Idris Khan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Idris Khan
Kelahiran
Idris Khan bin Abdul Ghaffar Khan

(1988-12-15) 15 Disember 1988 (umur 35)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2015–kini

Idris Khan bin Abdul Ghaffar Khan (Jawi: إدريس خن; lahir 15 Disember 1988) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal melalui drama Uda & Dara lakonan bersama Siti Saleha dan Anis Al-Idrus serta Zul Ariffin. Idris pernah menyertai pertandingan Hero Remaja pada tahun 2007/2008 dan berjaya menjadi finalis dalam pertandingan tersebut. Terdapat juga, beberapa artis popular yang menyertai pertandingan ketika itu seperti Fizo Omar dan Kamal Adli.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Idris dilahirkan pada 15 Disember 1988 di Libya, Afrika Utara kerana ayah beliau bertugas di sana ketika beliau dilahirkan dan merupakan anak kelima dari enam adik beradik lelaki[1] serta berasal dari Cheras, Kuala Lumpur. Beliau dan sekeluarga sering berpindah-randah dari pelbagai negara seperi Perancis, Belgium, Taiwan, Hong Kong, Oman dan Pakistan sebelum ayah beliau bersara. Pada usia 15 tahun, beliau dan keluarga pulang semula ke Malaysia.[2]

Idris terlibat dalam bidang peragaan pada usia 18 tahun selepas ditawarkan pekerjaan itu oleh seorang bekas model. Selepas itu, beliau mula melanjutkan pelajaran dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa di Universiti HELP[3] dan selepas menamatkan pelajaran, beliau kembali menjadi model semula. Dalam pada itu, beliau juga pernah bekerja di pejabat Perdana Menteri bersama Penasihat Perdana Menteri sebagai pegawai khas selama dua tahun.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sebelum memulakan kerjaya dalam bidang lakonan, Idris sudah berada dalam bidang peragaan selama sembilan tahun. Beliau pernah menyertai pertandingan Hero Remaja pada tahun 2008 dan mendapat gelaran Hero Macho & Hero Cool.

Sebagai pemain baru dalam industri hiburan tempatan, Idris memulakan kerjaya lakonannya pada 2015 menerusi drama Puteri Gunung Ledang yang ditayangkan di HyppTV selepas diberi kepercayaan oleh A. Aida Production untuk berlakon dalam drama tersebut.[4] Beliau tidak menyangka drama itu telah menjadi titik tolak bercambahnya minat beliau dalam bidang lakonan. Selain itu, Idris juga membintangi drama komedi TV3, Abang Sado Jemur Kain bersama Cat Farish, Shahz Jaszle dan Janna Nick pada tahun yang sama.

Pada tahun 2016, profil beliau sebagai pelakon mula dikenali umum apabila beliau mencapai puncak kemasyhuran menerusi drama TV3 paling berjaya, Duda Terlajak Laris lakonan bersama Zara Zya dan Wawa Zainal yang diadapasi daripada novel dengan judul sama terbitan Penulisan2u yang ditulis oleh Aifa Batrisya. Beliau memegang watak utama sebagai Zafran Aldrin yang dipaksa berkahwin pada usia 18 tahun.

Pada Mac 2017, Idris mengumumkan bakal menjayakan sebuah siri televisyen terbitan Netflix tidak lama lagi.[5][6][7]

Pada 25 Jun 2017, Idris membintangi telefilem berjudul Syawal Yang Kuinginkan yang ditayangkan pada 1 Syawal. Telefilem terbitan Zeel Production ini menampilkan pelakon seperti Izreen Azminda, Fauziah Ahmad Daud, Azira Shafinaz dan pelakon lain lagi serta ditayangkan di TV3.[8] Pada Julai 2017, beliau juga muncul dalam drama terbaru bertajuk Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin, memegang watak sebagai Saiful Mizan yang disiarkan di TV3, bersama heroinnya Raysha Rizrose.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Idris dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis berasal dari Maghribi bernama Sanaa Jaffer. Pasangan itu dikatakan sudah menjalinkan hubungan selama setahun.[9][10]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 Jebat Inspektor Rayyan Filem pertama
2021 Sa Balik Baju
2024 Jangan Lupa Aku Cinta Padamu

