Ibrahim Sani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ibrahim Sani
Kelahiran
Ibrahim Sani Asnan Bin Mohamad

(1984-07-09) 9 Julai 1984 (umur 39)
Johor Bahru, Malaysia
PendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (Ijazah sarjana Perakaunan)[1]
PekerjaanKetua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
Majikan
TelevisyenNotepad with Ibrahim Sani[2], Agenda AWANI, Niaga AWANI

Ibrahim Sani (lahir 9 Julai 1984) adalah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera[3].

Ibrahim Sani merupakan bekas Perbankan Pelaburan di CIMB dan juga bekas Penerbit Eksekutif di Astro Awani.

Kehidupan Awal Dan Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ibrahim Sani dilahirkan di Johor Bahru Malaysia pada 1984.

Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia[4].

Ibrahim memulakan kerjayanya di Hong Leong Bank, sebelum berpindah ke CIMB. Kedua-duanya sebagai seorang perbankan pelaburan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Peneraju sejak 2023. Yayasan Peneraju merupakan sebuah agensi persekutuan di bawah Kementerian Ekonomi Malaysia.

Sebelum ini, sebagai penerbit eksekutif TV, Ibrahim telah menemuramah pelbagai tokoh-tokoh penting negara dan juga ketua-ketua syarikat besar di Malaysia.

Temuramah Berprofil Tinggi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, Ibrahim menemuramah Ketua Eksekutif syarikat 1MDB, Arul Kanda Kandasamy di stesyen bisnes radio BFM 89.9[5], di mana Arul menolak[6] semua dakwaan jenayah yang berlaku di syarikat itu, termasuk mengubah laporan audit 1MDB[7]. Arul Kanda mendakwa orang ramai 'enggan mahu mendengar penerangan 1MDB kerana penerangan yang diberikan adalah membosankan'[8]. Namun demikian, penolakan dakwaan berkenaan telah dibuktikan tidak benar. Arul Kanda masih meneruskan pendakwaan terhadap dirinya di mahkamah tertinggi Malaysia sehingga kini[9][10].

Temuramah Bersama Syarikat-Syarikat Besar[sunting | sunting sumber]

Temuramah Ibrahim selalunya adalah bersama dengan Ketua-ketua Pegawai Eksekutif syarikat terbesar Malaysia, seperti dengan PETRONAS"[11], dan Principal Financial Group [12], atau dengan Pusat Penyelidikan Telekom Malaysia[13], dan juga dengan Sime Darby Property[14].

Beliau juga sering menemuramah syarikat dari industri Perbankan dan industri insurans seperti dengan Liberty Mutual[15], dan juga Bank Islam Malaysia[16].

Temuramah Syarikat Saiz Sederhana, Syarikat Pemula[sunting | sunting sumber]

Ibrahim juga kerap menemuramah syarikat-syarikat pemula dan saiz sederhana seperti syarikat sewa kereta Sooka[17], atau dengan Kenanga Futures [18], dan syarikat Pemasaran Malaysia - Dattel Asia[19].

Temuramah Orang-Orang Kenamaan & Penjawat Awam[sunting | sunting sumber]

Antara temuramah-temuramah yang Ibrahim telah adakan dengan penjawat-penjawat awam adalah seperti dengan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng[20], bekas Menteri undang-undang Nancy Shukri[21], serta ahli-ahli akademik dan aktivis seperti dengan Universiti Oxford Blavatnik School of Government[22], serta Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dzulkifli Abdul Razak[23], dan juga pusat penyelidikan awam REFSA[24].

Speaker Untuk Badan-Badan Berkanun & Sektor Korporat[sunting | sunting sumber]

Ibrahim kerap dijemput sebagai speaker di pelbagai badan-badan berkanun seperti di latihan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, the Securities Industry Development Corporation (SIDC)[25], serta di Bursa Malaysia[26], dan juga syarikat insurans Fi Life[27]. Sebelum ini, beliau merupakan seorang speaker di Institut Akauntan Malaysia[28].

Beliau juga sering menjadi speaker di konferens Perhubungan awam seperti di konferens Asia 'Marketing Interactive Conference'[29].

Dalam Berita[sunting | sunting sumber]

Pelantikan Ibrahim sebagai CEO Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera [30].

Kerjaya Ibrahim sering dipetik media, seperti dipetik oleh Mediacorp berkenaan dengan Pilihan raya umum Malaysia 2022[31], dan juga oleh Sinar Harian berkenaan dengan proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat[32].

Beliau juga sering dipetik media teknologi seperti Soya Cincau tentang 5G[33], The Star (Malaysia) dan The Sun (Malaysia) tentang isu semikonduktor[34][35], Beliau juga pernah dipetik laman gosip World Of Buzz, berkenaan dengan aktiviti Twitter bekas Perdana Menteri Najib Razak[36].

Mentor[sunting | sunting sumber]

Ibrahim adalah bekas Mentor PwC bagi para usahawan Malaysia[37].

