Ifa Raziah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ifa Raziah
Ifa Raziah (Konsert Mega Gegar Vaganza 2016).jpg
Ifa di belakang pentas Konsert Mega Gegar Vaganza 2016.
Kelahiran
Saripah Raziah binti Mustapha

(1975-09-22) 22 September 1975 (umur 45)
Felda Guar Napai, Jitra, Kedah, Malaysia
Pekerjaan
Tahun aktif1996–kini
PasanganMohd Yani bin Abdul Rahman (2004–kini)
Anak
  • Sharifah Putri Umairah
  • Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Musicland (1996)
BMG (1997)
Ifa Raziah Entertainment (2004–kini)
Sony Music Malaysia (2015–2017)
Universal Music Malaysia (2020–kini)
Pengkarya berkait

Datuk Saripah "Ifa" Raziah Mustapha[1][2] (lahir 22 September 1975), juga dikenali sebagai Miss Diva, ialah seorang penyanyi, pelakon, pelawak dan pengacara televisyen Malaysia.[3] Ifa dikenali sebagai "Diva Dangdut Malaysia" kerana populariti lagu "Ser...Ser...Ser...". Beliau juga merupakan salah seorang selebriti Malaysia yang amat mengambil berat mengenai soal kecantikan dan kesihatan.[4] Di samping itu, beliau juga turut sinonim dengan moto 'Sukerr..Banggee..' dan 'Pukpukpukk'.

Sepanjang dua dekad berkecimpung dalam industri hiburan tanahair sejak 1996, beliau telah berjaya mencatat sejarah kerana merupakan selebriti yang pertama menjulang trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori baru iaitu Artis Versatil Popular di ABPBH29 serta berjaya mengulangi semula kejayaan kemenangan bagi kategori tersebut di ABPBH3.0 sekaligus menjadikan Ifa sebagai selebriti dua kali berturut-turut yang memenangi kategori itu.[5][6] Pada tahun 2016, Ifa dilantik sebagai Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia.[7] Pada tahun 2019 pula, beliau telah memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Eksekutif Star Vendors.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ifa Raziah merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Beliau berdarah kacukan Melayu-Arab. Beliau dibesarkan di Flat Pekeliling Jalan Tun Razak Kuala Lumpur. Beliau juga telah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Temerloh, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa, Kuala Lumpur. Semasa di bangku sekolah, Ifa juga pernah bercita-cita ingin menjadi seorang ahli sukan kerana beliau sememangnya aktif dalam sukan di sekolah dan ingin menjadi peguam. Di samping itu, beliau juga bersekolah bersama dengan Erra Fazira dan Umie Aida.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Disaat meniti arus populariti pada era 90an, Ifa pernah mendirikan rumahtangga sebanyak dua kali namun kedua-dua perkahwinan tersebut tidak berkekalan lama. Selepas Ifa bercerai buat kali kedua, beliau telah mengambil seorang anak angkat perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah semasa masih bayi lagi.[8] Pada tahun 2004, Ifa telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Mohd Yani Abdul Rahman dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bakat Ifa Raziah dalam bidang nyanyian mula dikesan sejak di zaman sekolah tadika lagi di mana pada hujung tahun, beliau telah menyertai acara persembahan dengan menyanyikan lagu Hingga Akhir Nanti nyanyian asal Kumpulan Alleycats. Ifa Raziah memulakan kerjayanya sebagai penyanyi apabila beliau menyertai sebuah program realiti televisyen terbitan negara Jepun iaitu Asia Bagus mewakili negara Malaysia di Singapura pada tahun 1992. Sewaktu Ifa dalam program tersebut, beliau telah berjaya menjadi juara pada bulan Mei 1992 sehingga melayakkan dirinya untuk mara ke peringkat akhir Asia Bagus yang berlangsung di Jepun. Namun, Ifa terpaksa menarik diri daripada program tersebut pada saat-saat akhir kerana beliau menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selepas kemunculan Ifa di kaca televisyen pada tahun 1992, Ifa disambar oleh syarikat rakaman Musicland lalu beliau berjaya mengeluarkan album studio solo penuh yang pertama iaitu I Miss You, I Love You pada tahun 1996. Album I Miss You I Love You merupakan album pop balada yang pertama Ifa Raziah sebelum Ifa mencabar dirinya untuk mengeluarkan album dangdutnya yang pertama iaitu Ser...Ser...Ser... (edaran syarikat rakaman BMG) pada tahun 1997 disebabkan Malaysia dilanda gelombang Dangdut. Album Ser...Ser...Ser... berjaya melonjakkan nama Ifa Raziah sebagai penyanyi dangdut yang cukup popular pada era itu. Oleh kerana irama muzik Dangdut pada ketika itu sangat popular, Ifa telah berjaya mara ke Separuh Akhir Muzik Muzik 1998 menerusi single Ser...Ser...Ser.... Pada tahun yang sama juga (1998), beliau telah mula menceburkan diri dalam bidang lakonan dimana beliau mula membintangi drama bersiri ''Semarai'' yang pernah tercalon dalam Anugerah Skrin 1998 bagi kategori "Drama Terbaik" dan sehingga kini beliau masih lagi aktif dalam bidang lakonan biarpun sibuk dengan persembahan pentas diseluruh negara mahupun luar negara seperti Singapura dan Indonesia.

