Ikan Aya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ikan Aya/Tongkol kerai
Katsuwonus pelamis.png
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik e
Takson tidak dikenali (baiki): Katsuwonus
Spesies: Templat:Taxonomy/KatsuwonusK. pelamis
Nama binomial
Katsuwonus pelamis
(Linnaeus, 1758)
Sinonim
  • Euthynnus pelamis (Linnaeus, 1758)
  • Katsuwonus vagans (Lesson, 1829)
  • Scomber pelamys Linnaeus, 1758
  • Scomber pelamis Linnaeus, 1758
  • Thynnus vagans Lesson, 1829

Ikan aya atau tongkol kerai, Katsuwonus pelamis, ialah ikan perciform sederhana dalam famili tuna, Scombridae. Ia juga dikenali sebagai aku, bonito artik, mushmouth, oceanic bonito, tuna berjalur, atau ikan victor. Ia membesar sehingga 1 m (3 kaki). Ia adalah ikan pelagik kosmopolitan dijumpai di perairan tropika dan panas-sederhana. Ia adalah spesies yang sangat penting untuk perikanan.[2]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Kawanan tongkol kerai

Ia ikan pelagik berenang pantas menikut arus, biasa di perairan tropika di seluruh dunia, di mana ia mendiami air permukaan dalam kawanan besar (sehingga 50,000 ikan), memakan ikan, krustasea, sefalopod, dan moluska. Ia adalah spesies mangsa penting bagi ikan pelagik yang besar dan jerung. Ia tidak mempunyai sisik kecuali atas garis sisi dan korselet (satu jalur sisik besar dan tebal membentuk bulatan di sekeliling badan di belakang kepala). Ia biasanya mencapai kepanjangan sehingga 80 cm (31 in)dan berat 8–10 kg (18–22 lb). Panjang maksimumnya adalah 108 cm (43 in) dan berat maksimum adalah 34.5 kg (76 lb). Penuaan tongkol ini adalah sukar, dan anggaran jangka hayat mengikut potensinya antara 8 dan 12 tahun.[2]

Ikan aya atau tongkol kerai mengawan secara berkumpulan. Pembiakan berlaku sepanjang tahun di perairan khatulistiwa, tetapi ia menjadi lebih bermusim jika berada lebih jauh dari khatulistiwa. Panjang ikan ketika pertama kali mengawan adalah lebih kurang 45 cm (18 in). Ia juga dikenali dengan bau yang kuat.[2]

Antara jenis Aya yang ditangkap di Malaysia:-

Catatan[sunting | sunting sumber]

Rujukan lain[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:TaxonIds