Idan Aedan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Idan Aedan
Idanaedan2019.jpg
Kelahiran
Muhd Shahidan bin Abdullah

(2004-07-02) 2 Julai 2004 (umur 17)
PekerjaanPelakon, pengacara, model
Tahun aktif2013-kini

Muhd Shahidan Abdullah (lahir 2 Julai 2004), juga dikenali sebagai Idan Aedan merupakan seorang pelakon dan pengacara televisyen Malaysia, memulakan kerjaya lakonannya seawal usia 10 tahun.[1]

Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik.

Perjalanannya di layar perak sebagai pelakon kanak-kanak bermula dengan minat lakonan yang mendalam dan disokong penuh oleh ibunya sendiri.

Penampilan pertamanya ialah sebagai pelakon tambahan atau kameo di dalam beberapa drama tempatan. Idan pernah merangkul gelaran sebagai Juara di dalam gameshow realiti TV Over The Top anjuran TV3.[2] Beliau terkenal dengan penghayatan watak yang mampu mencetuskan permainan emosi terhadap penonton. Oleh itu, beliau sering menjadi tumpuan pengarah dan produksi di Malaysia. Kemampuannya yang luar biasa tidak terhad kepada lakonan. Beliau turut mempunyai bakat pengacaraan yang dapat dilihat di dalam program kanak-kanak Chiki Boom terbitan TV2.

Kemuncak terbesar Idan adalah apabila beliau dicalonkan di Anugerah Pelakon Terbaik bagi watak utama di Asian Academy Creative Awards 2018 melalui watak Saiful dalam telefilem Luar Biasa yang disiarkan di saluran Astro Citra dan Astro Mustika HD.[3][4][5][6]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2021 Kerana Korona Harun Kabir Bhatia
Zombitopia Zidik (kecil) Woo Ming Jin
2018 Pulang Omar (kecil) Kabir Bhatia
2017 Surf This Love Billy (kecil) Wan Mohd Hafiz Wan Hussain
2015 Operation Mekong Anak Askar Myanmar Dante Lam Projek Filem International bersama Film Fireworks Hong Kong dan Asian Tropical Film Malaysia

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2019 Wizards of Warna Walk Aiden Rowan Disney Channel Asia
2018 Jibril Jibril (kecil) Viu
The Bridge Salman
Bebaskan Anak Kita Azril TV3
2017 Luar Biasa Saifu Astro Citra
Akil & Juan Akil TV9
Oh My English! - Level Up[7] Tupai Astro TVIQ
Anak Merdeka Johan Astro
2016 Jalan Belakang Rumah Iman TV2
Supersains[8][9] Afiq Astro TVIQ
Cinta 11 Syarat Komeng (kecil) Astro Prima
2015 Pulang Omar TV9

Iklan dan video korporat[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Jenama
2018 Digi Raya #Nawaitu Azmi Digi
TNB Raya 2018: Rumah Epik Fantastik Rizal Tenaga Nasional Berhad
PPRT Kempen Kerajaan Cucu PPRT
Padu: Hero Transformasi Pendidikan Pengawas Kementerian Pendidikan Malaysia
Viral Video Along Milo
2017 Filem Pendek Raya Atan Citibank
2016 KFC Bucketria KFC
2015 Khilaf Kamil MYEG

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Pengacaraan
Tahun Program Siaran
2018 DIY Junior TV2
2015 Chiki Boom TV2
2015 Co - Hos bersama Sazy Falak untuk ADMM (Asean Defense Ministry Meeting ) Gala

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]