Ibrahim bin Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ibrahim bin Muhammad
إِبْرَاهِيم ٱبْن مُحَمَّد
Kelahiran
Ibrahim bin Muhammad

8 Zulhijjah AH ; s. Mac/April 630 M
Meninggal dunia29 Syawal 10 AH ; s. 27 Januari 632 M
Madinah al-Munawwarah
Dikebumikan
Al-Baqi, Madinah al-Munawwarah
IbuMariah al-Qibtiyah
BapaMuhammad
Saudara
KeluargaAhlul Bait

Ibrahim bin Muhammad (Arab: إِبْرَاهِيم ٱبْن مُحَمَّد) ialah anak bungsu Nabi Muhammad menerusi Mariah al-Qibtiyah, dan satu-satunya keturunan bukan menerusi Khadijah binti Khuwailid. Beliau lahir pada akhir bulan 8 Hijriah.[1] Sayyidina Ibrahim disusui oleh Ummi Sayf, isteri Abu Sayf, sebagai tradisi bangsa Arab pada saat itu. Nabi Muhammad juga berkesempatan memberi beberapa ekor kambing untuk melengkapi persediaan susunya.[2]

Seperti kebanyakan keturunan baginda, Ibrahim meninggal dunia pada usia bayi. Berdasarkan kitab Al-Bidāya wa-n-Nihāya Ibnu Kathir, satu gerhana matahari berlaku pada hari kematiannya. Hal ini menyebabkan baginda bersabda sebagai peringatan bahawa gerhana bukanlah petanda kelahiran atau kematian.[3][4] Berdasarkan rekod astronomi, gerhana ini (dan oleh itu, kematiannya) berlaku pada 27 Januari 632 M.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ibn Kathir, quoting Ibn Saad
  2. ^ Muhammad Husayn Haykal, Translated by Isma'il Razi A. al-Faruqi, The Life of Muhammad, American Trust Publications, 1976, ISBN 0-89259-002-5 [1]
  3. ^ "الكتب - البداية والنهاية - سنة إحدى عشرة من الهجرة - فصل في ذكر أولاده عليه وعليهم الصلاة والسلام- الجزء رقم8". Islamic Library. Dicapai pada 28 November 2019.
  4. ^ "Hadith - Book of Eclipses - Sahih al-Bukhari - Sayings and Teachings of Prophet Muhammad (صلى الله عليه و سلم)". Sunnah. Dicapai pada 28 November 2019.
  5. ^ "Besselian Elements - Annular Solar Eclipse of 0632 January 27". NASA Eclipse (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Oktober 2022.