Ibu tumpang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Kaedah ibu tumpang ialah suatu kaedah kesuburan yang sering disokong oleh perjanjian berasaskan perundangan, di mana seorang wanita ("ibu tumpang") bersetuju untuk melahirkan anak bagi pihak pasangan lain yang akan menjadi ibu bapa anak selepas kelahiran. Kaedah ini boleh dilakukan secara tradisional atau secara gestasi, yang dibezakan oleh asal genetik telur. Kaedah secara gestasi cenderung lebih lazim daripada cara tradisional dan dianggap kurang kompleks dari segi perundangan.[1]

Seseorang wanita mungkin mencari ibu tumpang ketika kehamilan tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab perubatan, iaitu ketika risiko kehamilan terlalu berbahaya bagi wanita asal, atau ketika seorang atau sepasang lelaki ingin memiliki anak. Kaedah ini dianggap sebagai salah satu daripada pelbagai teknologi pembiakan dibantu.

Dalam pengaturan ibu tumpang, pampasan wang mungkin atau tidak terlibat. Penglibatan wang dalam hal ini itu dikenali sebagai penumpangan secara komersial. Kesahan dan kos ibu tumpang adalah berbeza antara bidang kuasa, dan kadang-kadang menimbulkan masalah dalam perundangan. Pasangan yang mencari ibu tumpang di negara yang melarang kaedah ini kadangkala pergi ke negara yang mengizinkannya. Di beberapa negara, kaedah ibu tumpang hanya sah tanpa bayaran wang.

Di negara di mana tawaran komersial adalah sah, pasangan boleh menggunakan pertolongan agensi pihak ketiga untuk membantu proses ibu tumpang dengan mencari wanita sasaran dan mengatur kontrak ibu tumpang dengannya. Agensi-agensi ini sering memeriksa ujian psikologi dan perubatan ibu tumpang untuk menjamin peluang terbaik dalam kehamilan dan kelahiran yang sihat. Mereka juga biasanya memudahkan semua masalah perundangan berkenaan ibu bapa dan ibu pengganti.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Using a Surrogate Mother: What You Need to Know". WebMD (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • (Inggeris) "Surrogacy", Better Health Channel, Kerajaan Negeri Victoria, Australia