Ibu negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ibu negara merujuk kepada bandar pentadbiran bagi sesuatu negara. Ia biasanya merupakan bandar penting dalam negara tersebut disebabkan kebanyakan pejabat tadbir dan pemimpin negara biasanya tinggal di bandar tersebut. Ia biasanya menampung jabatan-jabatan pentadbiran negara dan sebuah dewan perwakilan rakyat yang sering kali disebut parlimen serta pejabat-pejabat komersil. Selain itu, ibu negara biasanya juga menampung perwakilan daripada negara-negara asing yang biasa dipanggil kedutaan besar.

Terdapat beberapa kekecualian:

Kadang-kadang beberapa negara memindahkan ibu negara mereka atas alasan politik atau ekonomi. Beberapa negara yang pernah memindahkan ibu negara mereka ialah:

Sering kali, ibu negara harus dipindahkan kerana diduduki atau dikuasai negara asing, dan ibu negara "tandingan" atau sementara harus diasaskan di bandar lain:

Kadang-kadang ibu negara harus dibahagikan dengan negara lain kerana dikuasai oleh musuh:

Perbezaan dengan ibu negeri[sunting | sunting sumber]

Ibu negara berbeza dengan ibu negeri yang merupakan bandar pentadbiran kepada sesebuah negeri sahaja. Gabungan beberapa buah negeri akan membentuk negara seperti Malaysia, dan Amerika Syarikat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]