Ikan Malong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ikan Malong
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Anguilliformes
Keluarga: Congridae
Genus: Gnathophis
Spesies: G. nystromi
Subspesies:
  • Gnathophis nystromi nystromi (Jordan & Snyder, 1901)
  • Gnathophis nystromi ginanago (Asano, 1958)
Nama binomial
Gnathophis nystromi
(Jordan & Snyder, 1901)
Sinonim[1][2]
  • Leptocephalus nystromi Jordan & Snyder, 1901
  • Rhynchocymba nystromi (Jordan & Snyder, 1901)
  • Rhynchocymba nystromi nystromi (Jordan & Snyder, 1901)
  • Rhynchocymba nystromi ginanago Asano, 1958

Ikan Malong atau malong cacing, belut laut[3] ataupun nama saintifiknya Gnathophis mystrom merupakan sejenis ikan yang sering dijumpai di sekitar perairan Malaysia, Jepun, Taiwan, timur China, dan Australia. Di Malaysia, ikan Malong juga dikenali sebagai belut laut disebabkan bentuk tubuhnya yang panjang menyerupai belut.

Ikan Malong mempunyai mulut dan mata yang besar. Gigi Ikan Malong halus dan sangat tajam. Warna Ikan Malong di antara kekuningan sehingga perang tua. Saiz biasa ikan Malong yang dijumpai di Malaysia adalah di antara 15 sehingga 21 sentimeter dan boleh dipancing. Di Malaysia, Ikan Malong tidak dianggap sebagai mempunyai nilai perdagangan.