Ikan haruan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ikan haruan
Channa striata after Bleeker 1879.jpg
Gabus 070909 0074 rwg.jpg
Pengelasan saintifik e
Alam: Animalia
Filum: Kordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Anabantiformes
Keluarga: Channidae
Genus: Channa
Spesies:
C. striata
Nama binomial
Channa striata
(Bloch, 1793)
Channa striata distribution.gif
Taburan haruan[2]

Laporan di Madagascar ialah kesilapan pengenalpastian C. maculata[3][4]

Sinonim[5]
  • Ophicephalus striatus Bloch, 1793
  • Channa stiata (Bloch, 1793)
  • Ophiocephalus wrahl Lacépède, 1801
  • Ophiocephalus chena Hamilton, 1822
  • Ophicephalus planiceps Cuvier, 1831
  • Ophiocephalus vagus Peters, 1868
  • Ophiocephalus philippinus Peters, 1868

Ikan haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Nama saintifik adalah Channa striatus.

Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram namun ada ia boleh membesar lebih daripada 5 kilogram.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chaudhry, S.; de Alwis Goonatilake, S.; Fernado, M.; Kotagama, O. (2019). "Channa striata". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T166563A60591113. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-3.RLTS.T166563A60591113.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ Courtenay Jr.; Walter R. & James D. Williams. "Snakeheads (Pisces, Channidae): A biological synopsis and risk assessment". U.S. Geological Survey.
  3. ^ USGS, Southeast Ecological Science Center: Channa striata. Dicapai 27 Jun 2014.
  4. ^ Walter R. Courtenay, Jr., James D. Williams, Ralf Britz, Mike N. Yamamoto, and Paul V. Loiselle. Bishop Occasional Papers, 2004. [1] Diarkibkan 2007-07-08 di Wayback Machine Identity of Introduced Snakeheads (Pisces, Channidae) in Hawaii and Madagascar, with Comments on Ecological Concerns.
  5. ^ Templat:FishBase

Pautan luar[sunting | sunting sumber]