Iesya Toh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Iesya Toh
Kelahiran
Nor Iesyatirradiah binti Sanny Toh

(1983-11-28) 28 November 1983 (umur 40)
PekerjaanPengacara, pelakon, penyanyi
Tahun aktif2002–kini
PasanganMohd Huzairee Mohamad (k. 2015)
Anak-anak2

Nor Iesyatirradiah binti Sanny Toh (lahir 28 November 1983) ialah seorang pengacara televisyen, pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.[1] iesyah juga dikenali Sebagai seorang yang rasis walaupun bapanya seorang cina siam

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Penampilan pertama Iesya dalam bidang lakonan ialah menerusi filem Tangkai Jering (2004). Beliau turut muncul dalam beberapa drama TV termasuk Simbiosis dan Hah! Cucu Opah Nak Kahwin Sekali Lagi. Iesya juga pernah mengacarakan rancangan Pilih Kasih, sebuah rancangan pencarian bakat baru dalam bidang lakonan terbitan Rosyam Nor, dan rancangan bual bicara pagi Selamat Pagi Malaysia di RTM.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Iesya Toh dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak sulung daripada tiga beradik.[1] Beliau berdarah kacukan Melayu, Cina, Arab dan Siam.[1]

Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Huzairee Mohamad pada 29 Mei 2015.[2] Majlis berlangsung di Wisma Berita, Angkasapuri, pada jam 9.36 pagi.[3] Iesya dan suami dikurniakan dua anak, seorang anak lelaki[4] dan seorang anak perempuan.[5]

Bapa beliau, Sanny Toh Abdullah meninggal dunia pada 8 Februari 2018 di Madinah, Arab Saudi.[6] Beliau menjadikan bekas penyampai berita RTM, Farit Ismeth Emir sebagai sifunya dalam bidang penyiaran.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Budiey (16 Disember 2009). "Profile Iesya Toh". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Jun 2014.
  2. ^ Sudirman Mohd Tahir (29 Mei 2015). "Iesya Toh sah bergelar isteri". Harian Metro. Dicapai pada 28 Jun 2015.
  3. ^ Zaidi Mohamad (29 Mei 2015). "Iesya Toh selamat bergelar isteri". Berita Harian. Dicapai pada 28 Jun 2015.
  4. ^ Zaidi Mohamad (19 November 2016). "Iesya Toh timang anak lelaki". Berita Harian. Dicapai pada 28 Jun 2017.
  5. ^ Zaidi Mohamad (25 Mei 2018). "Iesya Toh sambut kelahiran anak kedua". Berita Harian. Dicapai pada 28 Jun 2018.
  6. ^ Hanisah Selamat (9 Februari 2018). "'Abah pesan jaga ummi' - Iesya Toh". Berita Harian. Dicapai pada 28 Jun 2018.
  7. ^ Dennis Chua (23 April 2020). "#Showbiz: Good for TV hosts to develop own trademark - Farit's advice to Iesya Toh". New Straits Times. Dicapai pada 28 Jun 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]