Iedil Putra

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Iedil Putra
Zelda dan Ijam (Terbaik Dari Langit 2014).jpg
Iedil (tengah) dalam salah satu adegan filem Terbaik Dari Langit.
Kelahiran Tengku Iedilzuhrie Putra bin Tengku Alaudin
(1984-03-05) 5 Mac 1984 (umur 34)
Kuala Lumpur, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2011–kini
Pasangan Prisia Nasution (berkahwin 2016)
Saudara Tengku Iesta Tengku Alaudin (abang)
Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alaudin (adik)

Tengku Iedilzuhrie Putra bin Tengku Alaudin (dilahirkan pada 5 Mac 1984) atau lebih dikenali sebagai Iedil Putra merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau merupakan adik kepada Pengurus Besar Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin dan abang kepada pelakon drama Waktu Rehat, Tengku Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alaudin.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Iedil Putra menceburi bidang kedoktoran dan pernah belajar selama tiga tahun di Iuar negara serta menyambung pelajarannya di Queen Mary University. Akan tetapi, Iedil merasa jiwa lakonan adalah pilihan yang paling tepat untuknya dan memutuskan untuk pulang ke Malaysia dan memulakan kerjaya sebagai artis.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Iedil memulakan kerjaya lakonannya pada 2011. Bukan hanya itu saja, beliau juga membintangi filem, menjadi pengarah di banyak persembahan teater, bergiat dalam gig dan memganjurkan banyak acara.

Filem sulung lakonan beliau ialah Ngorat (2011). Filem lakonan beliau yang lain termasuk Terbaik dari Langit, Showdown The Movie, Pekak dan Interchange. Beliau menubuhkan Playground Productions dengan bekerja sama bersama beberapa temannya.

Iedil juga pernah meminjamkan suaranya untuk watak Tak dalam musim pertama siri animasi Kampung Boy yang diadaptasi daripada komik dengan judul sama karya kartunis tersohor negara, Datuk Lat.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 2016, Iedil telah mengahwini artis Indonesia iaitu Prisia Nasution. [1]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem dan drama yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1998 Iman Alone Rudy
2010 2 Hati 1 Jiwa Joe
4 Madu Budi
2012 Ngorat Ijam
2013 KL Zombi Kamarul
Balada Pencinta Budi
Cuak
Pasport Ekspres Ali Filem pendek
Sanzaru
Lalu Q
2014 Terbaik dari Langit Ijam
2016 Showdown The Movie Ringgo
Pekak Kamil
Interchange Adam
2017 J Revolusi Jiman
2018 Crossroads: One, Two, Jaga Filem dan drama yang belum dikeluarkan Marzuki

Drama[sunting | sunting sumber]

  • Road To Ramlee (2015)
  • Aku Dan Tok Wan
  • Cinta Bulan Disember
  • Migrasi
  • Projek Pop
  • The Disko Baldi Show
  • Syurga Di Hujung Jalan
  • Redhaku Untukmu
  • Ryujin Juwara
  • Cik Serba Tahu (2017) Astro Ria - sebagai watak Benjamin
  • Lamaran Perfect
  • Syawal Mencari Cinta
  • Jetlag

Siri animasi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1999 Kampung Boy (Musim 1) Tak Astro Ria Siri animasi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Harian Metro (1 Jun 2016) Iedil Putra selamat nikah Dicapai 4 April 2017

Pautan luar[sunting | sunting sumber]