Ikatan ganda dua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Suatu ikatan ganda dua dalam kimia ialah sejenis ikatan kimia antara dua atom unsur kimia yang melibatkan empat elektron yang terikat dalam dua pasang. Ikatan ganda dua paling umum ialah ikatan antara dua atom karbon yang dapat ditemui dalam alkena. Banyak jenis ikatan ganda dua yang terdapat antara dua unsur berbeza. Contohnya, pada kelompok karbonil, ikatan ganda dua terbentuk antara atom karbon dengan oksigen. Ikatan ganda dua lain juga dapat dilihat dalam sebatian azo (N=N), imina (C=N) dan sulfoksida (S=O). Dalam formula rangka, ikatan ganda dua digambarkan sebagai garis selari (=) antara dua atom berhubungan; secara tipografi, menggunakan tanda sama dengan.[1][2] Ikatan ganda dua pertama kali diperkenalkan dalam penulisan kimia oleh ahli kimia Rusia, Alexander Butlerov.

Ikatan ganda dua yang melibatkan karbon lebih kuat daripada ikatan tunggal dan oleh itu, panjang ikatannya juga lebih pendek. Ikatan ganda dua juga kaya akan elektron, yang membuatkan sebatian dalam golongan ini bersifat reaktif.

Sebatian kimia dengan ikatan ganda dua
Ethene structural.svg
Leuckart-Wallach-Reaktion Aceton.svg
Dimethylsulfoxid.svg
Trans-diazene-2D.png
Etena
Ikatan ganda dua
karbon-karbon
Aseton
Ikatan ganda dua
karbon-oksigen
Dimetil sulfoksida
Ikatan ganda dua
sulfur-oksigen
Diazena
Ikatan ganda dua
nitrogen-nitrogen

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ March, Jerry (1985), Advanced Organic Chemistry: Reactions, Mechanisms, and Structure (3rd ed.), New York: Wiley, ISBN 0-471-85472-7.
  2. ^ Organic Chemistry 2nd Ed. John McMurry.