Ilhan Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ilhan Omar
Anggota Dewan Perwakilan Amerika Syarikat bagi Daerah Ke-5, Minnesota
Memegang jawatan
3 Januari 2019
Didahului olehKeith Ellison
Anggota Dewan Perwakilan Minnesota bagi Daerah 60B
Dalam jawatan
2 Januari 2017 – 3 Januari 2019
Didahului olehPhyllis Kahn
Digantikan olehMohamud Noor
Butiran peribadi
LahirIlham Abdullahi Omar[1]
(1982-10-04) 4 Oktober 1982 (umur 41)
Mogadishu, Somalia
Parti politikDemokrat (Parti Demokratik-Petani-Buruh Minnesota)
Pasangan
  • Ahmed Nur Said Elmi[a] (k. 2009; c. 2017)
  • Ahmed Abdisalan Hirsi[b] (k. 2018; c. 2019)
  • Tim Mynett
    (k. 2020)
Anak-anak3; including Isra Hirsi
SaudaraSahra Noor (sister)
PendidikanUniversiti Negara Dakota Utara (BA)
Laman web rasmiomar.house.gov

Ilhan Abdullahi Omar (lahir 4 Oktober 1982) ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat berkhidmat sebagai wakil negeri Minnesota dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat sejak 2019. Beliau pernah menjadi wakil kepada pusat ke pinggiran Minneapolis dalam Dewan Perwakilan Negeri Minnesota dari 2017 hingga 2019. Beliau antara dua orang Muslimah pertama (bersama Rashida Tlaib) menganggotai Kongres Amerika Syarikat,[6][7] beliau juga warga ternaturalisasi pertama dilantik masuk Kongres ini.

Beliau dikenali kerana giat dan kelantangan dalam kedudukannya mencabar dasar-dasar petempatan haram rejim Israel terhadap Palestin yang diberi sokongan lobi dalam Amerika Syarikat.[8][9][10] Beliau turut merupakan orang kuat dalam pencabaran dasar-dasar imigresen keras dilaksanakan pemerintahan Donald Trump yang turut termasuk pengharaman orang Islam memasuki Amerika Syarikat[11] sehingga dijadikan sasaran kecaman para penyokong Trump.[12][13]

Beliau antara orang kuat dalam kelompok progresivis Parti Demokrat Kongres A.S disebut sebagai "The Squad".[14]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Omar dan Elmi berkahwin tahun 2009, namun sudah bertalak tahun 2011 sebelum dapat merasmikannya pada 2017.[2]
  2. ^ Ilhan pernah bercerai dengan Hirsi talak satu namun dapat menjalinkan hubungan dan berkahwin semula sebelum 2012.[3] Mereka kemudiannya bercerai pada 5 November 2019.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ilhan Omar [@IlhanMN] (October 17, 2020). "#MyNameIs Ilham, I prefer Ilhan. I never liked the M sound. It means "Inspiration" in Arabic. My father named me Ilham and inspired me to lead a life of service to others. In his honor I am voting for an inspirational ticket over desperate and maddening one" (Twit) – melalui Twitter.
  2. ^ Forliti, Amy (June 11, 2019). "Rep. Omar filed joint tax returns before she married husband". Yahoo News. Associated Press. Dicapai pada June 12, 2019.
  3. ^ Sheehy, Kate (August 28, 2019). "Inside Ilhan Omar's tangled web of relationships".
  4. ^ Van Oot, Torey (November 5, 2019). "Minnesota U.S. Rep. Ilhan Omar finalizes divorce". Star Tribune.
  5. ^ "US Rep. Ilhan Omar divorces husband in Minnesota". AP NEWS. November 5, 2019.
  6. ^ O'Grady, Siobhán (November 7, 2018). "Trump demonized Somali refugees in Minnesota. One of them just won a seat in Congress". The Washington Post. Diarkibkan daripada yang asal pada January 4, 2019.
  7. ^ "NDSU Fall 2011 Graduates" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada December 28, 2018.
  8. ^ Kotch, Alex (2019-02-13). "Ilhan Omar is right about the influence of the Israel lobby". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-24.
  9. ^ Stolberg, Sheryl Gay (2019-04-16). "For Democrats, Ilhan Omar Is a Complicated Figure to Defend". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 2019-12-23.
  10. ^ Sasley, Brent (2019-02-12). "What the controversy over Ilhan Omar's tweets tells us about AIPAC today". The Washington Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-24.
  11. ^ Nichols, John (2019-07-18). "Donald Trump Is Deliberately Distorting What Ilhan Omar Says About America". The Nation (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-24.
  12. ^ Gessen, Masha (2019-04-15). "The Dangerous Bullying of Ilhan Omar". The New Yorker (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-24.
  13. ^ "Ilhan Omar reveals racist threat to shoot her at state fair". BBC news (dalam bahasa Inggeris). 2019-08-29. Dicapai pada 2019-12-24.
  14. ^ Epstein, Kayla (January 16, 2019). "For Ayanna Pressley, the beauty of unexpected wins led to Congress and a historic office". The Washington Post. Dicapai pada July 15, 2019.