Kaloi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ikan kaloi)

Kaloi
Ikan kaloi dewasa
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Anabantiformes
Keluarga: Osphronemidae
Genus: Osphronemus
Spesies:
O. goramy
Nama binomial
Osphronemus goramy
Taburan asal dalam warna hijau
Sinonim
  • Trichopus goramy (Lacépède, 1801)
  • Trichopodus mentum Lacépède, 1801
  • Trichopode mentonnier Lacépède, 1801
  • Trichopus satyrus G. Shaw, 1803
  • Osphromenus satyrus (G. Shaw, 1803)
  • Osphromenus olfax G. Cuvier, 1831
  • Osphromenus notatus G. Cuvier, 1831

Ikan kaloi (Osphronemus goramy) adalah satu spesies ikan sepat besar yang berasal daripada Asia Tenggara.[2] Ia boleh ditemui di lembangan Chao Phraya dan Mekong di tanah besar Asia Tenggara dan juga di sungai-sungai di Borneo, Jawa dan Sumatera.[3] Spesies ini mempunyai kepentingan komersial sebagai sejenis ikan untuk dijadikan makanan dan juga banyak diternak secara akuakultur.[4] Ia boleh dibeli sebagai ikan hiasan.[5] Selain itu, ikan Kaloi juga digunakan untuk mengawal rumpai kerana merupakan sejenis ikan herbivor yang pelahap.[6]

Ikan Kaloi hidup di dalam air tawar atau payau, terutamanya di kawasan aliran perlahan seperti paya, tasik, dan sungai besar. Ia mampu bernafas dengan menggunakan udara lembab, oleh itu ia mampu hidup tanpa air untuk jangka masa yang lama. Ikan Kaloi bersaiz lebih besar daripada kebanyakan jenis gourami, membesar sehingga panjang maksima 70 cm (28 in), meskipun kebanyakannya hanya bersaiz sekitar 45 cm (18 in). Dari segi warnanya, ia berwarna pucat sehingga kuning emas, dengan sisik perak, jalur biru pucat yang merentasi badannya secara menegak.[5] Ikan betina boleh dikenali dengan bibir mulut yang lebih tebal. Ikan Kaloi membuat sarang dengan menggunakan rumpai dan ranting pokok.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Vidthayanon, C. 2012. Osphronemus goramy. In: IUCN 2013. IUCN Red List of Threatened Species. Version 2013.2. <www.iucnredlist.org Diarkibkan 2014-06-27 di Wayback Machine>. Downloaded on 25 March 2014.
  2. ^ A Field Guide to the Fishes of Kuching Rivers: Sarawak, Malaysian Borneo
    Katherine Atack
    Natural History, 2006 - Nature - 200 pages
  3. ^ "Giant Gourami Fishing Thailand".
  4. ^ "Gourami".
  5. ^ a b Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2014). "Osphronemus goramy" di FishBase. versi February 2014.
  6. ^ FAO - Weed control

Pautan luar[sunting | sunting sumber]