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Ibrahim Sani menetap di Kuala Lumpur bersama anak-anaknya. Sewaktu beliau seorang belia, beliau adalah pendebat antarabangsa[38].


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Ibrahim Sani IIUM Alumni". IIUM (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ "Notepad". Astro Awani (dalam bahasa Inggeris).
  3. ^ "'Pengurusan Tertinggi'". Yayasan Peneraju.
  4. ^ "Ibrahim Sani IIUM Alumni". IIUM (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ "1MDB on BFM". BFM (dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ "Here's Everything 1MDB's Arul Kanda Said After He Went On Radio For The First Time Ever". Says.com (dalam bahasa Inggeris).
  7. ^ "Ini sebabnya kena Arul Kanda perfect untuk uruskan 1MDB". SosCili.
  8. ^ "'People refuse to listen to 1MDB as the facts are boring'". MalaysiaKini (dalam bahasa Inggeris).
  9. ^ "Najib, Arul Kanda's 1MDB audit tampering case decision postponed to March 3". FMT (dalam bahasa Inggeris).
  10. ^ "Najib, Arul Kanda's 1MDB audit tampering trial decision moved to March 3". The Edge Financial Daily (dalam bahasa Inggeris).
  11. ^ "Notepad with Ibrahim Sani: PETRONAS Chemicals, A Story of Resilience". PETRONAS (dalam bahasa Inggeris).
  12. ^ "Patrick Chang on Notepad with Ibrahim Sani: 2023 Outlook and Investment Opportunities". Principal Malaysia (dalam bahasa Inggeris).
  13. ^ "TM R&D CEO In 'Notepad With Ibrahim Sani' On Astro Awani". TMRND (dalam bahasa Inggeris).
  14. ^ "Notepad with Ibrahim Sani: Sime Darby Property". Sime Darby Property (dalam bahasa Inggeris).
  15. ^ "Ibrahim Sani's Notepad: Digitalizing Insurance". Liberty (dalam bahasa Inggeris).
  16. ^ "How Responsible Investments Can Bring Huge Rewards". BIMB Investment (dalam bahasa Inggeris).
  17. ^ "Notepad with Ibrahim Sani Ep872". Sooka (dalam bahasa Inggeris).
  18. ^ "Notepad with Ibrahim Sani: Trading Futures and Market Insights". Kenanga Futures (dalam bahasa Inggeris).
  19. ^ "Ibrahim Sani's Notepad". Dattel Asia (dalam bahasa Inggeris).
  20. ^ "Pengambilalihan tol - Manfaat untuk rakyat". Blavatnik.
  21. ^ "Parliamentary Reforms and Law: How to Get the Job Done". BFM (dalam bahasa Inggeris).
  22. ^ "GE15 Policies on Home Economic". Blavatnik (dalam bahasa Inggeris).
  23. ^ "Professor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak speaks with Ibrahim Sani on building success through oratory excellence". Astro AWANI (dalam bahasa Inggeris).
  24. ^ "Ibrahim Sani's Notepad: Day-2 Caretaker Government". Refsa (dalam bahasa Inggeris).
  25. ^ "ABOUT THE SPEAKER-Ibrahim Sani". SIDC (dalam bahasa Inggeris).
  26. ^ "Notepad with Ibrahim Sani: Plantation". Bursa Malaysia (dalam bahasa Inggeris).
  27. ^ "I am Ibrahim Sani and This is How I Invest". Fi Life (dalam bahasa Inggeris).
  28. ^ "ABOUT THE SPEAKER-Ibrahim Sani". Malaysian Institute of Accountants (dalam bahasa Inggeris).
  29. ^ "ABOUT THE SPEAKER-Ibrahim Sani". Malaysian Institute of Accountants (dalam bahasa Inggeris).
  30. ^ "Ibrahim Sani dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju". Nabilah Khaleeda. 30 November 2023. Dicapai pada 17 December 2023.
  31. ^ "Proses undi PRU15 selesai, 70% keluar undi setakat jam 4 petang". The Sun.
  32. ^ "Jangan lagi atau sesekali taksub kepada mana-mana personaliti". Sinar Harian. 29 March 2022. Dicapai pada 26 January 2023.
  33. ^ "Why can't your iPhone connect to 5G in Malaysia? YTL Comms CEO explains why". Soya Cincau (dalam bahasa Inggeris).
  34. ^ "Chip inventory facing correction". The Star (dalam bahasa Inggeris).
  35. ^ "MSIA: Malaysia has what it takes to become global automation hub". The Sun (dalam bahasa Inggeris).
  36. ^ "M'sian Broadcaster Urges Elon Musk to Suspend Najib From Twitter For Violating Terms of Engagement". World of Buzz (dalam bahasa Inggeris).
  37. ^ "Industry mentors". PwC Malaysia (dalam bahasa Inggeris).
  38. ^ "Small speaker steals the show". Parveen Gill (dalam bahasa Inggeris). 12 December 2005. Dicapai pada 26 January 2023.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]