Ikrar Negara Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ikrar negara Singapura dikarang oleh Encik S Rajaratnam pada tahun 1966, berlatar-belakangkan insiden perusuhan kaum Cina-Melayu yang berleluasa dari tahun 50 ke 60-an. Beliau akur bahawa bahasa, bangsa dan agama boleh menjadi sebab yang memecah-belahkan sebuah masyarakat. Dengan ikrar ini, beliau ingin menekankan bahawa perbalahan dapat diatasi jika rakyat Singapura benar-benar mengambil kisah akan negara mereka. Draf teks ikrar diserahkan kepada perdana menteri pada masa itu, Encik Lee Kuan Yew, yang memperbaiki lagi teks tersebut sebelum mengemukakannya pada Kabinet. Ikrar ini diucapkan dalam bahasa Inggeris oleh pelajar-pelajar sekolah setiap hari dan juga oleh rakyat Singapura pada Hari Kebangsaan Singapura pada tanggal 9 Ogos setiap tahun.

Ikrar[sunting | sunting sumber]

Bahasa Melayu

Kami, warga negara Singapura,
sebagai rakyat yang bersatu padu,
tidak kira apa bangsa, bahasa, atau ugama,
berikrar untuk membina suatu masyarakat yang demokratik,
berdasarkan kepada keadilan dan persamaan untuk mencapai kebahagiaan,
kemakmuran dan kemajuan bagi negara kami.

Bahasa Inggeris

We, the citizens of Singapore,
pledge ourselves as one united people,
regardless of race, language or religion,
to build a democratic society
based on justice and equality
so as to achieve happiness, prosperity
and progress for our nation.

Bahasa Cina
Tulisan Cina Ringkas Tulisan Cina Tradisional Pinyin

我们是新加坡公民,
誓愿不分种族、言语、宗教,团结一致,
建设公正平等的民主社会,
并为实现国家之幸福、繁荣与进步,共同努力。

我們是新加坡公民,
誓願不分種族、言語、宗教,團結一致,
建設公正平等的民主社會,
並為實現國家之幸福、繁榮與進步,共同努力。

Wǒmen shì Xīnjiāpō gōngmín,
shìyuàn bù fēn zhǒngzú, yányǔ, zōngjiào, tuánjié yīzhì,
jiànshè gōngzhèng píngděng de mínzhǔ shèhuì,
bìng wèi shíxiàn guójiā zhī xìngfú, fánróng yǔ jìnbù, gòngtóng nǔlì.

Bahasa Tamil
Tulisan Tamil Romanization

சிங்கப்பூர் குடிமக்களாகிய நாம் இனம்,மொழி,மதம்
ஆகிய வேற்றுமைகளை மறந்து ஒன்றுபட்டு,நம் நாடு
மகிழ்ச்சி,வளம்,முன்னேற்றம் ஆகியவற்றை அடையும்
வண்ணம் சமத்துவத்தையும்,நீதியையும்
அடிபடையாக கொன்ட ஐனாயக
சமுதாயத்தை உருவாக்குவதற்கு
உறுதி மேற்கொள்வோம்!

Singapoor Kudimakkalaagiya naam,inam,mozhi,madham
aaghiya vaetrumaeygalai marranthu,ondrupattu,nam naadu
magizhchi,valam,munnethram aaghiya-vatrai adaiyum
vannam samathuva-thayum,neethiyaiyum
adippadaiyaaga kondha jananaayagha
samuthaayathai uruvaakuvatharku
uruthi merkolvom magal.

Nota[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]