Idris Sardi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Idris Sardi
Kelahiran(1938-06-07)7 Jun 1938
Meninggal dunia28 April 2014(2014-04-28) (umur 75)
Cibubur, Indonesia
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPemain biola

Idris Sardi (7 Jun 1938 – 28 April 2014) merupakan seorang pemain biola Indonesia.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Idris Sardi dilahirkan pada 7 Jun 1938 kepada Mas Sardi, seorang komposer Indonesia, dan Hadidjah, seorang pelakon Indonesia.

Idris belajar bermain biola ketika berusia enam tahun. Pada usia 10, beliau mengadakan persembaha di khalayak ramai buat kali pertama di Yogyakarta pada tahun 1949. Persembahan beliau mendapat perhatian kerana bakat tidak diragui beliau.

Idris juga dikenali secara meluas sebagai komposer berbakat. Beliau telah dianugerahkan Anugerah Citra yang berprestij untuk bunyi terbaik dalam beberapa filem, iaitu Pengantin Remaja pada tahun 1971, Perkahwinan pada tahun 1973, Cinta Pertama pada tahun 1974, dan Doea Tanda Mata pada tahun 1985.[1] Idris mengarang sekitar 1,900 lagu, empat daripada yang memenangi anugerah Piala Citra untuk Skor Filem Terbaik pada 1970-an dan 1980-an.[1]

Idris ialah bapa kepada pelakon Santi Sardi dan pelakon Lukman Sardi, dari pernikahannya dengan Zerlita. Selepas menceraikan isteri keduanya, pelakon Indonesia Marini, Idris berkahwin dengan Ratih Putri.[1]

Sardi meninggal dunia pada 28 April 2014 di Hospital Meilia di Cibubur, Indonesia pada usia 75 tahun.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Idris Sardi dies aged 76". Thejakartapost.com. 2014-04-28. Dicapai pada 2014-04-28.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]