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Puteri Gunung Ledang Zaidi Unifi TV
Abang Sado Kau Ado Hafiz TV3
Abang Sado Jemur Kain Haris
2016 Cinta Hati Abah Ikmal
Uda & Dara Imran Astro Mustika HD
Bodyguard Daniel TV3
Duda Terlajak Laris Zafran Aldrin (Zack)
Ahli Mesyuarat Tingkap Dani
Mr. Donat Karamel Zharif
2017 Cik Serba Tahu Huzair Astro Ria
Cerita Dari Mastika: "Aju Sukses" Aju Astro Prima
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Saiful Mizan TV3
2018 Salon Sam NTV7
Selamat Malam Tan Sri Saiful Azam TV2
2019 Asalkan Dia Bahagia Ikmal Reza TV3
Anugerah Cinta Aisyah Zahril TV Okey
Tuan Danial Tuan Danial TV3
2020 U-Turn Ke Syurga Tarmizi Awesome TV
2021 Saat Kau Takluk Cinta Ini Rahhal Taufiq TV3
2022 Puteri Reunion
2023 Bukan Hanya Sekadar Cinta Ilham TV3

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2015 Cik Siti TV3
2016 Pujaan Malaya Yusry TV9
Kak Marr Raya Shahrir TV3
Bening Cahaya Maulid Hamdan
2017 Trauma Edi
Syawal Yang Kuinginkan Qazim
Isteri Untuk Abang Long Abang Long TV9
Air Zamzam Untuk Mak Borhan TV3
2018 Demi Hati Arjuna Zafran
Taubatku Safuan
Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin Raya Saiful Mizan
3 Syawal TV Okey
Mak Tak Balik Raya Edy TV2
Mama Tak Akan Sama Fawas NTV7
30 Hari Membunuh Cinta Astro Citra
Cubaan Bahagia Malik ntv7
Syaitan Zahid Astro Citra
2019 Saya Jual Ye Bang Mr. Sam Astro First Eksklusif
Bukan Lelaki Biasa Rayn TV1
Papa Segera Ryzal
2020 Kalimah Cinta Muslim
Ah How Putus Cinta Benzali Awesome TV
2021 Obsesi Razif TV3
Di Atas Landasan Rumi
2022 Bourgainvillea Hakimi TV2
2023 Bukan Hanya Sekadar Cinta Ilham TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 MeleTOP Artis jemputan Astro Ria Episod 177 (22 Mac)
Ketuk-Ketuk Ramadan TV1
2017 Melodi TV3 bersama Azrel Ismail dan Raysha Rizrose (23 Julai)
Pop TV TV9 bersama Azrel Ismail (15 Ogos 2017)
2018 PASKAL 24 Jam Peserta Astro Gempak

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2007/2008
Hero Remaja
Hero Macho & Hero Cool Menang
2016
Anugerah Pilihan Online 2016
Aktor Terbaik Pilihan Online Tercalon
Lelaki Tampan Pilihan DNARS Tercalon
2017
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-4
Antagonis Pilihan Mr. Donat Karamel Tercalon
2018
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017
Pasangan Serasi Drama (bersama Raysha Rizrose) Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (8 Mac 2008). Profile Lee, Idris, Kamal, Am, Fizow Top 5 Hero Remaja 2008 - Sensasi Selebriti. Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 31 Mei 2017.
  2. ^ "Actor Idris Khan talks about his career and love life". Star2.com. 5 Oktober 2015. Dicapai pada 31 Oktober 2015.
  3. ^ "Idris Khan buru peluang - Selebriti". Utusan Online. 8 Oktober 2015. Dicapai pada 31 Oktober 2015.
  4. ^ "Perjalanan seni Idris Khan - Hiburan". Kosmo!. 30 Mei 2016. Dicapai pada 1 Jun 2016.
  5. ^ Kenneth Chaw (23 Mac 2017). "Malaysian actor Idris Khan cast in Netflix series". S2. Dicapai pada 17 May 2017.
  6. ^ "Idris Khan Bakal Berlakon Drama Terbitan Netflix - Berita Hiburan". mStar. 22 March 2017. Dicapai pada 23 Mac 2017.
  7. ^ "Idris Khan bintangi drama epik luar negara | Hiburan". Berita Harian. 20 Mac 2017. Dicapai pada 21 Mac 2017.
  8. ^ Budiey (11 Jun 2017). "Senarai Telefilem Syawal 2017 di TV3". Dicapai pada 13 Jun 2017.
  9. ^ "Idris Khan Sedia Kahwin Wanita Maghribi - Berita Hiburan". mStar. 13 Mac 2017. Dicapai pada 1 April 2017.
  10. ^ "Kekasih tak kisah gosip landa Idris Khan". Berita Harian. Dicapai pada 1 April 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]