Menjelangnya era millenium 2000-an, irama muzik Dangdut semakin lama semakin pudar dek kerana munculnya aliran muzik etnik Arab dan padang pasir yang berfenomena di Malaysia. Ifa Raziah telah menubuhkan syarikat rakamannya sendiri iaitu Ifa Raziah Entertainment lalu berjaya mengeluarkan album studio solo penuhnya yang ketiga iaitu Gemerincing Rindu. Album Gemerincing Rindu juga berjaya menarik perhatian orang ramai kerana album tersebut berkonsepkan gabungan Pop Etnik Arab serta diselitkan sedikit elemen Dangdut (menerusi single Gemerincing Rindu). Pada tahun 2008, Ifa telah bekerjasama dengan penyanyi dan penggubah lagu, Cat Farish untuk mengeluarkan single Dangdut yang diberi judul Panas. Tidak lama selepas itu, single Panas sekali lagi berjaya melayakkan Ifa ke Separuh Akhir Muzik Muzik 2008 & berjaya mara ke peringkat akhir Hits 1 RTM pada tahun yang sama. Selain itu, beliau juga telah mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan TV dengan mengacara rancangan bualbicara Wanita Hari Ini selama tiga tahun bermula tahun 2008 hingga 2010. Seperti bidang lakonan, Ifa juga masih lagi aktif dalam bidang pengacaraan TV sehingga kini. Pada tahun 2011, beliau telah menceburkan diri pula dalam bidang lawak jenaka dimana beliau telah menyertai sebuah rancangan realiti hiburan terbitan ASTRO iaitu Maharaja Lawak Mega bersama dengan Kumpulan Syok dan berjaya memenangi Tempat Keempat untuk musim tersebut. Pada tahun 2012 pula, Ifa telah mengeluarkan single berentak pop iaitu Luar Biasa yang bertemakan "Kuasa Wanita" dan peniup semangat kepada kaum wanita yang sering diabaikan oleh kaum lelaki. Setelah beberapa tidak muncul dikaca TV dengan persembahan nyanyian, pada tahun 2014 menyaksikan kemunculan semula Ifa dalam bidang nyanyian dikaca TV apabila beliau menyertai program nyanyian terbitan Astro iaitu Gegar Vaganza lalu beliau berjaya memenangi Tempat Kelima sewaktu di peringkat akhir program nyanyian tersebut. Rentetan daripada kemenangan Ifa dalam program nyanyian tersebut, syarikat rakaman antarabangsa Sony Music Malaysia telah mengikat kontrak bersama beliau untuk mengeluarkan album studio solo penuhnya yang keempat bermula Oktober 2015 dan Ifa juga merupakan artis dangdut pertama yang bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa itu.[9].

