Lambang Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Identiti Malaysia)

Lambang Malaysia atau Identiti Malaysia ialah lambang atau simbol yang mewakili negara Malaysia.

Malaysia
KegunaanBendera Negara
Nisbah1:2
Diterima pakai1963
Rekaandi bahagian kiri bendera, sebagai Kanton bendera yang berwarna Biru Gelap, dengan Anak Bulan dan Bintang Bucu 14 berwarna Kuning ke emasan, dan jalur melintang merah dan putih, (7 merah dan 7 putih).
Jata Malaysia
Butiran
JabaranPerisai dengan Latar Warna Merah dibahagian atas, dengan 5 Keris, melambangkan negeri-negeri Melayu tidak bersekutu (Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor), dibahagian tengah dari kiri ke kanan berwarna Merah, Hitam, Putih dan Kuning, melambangkan negeri-negeri Melayu bersekutu (Negeri Sembilan, Selangor, Negeri Perak dan Pahang), dengan Sebelah kiri perisai Bergambar Pokok Pinang dan Jambatan Pulau Pinang, di Sebelah kanan perisai bergambar Pokok Melaka, dan dibahagian bawah perisai ada gambar Jata Wilayah Sabah dan Jata Wilayah Sarawak (masing-masing disebelah kiri dan kanan), dan Bunga Raya, sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia.
Penopang/
penyokong
Sepasang Harimau Malaya, dan Anak Bulan dan Bintang berbucu 14.
Cogan kataBersekutu Bertambah Mutu.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bendera[sunting | sunting sumber]

Jalur Gemilang
  • Warna kuning dengan bulan sabit dan bintang melambangkan Islam ialah agama rasmi Malaysia.
  • Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia.
  • 14 jalur melambangkan negeri-negeri Malaysia dan ibu negara, Kuala Lumpur.
  • Warna biru melambangkan perpaduan.
  • Warna putih melambangkan kesucian.
  • Warna merah melambangkan keberanian.

Jata[sunting | sunting sumber]

Jata Malaysia
  • Bulan sabit serta bintang yang berwarna kuning melambangkan agama Islam.
  • Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas buah negeri termasuk ibu negeri di Malaysia.
  • Harimau yang berada di kedua-dua belah melambangkan kewibawaan Malaysia.
  • Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.
  • Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata Sabah melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
  • Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
  • Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Lagu[sunting | sunting sumber]

Muzik lagu Negaraku

Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu rasmi negeri Perak berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, dan dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman. Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Lagu ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh. Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Keputusan hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu.

Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.

Rentak lagu Negaraku telah ditukar lebih rancak oleh Dr. Mahathir. Lagu Negaraku baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003 selepas Dr. Mahathir melaungkan "Merdeka" tujuh kali. Lirik Negaraku baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan pergerakannya akan berlaju.

Lirik[sunting | sunting sumber]

Versi Terkini[sunting | sunting sumber]

Negaraku [1]/My Country/نݢاراکو
Bahasa Melayu [2] Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju, [2]

Rahmat Bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta. [2]

Rahmat Bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta. [2]

Oh my motherland,
Where my life began
Where people lives
In harmony and prosperity

With God given
Blessing of happiness
Our King
Reign in peace

With God given
Blessing of happiness
Our King
Reign in peace

我的國家,
我生長的地方。
各族團結
前途無限無量。

但願上蒼,
福佑萬民安康。
祝我君王,
國祚萬壽無疆。

但願上蒼,
福佑萬民安康。
祝我君王,
國祚萬壽無疆。

எனது நாடே
என் குருதி சிந்திய மண்ணே
மக்கள் வாழ்வே
ஒற்றுமையே முன்னேற்றமே

அருளோடும் மகிழ்வோடும்
இறைமை வழங்கிடும்
எங்கள் மாமன்னர்
முறையாட்சி வாழியவே

அருளோடும் மகிழ்வோடும்
இறைமை வழங்கிடும்
எங்கள் மாமன்னர்
முறையாட்சி வாழியவே

Rukun Negara[sunting | sunting sumber]

Bahawasanya Negara Kita Malaysia

Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Bunga[sunting | sunting sumber]

Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya spesies Hibiscus rosa-sinensis. Bunga raya ialah sejenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Selepas mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian telah diarahkan mencadangkan bunga yang sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada penghujung 1958 Kementerian Pertanian telah mencadangkan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Bunga-bunga tersebut ialah bunga raya, kenanga, melur, teratai, mawar, cempaka dan tanjung.[3]

Selepas perbincangan pada 28 Julai 1960, Bunga Raya telah diisytiharkan sebagai Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.[3]

Bunga raya betul (Hibiscus rosa-sinensis) ialah pokok renek yang berasal dari Vanuatu,[4] yang juga dikenali sebagai kembang sepatu atau mawar China. Ia ditanam secara meluas sebagai hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Bunganya besar, merah, dan keras tetapi tidak berbau.

Pelbagai kultivar, kelainan dan kacukan telah dihasilkan, dengan warna bunga yang pelbagai daripada putih kepada kuning dan kuning bata, dan merah jambu lembut, dengan kelopak set tunggal dan berganda. Bunga ini digunakan bagi mengilat kasut di sebahagian India.

Binatang[sunting | sunting sumber]

Harimau merupakan lambang yang penting di negara-negara seperti Malaysia dan India. Pada lambang negara Malaysia (Jata Negara), dua ekor harimau yang berdiri di kedua-dua belah perisai melambangkan kekuatan dan keberanian. Lambang harimau juga digunakan pada logo syarikat Malaysia seperti Maybank dan PROTON.

Harimau telah dikatakan binatang kebangsaan Malaysia di samping merupakan salah satu binatang yang terdahulul muncul di tanah Melayu. Harimau juga melambangkan keberanian dan kekuatan.

Harimau diancam kepupusan bukan sahaja akibat pertembungan dengan manusia yang menganggap jenis kucing buas ini sebagai ancaman keselamatan kepada nyawa manusia dan binatang ternakan, malah diburu untuk memperoleh kulit belangnya untuk tujuan perhiasan, serta anggota badannya untuk dijadikan hidangan eksotik dan perubatan tradisi Asia. Kemusnahan habitat juga banyak menyumbang kepada penurunan bilangan harimau di dunia.

Sekarang dianggarkan cuma tinggal 3,000 ekor harimau daripada pelbagai sub-spesies di dunia. Usaha-usaha sedang dijalankan untuk memulihara populasi harimau. Pada tahun 2005, peristiwa Nicky, seekor anak harimau yang diselamatkan daripada menjadi bahan masakan dan sekarang ditempatkan di Zoo Melaka, telah menyayat hati ramai rakyat Malaysia dan pencinta alam.

Peta[sunting | sunting sumber]

Peta Malaysia
Lokasi Malaysia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ a b c d Majlis Bandaraya Petaling Jaya. "Lirik Lagu Kebangsaan Malaysia - Negaraku" (PDF). www.mbpj.gov.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  3. ^ a b "Bunga Kebangsaan – Maklumat Malaysia". Gerbang Rasmi Kerajaan Malaysia (MyGovernment). Dicapai pada 2022-09-17.
  4. ^ "Hibiscus rosa-sinensis L. | Plants of the World Online | Kew Science".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]