Ika Nabila binti Abdul Rahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
"Ika Nabila" dilencongkan di sini.
Ika Nabila
Kelahiran Ika Nabila binti Abdul Rahim
(1989-06-22) 22 Jun 1989 (umur 28)
Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia
Pekerjaan Penyanyi, pelakon
Tahun aktif 2008–kini
Ketinggian 5 ft 2 in (1.57 m)
Pasangan Muhammad Zaid (berkahwin 2016) [1]

Ika Nabila binti Abdul Rahim atau Ika Nabila (lahir 22 Jun 1989) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia Musim 6. [2] Beliau dilahirkan di Pulau Pinang,[3] dan merupakan anak perempuan tunggal daripada empat orang adik-beradik dalam keluarga.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ika Nabila bermula dengan bidang nyanyian dan terlibat dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Dia turut mengikut KBS ke Sarawak, Kelantan, Terengganu dan serata Malaysia untuk membuat persembahan.

Ika Nabila kemudiannya mencebur diri dalam bidang lakonan dan menurut Ika, orang pertama yang menawarkan watak dalam bidang lakonan ialah Zulkifli M. Osman. [4]

Penglibatan dalam Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Ika telah terpilih menjadi peserta dalam Akademi Fantasia Musim 6 namun tersingkir pada Konsert ke-2.

Lagu-lagu di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya :

  • Konsert Pertama : Kesetiaan - nyanyian asal oleh Siti Sarah
  • Konsert Kedua : Malu Tapi Mahu - nyanyian asal oleh Dina

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Melodi Sepi (TV1) - 2013
  • S Untuk Syawal (2015)
  • Apa Dah Jadi (2017) TV2

Filem[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]