Bendera Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Identiti Wilayah Sabah)

Laman Ini Mengenai Bendera Wilayah Sabah sahaja.

Bendera Sabah
KegunaanBendera wilayah
Nisbah1:2
Diterima pakai1988
RekaanLatar warna dibahagikan menjadi 3, "Biru Zirkon" dibahagian kanan atas, separuh "Putih" dibahagian kanan tengah dan "Merah Cili" dibahagian bawah, lalu dengan gambar Gunung Kinabalu berwarna "biru Nilakandi" yang berada di Kanton Bendera dengan Warna Latar "Biru Salji" di Kanton bendera dibahagian kiri atas, hingga Tengah kiri.
Direka olehIdris Echin (asal)
Yaman Ahmad Mus (kini)

Perihal[sunting | sunting sumber]

Bendera negeri Sabah versi terkini telah digunakan sejak 16 September 1988. Ia bersegi panjang berukuran 1:2. Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah menjadi latar belakang lukisan grafik bayangan Gunung Kinabalu berwarna biru tua meliputi suku bahagian bendera ini.

Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar. Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah cili.

Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama. Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung dalam Negeri Sabah. Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

Sejarah identiti Sabah[sunting | sunting sumber]

Terdapat 8 versi bendera yang pernah digunakan oleh Borneo Utara British, enam (6) daripadanya adalah mengikuti lambang Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Lambang awal Borneo Utara berlatarkan "Seekor singa garang yang menjaga didalam bidang bulat berwarna kuning" dan "dua lengan (satu lengan kolonial dan satu lagi lengan pribumi) yang memegang teguh bendera tertera seekor singa didalamnya".[1]

Waran laksamana pada tanggal 5 Januari 1882 telah mengiktiraf penggunaan bendera Union Jack, Panji Biru dan Panji Merah. Penggunaan panji-panji adalah seperti berikut:

  1. Union Jack: Bendera utama apabila tiba dan berlepas.
  2. Panji Merah: Untuk kapal dagang.
  3. Panji Biru: Untuk kapal tentera.

Garis masa penggunaan[sunting | sunting sumber]

  1. 5 Januari 1882: Bendera kuning Gabenor.
  2. 18 Oktober 1937: Wangsa laksamana memberitahu Pejabat Kolonial bahawa Pejabat Dominion berkenan untuk meminda Buku Bendera Laksamana dari bendera Syarikat Berpiagam Borneo Utara British kepada Borneo Utara.
  3. Julai 1946: Berikutan pembatalan Negara Borneo Utara, Yang Mulia Raja Britain berkenan menyerap masuk Borneo Utara sebahagian daripada wilayah jajahan mahkota British.
  4. 30 Januari 1947: Cadangan bagi penggunaan Jata Koloni mesti bersandarkan kepada reka bentuk jata Syarikat SBUB terdahulu, dan ditambah huruf "T" di dada layar kapal, bermaksud penyeragaman am Divisi ke-9 Australia keatas wilayah.
  5. 8 Februari 1949: Waran Diraja kembali.
  6. 24 Oktober 1949: Hak syarikat SBUB dicairkan.
  7. Jata baru bendera dengan lengan padu, didalam bulatan putih didalam Panji Biru, dilingkari dengan jaringan bendera Union Jack. Ini menunjukkan Borneo Utara sebahagian dari koloni maka tidak perlu lagi Panji Merah.
  8. 2 Mei 1952: Perubahan reka bentuk bendera supaya sama dengan bendera Ketua Adat.

Bendera dan jata Borneo Utara (1882)[sunting | sunting sumber]

Bendera dan jata Borneo Utara (1882) dikenali sebagai "Bendera kuning Gabenor".[2]

Bendera dan jata Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara (1946)[sunting | sunting sumber]

diguna pakai dari Tahun 1948-1963 (untuk Bendera), dan dari Tahun 1946 hingga sebelum 1963.

Bendera negeri Sabah pertama, 1963–1982[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 1963, Sabah menerima pakai bendera empat jalur (warna merah atas putih atas kuning atas biru), dengan kanton berwarna hijau dan gunung berwarna perang – melambangkan Gunung Kinabalu. Bendera ini direka oleh Encik Idris Echin, seorang pelukis pelan di Jabatan Tanah dan Ukur dari Jesselton (kini Kota Kinabalu). Kanton berwarna hijau mewakili tanah muda dan hutan negeri, manakala Gunung Kinabalu yang berwarna perang mewakili perpaduan rakyat. Jalur Merah mewakili keberanian dan kesanggupan untuk berkorban demi negara, Jalur Putih mewakili kesucian, Jalur kuning mewakili kekayaan negeri dan Jalur Biru mewakili keamanan dan kebahagiaan.[3][4]

Bendera negeri Sabah kedua, 1982–1988[sunting | sunting sumber]

Rekaan bendera kedua pernah dicipta pada tahun 1981 oleh Kerajaan Negeri Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Ia diterima pakai secara rasmi pada 1 Januari 1982. Ia mempunyai rekaan yang berbeza sepenuhnya daripada yang sebelumnya: jalur biru atas jalur putih dengan segi tiga merah di bahagian kiri bendera. Rekaannya sama seperti bendera Trisakti yang digunakan oleh negeri jiran Sarawak sehingga 31 Ogos 1988, jalur merah atas jalur putih dengan segi tiga biru di bahagian kiri bendera. Merah mewakili keberanian dan cita-cita, biru mewakili keamanan dan kemajuan dan putih mewakili kejujuran dan kebenaran.

Bendera ini tidak harus dikelirukan dengan Bendera Filipina dan Bendera Republik Czech.[5]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Galeri Bendera Wilayah Sabah
Bendera Sabah Negeri Dibawah Bayu (1988-kini).
Bendera Borneo Utara 1882.
Bendera Tanah Jajahan Mahkota British Borneo Utara 1948.
Bendera negeri Sabah dari tahun 1963-1982.
Bendera negeri Sabah dari tahun 1982-1988.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]