana beliau menpergunakan pejabat daerah dan tanah untuk menjadi orang tengah pembelian tanah dari penduduk setempat dengan harga murah secara paksa yang kemudian dijual kepada kerajaan persekutuan dengan harga lebih kurang 500% dari harga dibeli dari penduduk setempat untuk projek pembangunan Bandar Perda di kawasan Parlimen Permatang Pauh.
Selepas itu Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa menggugurkan Ibrahim daripada jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan 'hilang' dari politik. Ramai yang mempersoalkan pencalonan Ibrahim Saad di Permatang Pauh kerana kawasan itu kubu Anwar.[1]
Beliau terpilih menjadi anggota Majlis Tertinggi UMNO dari 1990 hingga 2000. Beliau aktif berkempen untuk Barisan Nasional / UMNO semasa Pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009 dan Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008.
Beliau dilantik menjadi setiausaha agung Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat UMNO .(Pakku). Pertubuhan ini memperjuangkan nasib wakil rakyat UMNO dan menyuarakan nasib orang Melayu selepas tsunami politik 2008.
Aktif sukan dan NGO
[sunting | sunting sumber]Ibrahim menjadi Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mulai 2005 hingga 2007 sewaktu Kongres Tahunan ke-42 FAM . Kemudian Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (2007-2009). Ibrahim jiga menjadi Pengerusi Panel Penasihat Sukan (SAP), Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dan Presiden Universiti Kuala Lumpur (UniKL).[2] Beliau juga pernah mewakili perlis fa pada tahun 80-an dan membuat 31 gol dan 51 kemunculannya.
Beliau juga pengerusi Yayasan Bumiputera Pulau Pinang tetapi berundur pada 1998.
Duta Besar ke Filipina
[sunting | sunting sumber]Pada 2 Jun 2010, beliau (64) terima watikah pelantikan sebagai Duta Besar ke Filipina daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.[3]
Karya
[sunting | sunting sumber]- Perubahan pendidikan di Malaysia : satu cabaran; Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990.
- Isu pendidikan di Malaysia / disusun oleh Ibrahim Saad ; - : Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982.
- Dari Pedagogi ke Politik / Prof madya Dr. Ibrahim Saad;Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 1982.
- Social engineering - the role of the schools in Malaysia ; Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan,Universiti kebangsaan Malaysia, 1980
- Pendidikan dan politik di Malaysia ; Dewan Bahasa dan Pustaka, 1977.
- Competing identities in a plural society : the case of peninsular Malaysia.
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Pada 17 Disember 2008, anak sulungnya Zaiful Ayu Ibrahim (37) menceraikan Azlinda Suaymi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.[4]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Thn | Kawasan | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Undi dibuang | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1986 | N10 Seberang Jaya | Ibrahim Saad (UMNO) | 4,939 | 58.38% | Yeow Yu Beng (DAP) | 2,485 | 29.37% | 8,649 | 2,454 | 74.25% | ||
| Koh Ah Toung (PAS) | 1,036 | 12.25% | ||||||||||
| 1990 | Ibrahim Saad (UMNO) | 8,757 | 73.05% | Yeow Yu Beng (DAP) | 3,230 | 26.95% | 12,383 | 5,527 | 78.47% | |||
| Thn | Kawasan | Calon | Undi | Prts | Lawan | Undi | Prts | Undi dibuang | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1995 | P042 Tasek Gelugor | Ibrahim Saad (UMNO) | 20,061 | 73.03% | Mohd Salleh Man (PAS) | 7,410 | 26.97% | 28,538 | 12,651 | 77.02% | ||
| 1999 | P044 Permatang Pauh | Ibrahim Saad (UMNO) | 14,743 | 38.23% | Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan) | 23,820 | 61.77% | 39,210 | 9,077 | 78.94% | ||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Ibrahim Saad Sengaja Dikorbankan Mahathir
- ^ Ibrahim pula letak jawatan
- ^ Dr Ibrahim Saad dilantik Duta Besar ke Filipina[pautan mati kekal]
- ^ Setuju bercerai 20 Jan. depan
- ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 4 February 2017. Percentage figures based on total turnout.
- Penerima Panglima Setia Mahkota
- Penerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri
- Penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri
- Penerima Darjah Mulia Seri Melaka
- Kelahiran 1946
- Kematian 2024
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Setiausaha Politik (Malaysia)
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Persatuan Bola Sepak Malaysia
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli akademik Universiti Sains Malaysia
- Duta Besar Malaysia ke Filipina