Ice Cream Cake (EP)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ice Cream Cake
EP oleh
Dilancarkan pada17 Mac 2015
Tempatseluruh dunia Edit the value on Wikidata
Genre
Panjang21:22
BahasaKorea
SyarikatSM Entertainment
PenerbitLee Soo-man (ekse.)
Kronologi Red Velvet
Ice Cream Cake
(2015)
The Red
(2015)
Single daripada Ice Cream Cake
  1. "Automatic"
    Dikeluarkan: 13 Mac 2015
  2. "Ice Cream Cake"
    Dikeluarkan: 15 Mac 2015
"Automatic" di YouTube
"Ice Cream Cake" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ice Cream Cake ialah album mini pertama oleh kumpulan wanita Korea Selatan, Red Velvet. Album ini dikeluarkan secara digital pada 17 Mac 2015 dan secara fizikal pada 18 Mac.[1][2] Album ini dikeluarkan dalam dua versi dan mengandungi enam lagu bersama dua lagu utama, "Ice Cream Cake" dan "Automatic".

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Mac 2015, SM Entertainment secara rasminya memperkenalkan bekas ahli SM Rookies, Yeri sebagai ahli baru Red Velvet melalui sebuah video di laman YouTube mereka.[3] Pada hari yang sama, mereka mendedahkan tajuk album kumpulan ini sebagai Ice Cream Cake.[4] Pada 14 Mac, video muzik untuk lagu 'Automatic' dikeluarkan.[5] SM Entertainment mengesahkan bahawa kumpulan ini akan mempromosi lagu "Ice Cream Cake" dan "Automatic".[6]

Promosi[sunting | sunting sumber]

SM Entertainment mengumumkan sebuah program bernama Ice Cream TV dimana kumpulan ini akan mempromosi album baru mereka. Kumpulan ini mempersembahkan lagu mereka secara langsung di dalam rancangan yang disiarkan melalui Naver Music dan diacarakan oleh ahli Shinee, Minho. Selain daripada persembahan langsung, kumpulan ini juga membincangkan album baru ini dan kemunculan kembali mereka.

Kumpulan ini mula mempromosi lagu "Automatic" dan "Ice Cream Cake" dalam rancangan muzik pada 19 Mac. Mereka mempersembahkan lagu ini dalam M! Countdown,[7] disusuli dengan persembahan dalam Music Bank pada 20 Mac[8] dan Inkigayo pada 22 Mac.[9] Mereka kembali ke Music Bank seminggu kemudian dan memenangi trofi program muzik pertama mereka.[10] Mereka mengadakan persembahan luar negara pertama mereka untuk "Ice Cream Cake" dalam sebuah konsert SMTOWN di Taiwan.[11] Kumpulan ini juga mempromosi dan mempersembahkan lagu dari album ini di Filipina untuk Best of the Best K-pop Concert pada 12 April, sebuah konsert yang juga menampilkan Super Junior, Girls' Generation dan BTOB. Kumpulan ini juga mengadakan promosi pertama mereka di Amerika Syarikat semasa KCON pada 2 Ogos di Staples Center, Los Angeles.

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Dikeluarkan pada 16 Mac 2015, video muzik "Ice Cream Cake" menampilkan koreografi oleh Kyle Hanagami yang juga bekerja bersama kumpulan ini untuk lagu "Be Natural".[12][13] Video muzik ini dirakam di Palmdale, California, menggunakan padang pasir California dan sebuah motel sebagai latar belakang untuk kebanyakan babak. Sebelum pengumuman bahawa beliau ditambah dalam kumpulan ini, empat ahli asal dan ahli baru, Yeri dilihat menjalani penggambaran video muzik pada bulan Februari dengan tajuk lagu diura-urakan menjadi "Blonde Girl".[14]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Album ini menduduki tempat pertama dalam Carta Album Mingguan Gaon dan ditempat kedua dalam Carta Album Dunia Billboard.[15][16] Album ini juga menduduki tempat ke–25 dalam carta Top Heatseekers Billboard pada 4 April 2015. "Ice Cream Cake" menduduki tempat ke–4 dalam Carta Gaon dan menduduki tempat ke–3 dalam Carta Lagu Digital Dunia Billboard.[17][18] Lima lagu lain daripada album ini juga tersenarai dalam Carta Gaon. "Ice Cream Cake" menjadi video K-pop yang paling banyak ditonton di seluruh dunia untuk bulan Mac manakala "Automatic" menduduki tempat ke–6. "Ice Cream Cake" juga menduduki tempat pertama di Amerika manakala "Automatic" di tempat ke–4.[19] Album ini merupakan album paling laris oleh kumpulan wanita di Korea Selatan dalam Carta Hanteo untuk separuh pertama tahun 2015.[20]

Lagu[sunting | sunting sumber]

No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."Ice Cream Cake"Jo Yoon-kyungHayley Aitken, Sebastian Lundberg, Fredrik Haggstam, Johan Gustafson, A.K.A Trinity MusicHayley Aitken, Sebastian Lundberg, Fredrik Haggstam, Johan Gustafson, A.K.A Trinity Music03:11
2."Automatic"Choi So-young (Jam Factory)Daniel Klein, Charlotte TaftDaniel Klein, Charlotte Taft03:30
3."Somethin Kinda Crazy"KenzieKenzie, Teddy Riley, DOM, Lee Hyun-seung for TRX, Charlotte TaftKenzie, Teddy Riley, DOM, Lee Hyun-seung for TRX, Charlotte Taft03:19
4."Stupid Cupid"Sung Hyun-binAndrew Choi, 220, Hayley Aitken, Cha Cha MaloneAndrew Choi, 220, Hayley Aitken, Cha Cha Malone03:29
5."Take It Slow"G-High, Lee Ju-hyungG-High, Lee Ju-hyungG-High, Lee Ju-hyung03:31
6."Candy" (사탕) Hong Ji-yooClaire Rodrigues Lee, Kevin ChargeScore04:22
Jumlah masa: 21:22