Menjelang awal tahun 2016, Ifa Raziah telah terlibat dengan konsert berskala besar iaitu Konsert Mega Gegar Vaganza Siaran Langsung Dari Istana Budaya hasil kerjasama pihak ASTRO dan pihak Istana Budaya.[10] Pada awal Mei 2016 pula, beliau telah bekerjasama dengan penyanyi hip hop terkenal Malaysia iaitu DJ Fuzz bagi mengeluarkan single dangdut yang bertajuk Terus Terang duet bersama kumpulan Lawa Nie Geng. Malahan tidak lama selepas itu Ifa juga telah mengeluarkan single dangdut raya iaitu Dangdut Lebaran bersama ahli-ahli Persatuan Bintang Dangdut Malaysia lalu mencatat sejarah kerana berjaya menggabungkan 25 penyanyi dangdut dalam 1 lagu. Pada 22 September 2016 sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41, beliau bersama syarikat rakaman Sony Music Malaysia telah melancarkan single Terus Terang di Flora Terrace Hampshire Place, Kuala Lumpur.

Sejurus selepas sahaja pelancaran single tersebut, Ifa Raziah muncul di program realiti nyanyian yang popular di Indonesia iaitu D'Academy Asia Musim Ke-2 pada bulan Oktober sehingga Januari 2017 sebagai salah seorang komentator yang mewakili negara Malaysia.[11] Berbekalkan single Terus Terang ini juga, beliau mahu menembusi pasaran negara benua Oceania iaitu Australia.

Dengan kejayaan Ifa Raziah melebarkan sayapnya di Indonesia, kini dengan rasminya beliau mempunyai 2 kelab peminat yang tegar iaitu IfaRaziahDivas (Malaysia) dan IfaRaziahDivasIndo (Indonesia). Pada bulan Mei 2017, Ifa Raziah telah masuk semula ke studio rakaman bagi merakamkan single kedua yang dijadualkan bakal dipasarkan di Indonesia menjelang selepas musim Hari Raya Aidilfitri.[12] Namun begitu, Ifa bersama syarikat rakamannya Sony Music Malaysia masih lagi mencari material yang baru untuk diangkat menjadi single dan mampu ditularkan kerana beliau berpendapat bahawa pada hari ini sememangnya musim tular jadi beliau juga ingin mengikut trend semasa. [13]

Pada bulan Ramadan tahun 2019, Ifa telah melancarkan lagu raya iaitu YaYaYa Hari Raya duet bersama penyanyi nasyid terkenal Hafiz Hamidun. Kemudian sebulan selepasnya itu Ifa juga telah melancarkan lagu tema rasmi festival jualan Star Vendors iaitu Starlela duet bersama penyanyi sensasi Zizi Kirana dan Bella Astillah.

Menjelang awal tahun 2020, Ifa Raziah telah menangani kontrak bersama syarikat rakaman Universal Music Malaysia dan melancarkan single yang bertajuk Miss Diva sekitar 28 Februari 2020. Menurut beliau, muzik lagu Miss Diva merupakan hasil sentuhan daripada komposer Indonesia dan Malaysia yang terkenal iaitu Ressa Herlambang dan Hafiz Hamidun. Selain itu, kos pembikinan klip videonya juga mencecah ratusan ribu ringgit disamping mendapat tajaan barang kemas mewah bernilai lebih tiga juta ringgit daripada Ceres Jewels.[14]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Buli (2002)
  • Mulut (2004)
  • Lubuk Puaka (2004)
  • Senario (2009)
  • Pak Ngah Tarbus (2009)
  • Sinar Lebaran (2009)
  • Gulai Tempoyak Chicken Chop (2011)
  • Simpang 3 (2012)
  • Aku Janda Belum Kaya (2012)
  • Ramadhan Yang Meletup (2013)
  • Mencari Datin (2014)
  • Kafe Safiah (2014)
  • YB (2014)
  • Bibah Bling Bling (2014)
  • Suami Muda (2015)
  • Suamiku Encik Beruang (2015)
  • Mak Punya Pasal (2016)
  • Sumpah Terlarang (2019)

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Teater[sunting | sunting sumber]

  • Dimana Bulan Selalu Retak
  • Laksamana Bentan
  • Nur Nilam Sari
  • Bidasari

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album ketiga Ifa, Gemerincing Rindu (2004).

