Ikatan Persuratan Melayu Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ikatan Persuratan Melayu atau IPM, merupakan persatuan sastera dan penulisan yang paling lama di Malaysia.

Pada 27 Oktober 1950, Muhammad Yusof harun, Usman Awang, Othman Shawal telah mengadakan perjumpaan di Islamic Restaurant, 20 Jalan Workston (Jalan Bendahara) bagi membincangkan penubuhan badan bahasa dan sastera. Perkembangan pesat sastera dan bahasa hasil daripada penubuhan Angkatan sasterawan 50 (ASAS 50) pada 06 Ogos 1950 telah memberikan kesan kepada penulis-penulis Melaka untuk mewujudkan sebuah organisasi penulis.. Hasil pertemuan itu, sebuah jawatankuasa telah dibentuk dengan melantik Muhammad Yusof Haron dilantik sebagai Pengerusi dan Usman Awang sebagai Setiausaha.

Pada 17 November 1950, satu pertemuan bersejarah telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit China, Melaka dengan disertai 38 orang Penulis selatan tanahair. Hasil daripada perbincangan, maka lahirlah Ikatan Persuratan Melayu yang dikenali sebagai IPM dalam suasana mencabar ekoran kecurigaan pemerintah British.

Pada 31 Disember 1950, Mesyuarat Agung IPM yang pertama telah diadakan di Dewan Tari Menari, City Park Melaka. Penulis-penulis dari sekitar Melaka, Johor, Negeri Sembilan dan Selangor turut hadir dan menjadi ahli yang memperlihatkan skop perjuangan IPM yang agak luas dan berbentuk semi kebangsaan. Turut hadir sebagai tanda sokongan ialah dua wakil daripada ASAS 50 iaitu Abdul wahab Muhammad dan Kamarudin Muhammad yang dikenali sebagai Keris Mas.

Pada 13 Julai 1951 IPM telah disahkan pendaftarannya oleh pihak berkuasa.

Allahyarham Datuk Mokhtar Yassin, penyair Negeri Melaka yang juga mantan Ketua 1 IPM merupakan Sasterawan Negeri Melaka yang pertama pada tahun 2009 manakala Tn Hj Ab Rani Embi, Ketua 2 IPM diiktiraf sebagai Tokoh Budaya Melaka yang begitu mahir dan juga pakar dalam puisi-puisi Melayu Tradisional seperti seloka, gurindam, Nazam, pantun dan banyak lagi.

Tujuan penubuhan

- Untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan bahasa dan persuratan melayu sesuai dengan pengiktirafan kerajaan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

- Berusaha meningkatkan mutu dan taraf persuratan Melayu ke peringkat antarabangsa serta memperjuangkan kebudayan Melayu sebagai teras kebudayaan Malaysia.

- Menyatukan individu, golongan Penulis serta peminat sastera yang terlibat dalam persuratan, kesusasteraan, bahasa dan kebudayan demi kepentingan masyarakat dan negara.

- Menjaga hak dan kepentingan ahli serta memastikan kebajikan mereka terjamin dalam bidang penulisan, persuratan serta membantu menerbitkan karya mereka dan berusaha supaya karya dan penerbitan mereka dibayar

- Berusaha menerbitkan karya ahli dan bahan bacaan seperti risalah, majalah, akhbar, jurnal, antologi, novel serta buku sebagai galakan kepada ahli bagi meningkatkan mutu penulisan mereka.

- Mengadakan seminar, kursus, bengkel, forum dan program-program seumpamanya untuk membimbing ahli bagi mendapatkan ilmu pengetahuan dan membina fikiran yang sihat, kritis dan kreatif.

- Menjalinkan hubungan, mengadakan kunjungan dan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, persatuan penulis, pertubuhan di peringkat negeri, Negara dan antarabangsa

Senarai Jawatankuasa IPM sesi 2016/2018

Ketua 1 - Tn Hj Abd Razak b Adam

Ketua 2 - Tn Hj Shaharudin b Daud

Setiausaha 1 - Puan Sharifah Aisiah binti Syed Mahazar

Setiausaha 2 - Cik Norhidayah binti Mohd Rasid

Bendahari - Tn Hj Othman b Drus

Senarai AJK

- Dr Haron Kidam

- Encik Sufrei Abu Bakar

- Encik Idham Khalil b Ibrahim

- Encik Ismail

- Encik Othman Hashim

- Encik Mahad b Abu Bakar

- Puan Noor Hasnah binti Mohamad Noor

- Datuk Mokhtar Yassin

Pemeriksa Kira-kira

- Tn Hj Husin Embi

- Datin Hjh Rosiah Ismail


Senarai Jawatankuasa IPM sesi 2018/2020

Ketua 1 - Tn Hj Abd Razak b Adam

Ketua 2 - Tn Hj Ab Rani Embi

Setiausaha 1 - Cik Norhidayah binti Mohd Rasid

Setiausaha 2 - Puan Sharifah Aisiah binti Syed Mahazar

Bendahari - Tn Hj Othman b Drus

Senarai AJK

- Encik Sufrei Abu Bakar

- Encik Mohd Idham Khalil b Ibrahim

- Encik Mohd Rafizi b Isha

- Tn Hj Husin Embi

- Tn Hj Shaharudin b Daud

- Puan Noor Hasnah binti Mohamad Noor

- Puan Norlinda binti Hashim

- Puan Zubaidah Ishak

Pemeriksa Kira-kira

- Tn Hj Aladin Mohamad

- Dr Haron Kidam

Sebarang pertanyaan boleh email ke ikatanpersuratanmelayu1950@gmail.com

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

  • - Diskusi buku
  • - Bicara Buku
  • - Majlis Seni bersama Editor Media
  • - Seminar sastera Siber
  • - Bengkel Penulisan Puisi
  • - Kursus penulisan Skrip Filem,Teater dan Drama TV
  • - Bengkel BImbingan Penulisan Sajak dan Cerpen
  • - Bengkel Penghayatan Sajak
  • - Malam Penghayatan Puisi Selat Melaka
  • - Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan peringkat Negeri Melaka
  • - Mahabbah Sastera Nusantara bersama negara Thailand, Indonesia dan beberapa buah negara di Asia Tenggara
  • - Sayembara Cerpen dan Puisi Negeri Melaka Tahun 2011
  • - Sayembara Cerpen dan Puisi Sejarah Negeri Melaka Tahun 2013
  • - Borak Kopi Sastera

Rujukan[sunting | sunting sumber]