Seluang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ikan seluang)

Seluang
Seluang minyak atau srigunting (Rasbora trilineata).
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Keluarga: Cyprinidae
Subkeluarga: Danioninae
Genus: Rasbora
Bleeker, 1859
Spesies jenis
Rasbora cephalotaenia
Bleeker, 1852
Spesies

lebih 80, lihat teks

Seluang[1] merujuk kepada kesemua spesies dari genus Rasbora dalam keluarga Cyprinidae. Ikan seluang merupakan ikan yang banyak terdapat di sungai Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Brunei, dan Indonesia. Ikan ini bersisik seperti lampam tetapi berbentuk tirus seperti anak jelawat; bersaiz antara 2 hingga 4 inci.[2] Makanan ikan seluang cacing tanah, serangga, krustasea kecil, lumut dan macam-macam.

Rasbora borapetensis.
Rasbora einthovenii.
Rasbora kalochroma.
Rasbora vulcanus.

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Ikan seluang boleh hidup sekitar 2-3 tahun dan taburannya banyak ditemui di parit dan sungai kecil yang berarus perlahan di Asia Tenggara. Antara ciri-ciri ikan seluang ialah berbentuk pipih memanjang dengan sisik nipis dan ketika masih kecil ia memiliki warna putih keperakan.

Apabila dewasa, di kedua-dua sisi tubuhnya terdapat garis berwarna kehitaman dan warna putih keperakan akan pudar digantikan dengan warna putih kekuningan. Seluang adalah bersifat maserba iaitu pemakan semua jenis dari hidupan seperti cacing tanah, serangga, krustasea kecil, lumut dan bermacam lagi.[3]

Spesies[sunting | sunting sumber]

Spesies ikan seluang termasuklah:-[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "seluang". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ The Editors of Encyclopaedia Britannica (20 Julai 1998). "Rasbora". Encyclopaedia Britannica. Chicago, Amerika Syarikat: Encyclopaedia Britannica. Dicapai pada 22 Disember 2021.
  3. ^ Amang (13 Mac 2021). "Kenali Spesies Ikan Seluang Tempatan". Umpan. Dicapai pada 22 Disember 2021.
  4. ^ Darti Satyani Lesmana (2015). Ensiklopedia Ikan Hias Air Tawar. Jakarta: Penebar Swadaya. m/s. 217-223. ISBN 979-002-674-9.