Album studio[sunting | sunting sumber]

  1. I Miss You I Love You (1996)
  2. Ser... Ser... Ser... (1997)
  3. Gemerincing Rindu (2004)

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

  1. Puteri Dangdut 2 (1998)

Single[sunting | sunting sumber]

  1. Bermandian Air Mata.
  2. I Miss You I Love You.
  3. Aku Tak Sudi.
  4. Ser... Ser... Ser....
  5. Dalam Diam.
  6. Gemerincing Rindu.
  7. Panas.
  8. Luar Biasa.
  9. Dangdut Lebaran (duet bersama Persatuan Bintang Dangdut Malaysia).
  10. Terus Terang (duet bersama Lawa Nie Geng).
  11. YaYaYa Hari Raya (duet bersama Hafiz Hamidun).
  12. Starlela (duet bersama Bella Astillah dan Zizi Kirana.
  13. Miss Diva.

Konsert[sunting | sunting sumber]

  • Zoom In RTM2 (Edisi Dangdut)
  • Konsert Mega Gegar Vaganza 2016 Siaran Langsung Dari Istana Budaya
  • Konsert Mega Bintang Dangdut Malaysia
  • Temasya Aidilfitri 2017 RTM
  • Unplugged HLive Raya Astro 2017
  • Konsert Dangdut Megastra 2017
  • Istimewa Lejen: Dangdut Reloaded RTM 2020

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2010 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 Penyanyi Wanita Popular N/A Tercalon
Pengacara TV Wanita Popular Tercalon
2012 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 Artis Komedi Wanita Popular Tercalon
2015 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 Artis Komedi Wanita Popular Tercalon
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Artis Versatil Popular Menang
D'Academy Asia 2 Komentator Favorit Pilihan Social Media Tercalon
2017 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 Artis Versatil Popular Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Sensasi Popular Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kemalia Othman (12 Ogos 2016). ""Jangan Pertikaikan Gelaran Datuk Saya" -Ifa Raziah". MStar. Dicapai pada 12 Ogos 2016.
  2. ^ "Ifa Raziah: Gelaran 'Datuk' anugerah yang sah". Berita Harian. 16 Ogos 2016. Dicapai pada 16 Ogos 2016.
  3. ^ Ifa Raziah masuk hospital, berdepan 4 penyakit
  4. ^ "Rahsia Jelita Ifa Raziah". Utusan Malaysia. 31 Ogos 2008. Dicapai pada 31 Ogos 2008.
  5. ^ "ABPBH 29 - Ogy dan Ifa Raziah Kongsi Pengalaman Yang Sama". Jelita. 9 Mei 2016.
  6. ^ Rozdan Mazalan (18 Mei 2017). "Ifa menang walaupun kelab peminat salah strategi". Berita Harian. Dicapai pada 18 Mei 2017.
  7. ^ Mohd Al Qayum Azizi (18 Mei 2016). "Ifa Raziah Pernah Ditentang Jadu Presiden Bintang". MStar. Dicapai pada 18 Mei 2016.
  8. ^ "Ifa Raziah rela bergelar janda". Utusan Malaysia. 1 Oktober 2000.
  9. ^ "Ifa Raziah artis dangdut tunggal Sony Music". Astro Awani. 28 Ogos 2015. Diarkib daripada yang asal pada 28 Julai 2017. Dicapai pada 28 Julai 2017.
  10. ^ "Konsert Mega Gegar Vaganza Istana Budaya Himpunkan Bintang GV 1 & 2". 8 Januari 2016.
  11. ^ Mohd Al Qayum Azizi (23 September 2016). "Ifa Raziah Diundang Jadi Juri Program Realiti Indonesia". mStar. Diarkib daripada yang asal pada 25 Julai 2017. Dicapai pada 23 September 2016.
  12. ^ Wawann Mohd (13 April 2017). "Ifa Raziah gigih lakar nama di Indonesia". Sinar Harian. Diarkib daripada yang asal pada 26 Julai 2017. Dicapai pada 13 April 2017.
  13. ^ "Cari lagu yang boleh tular". Utusan Malaysia. 4 Ogos 2017. Dicapai pada 4 Ogos 2017.
  14. ^ Syafil Syazwan Jefri (6 Mac 2020). "Miss Diva sangat cerewet". Harian Metro.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]