Carta[sunting | sunting sumber]

Carta mingguan[sunting | sunting sumber]

Carta (2015) Kedudukan
tertinggi
Korea Selatan (Gaon) 1
Amerika Syarikat (Billboard) 2
Amerika Syarikat (Top Heatseekers Billboard) 24

Carta bulanan[sunting | sunting sumber]

Carta (2015) Kedudukan
tertinggi
Korea Selatan (Gaon) 8

Jualan dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Carta Jumlah
Jualan fizikal Gaon 62,384+
Jualan fizikal Oricon 2,796+

Sejarah keluaran[sunting | sunting sumber]

Negara Tarikh Format Label
Seluruh dunia 17 Mac 2015 Muat turun digital SM Entertainment
Korea Selatan
Korea Selatan 18 Mac 2015 CD SM Entertainment, KT Music

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The 1st Mini Album 'Ice Cream Cake' - EP by Red Velvet on iTunes". iTunes Store. Dicapai pada 2015-11-04.
  2. ^ Hong, Grace Danbi (2015-03-13). "Red Velvet to Pre-release ′Ice Cream Cake′ Online A Day Ahead of Album Release". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2015-03-16.
  3. ^ Hong, Grace Danbi (2015-03-11). "[Video] Red Velvet Welcomes New Member Yeri in Time for Comeback". enewsWorld. Dicapai pada 2015-03-16.
  4. ^ "레드벨벳, 새 멤버 '예리' 합류 5인조 변신…18일 컴백". MK News. 2015-03-11. Dicapai pada 2015-03-16.
  5. ^ Yoon Sang-geun (2015-03-15). "컴백 레드벨벳, 더블 타이틀곡 활동…뮤비 기습 공개". Nate. Dicapai pada 2015-03-16.
  6. ^ Lee Jong-hyun (2015-03-15). "'컴백' 레드벨벳, 반전 매력 선사! 'Automatic' MV 기습 공개". Hankooki. Dicapai pada 2015-03-16.
  7. ^ Jeon, Ah Ram (2015-03-22). "[Interview] Red Velvet Talks Rumors Surrounding Member Change, Goals for 'Ice Cream Cake' and More". Newsen. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 2015-03-23.
  8. ^ "Super Junior D&E's "Growing Pains" Wins on Music Bank". Soompi. 2015-03-20. Dicapai pada 2015-03-23.
  9. ^ Hwang Seong-un (2015-03-22). "'인기가요' 레드벨벳, 전혀 다른 두 가지 매력 '아이스크림 케이크'와 '오토매틱'". 10asia. Dicapai pada 2015-03-23.
  10. ^ Kim Mi-hwa (2015-03-27). "'뮤뱅' 레드벨벳, 데뷔 7개월만 가요프로 첫 1위..눈물 펑펑". Korea Daily. Dicapai pada 2015-03-30.
  11. ^ Hwang Seong-un (2015-03-22). "SMTOWN, 대만 홀렸다…SMTOWN LIVE 대만 공연 성공리에 마무리". 10asia. Dicapai pada 2015-03-23.
  12. ^ Hong, Grace Danbi (2015-03-30). "[Video] Red Velvet Makes Sweet and Delicious Comeback in ′Ice Cream Cake′ MV". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-02. Dicapai pada 2015-03-30.
  13. ^ Kyle Hanagami Twitter (Mac 2015). Diarkibkan pada 2015-03-30. Dicapai pada 2015-03-30.
  14. ^ Bae Jae-ryun (2015-02-01). "레드벨벳, 신곡 MV 美촬영 최초공개 '금발 소녀'". Newsen. Dicapai pada 2015-03-16.
  15. ^ "레드벨벳, 가온 주간 앨범차트도 1위 '정상 행진'". Nate. 2015-03-26. Dicapai pada 2015-03-26.
  16. ^ Yoon Seong-yeol (2015-03-27). "레드벨벳, 美빌보드 월드앨범 2위 진입..MFBTY 8위". Star News. Dicapai pada 2015-03-27.
  17. ^ Jeon, Su-mi (2015-03-23). "Red Velvet Tops Weekly Album and Music Charts with 'Ice Cream Cake'". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-09. Dicapai pada 2015-03-30.
  18. ^ Benjamin, Jeff (2015-03-27). "Red Velvet Send Delicious 'Ice Cream' EP to World, Heatseeker Albums Charts". Billboard. Dicapai pada 2015-03-30.
  19. ^ Benjamin, Jeff (2015-04-09). "Most Viewed K-Pop Videos in America & Around the World: March 2015". Billboard. Dicapai pada 2015-04-15.
  20. ^ Gil Hye-seong (2015-06-21). "상반기 음반판매, 엑소 1~3위 석권..레드벨벳, 女유일 톱20". Korea Daily. Dicapai pada 2015-08-05.