Idahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Idahan (Idahan, Idaan, Ida'an, Eraan, Begahak) adalah satu etnik pribumi yang terdapat di Sabah dan menetap di sekitar daerah Lahad Datu di persisiran timur Sabah, Malaysia. Populasi semasa dianggarkan sekitar 6,000 (1987 est), tetapi terdapat bukti mereka pernah menduduki kawasan lebih luas sepanjang persisiran timur Sabah berbanding masa kini. Sebahagian besar orang Idahan adalah muslim, tetapi sebahagian kecil serpihan suku kaum yang dikenali sebagai Dusun Begahak / Dusun Tungku (populasi sekitar 1,500 pada 1987) kekal animist.

Selama beberapa abad, mereka memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layang-layang di dalam gua batu kapur kawasan tersebut, terutamanya Gua Madai. Selama beberapa abad ethnik Idahan telah memiliki mekanisma sosial berasaskan sedarah, bagi mengawal capaian bermusim ke kamar batu yang memiliki sarang burung layang-layang, dan bergilir hak menuai antara pelbagai ahli suku kaum. Sebagai ethnik minoriti, Idahan beroperasi sebagai kumpulan korporate berkait rapat berkait dengan aktiviti menuai sarang burung layang-layang. Sistem pengagihan turut memastikan hubungan rapat di kalangan ethnik Idahan. Keuntungan tunggal tuaian yang diwarisi hanya dapat dikekalkan oleh mereka selagi mereka berkerjasama sebagai satu unit ekonomi dan masyarakat kerjasama.

Suku kaum idahan adalah suku kaum yang pertama memeluk agama islam di borneo iaitu pada tahun 1408..BAGAHAK TUNGKU DAN DUSUN SUBPAN SEGAMA adalah asal suku kaum idaan setelah memeluk agama islam...kaum ini di kenali sebagai KAUM IDAAN sehingga la sekarang...SECARA LANGSUNG JUGA PENUAIAN DAN YANG BERHAK KE ATAS HASIL SARANG BURUNG DI GUA SEPERTI GUA MADAI ADALAH DI TUAI OLEH KAUM YANG BERAGAMA ISLAM SAAJA IAITU SUKU KAUM IDAAN..KELEBIHAN SUKU KAUM IDAAN WALAUPUN SALASATU KAUM MINORITI TETAPI SUKU KAUM KELUARGA BESAR" BIG FAMILY" atas dasar mengekal kan harta pusaka yang dikurniakan seperti GUA MADAI dan beberapa gua lagi d sabah...PERKAHWINAN CAMPUR tidak di galakkan..OLEH ITU BERAPA RAMAI PUN SUKU KAUM IDAAN INI MEREKA SALING ADA PERTALIAN DARAH DAN MEMPUNYAI MUAFAKAT YANG KUAT ATAS DASAR KELUARGA SEPUSAKA(BERKONGSI HARTA PUSAKA)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]