Ilmu jata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ilmu jata (Bahasa Inggeris: heraldry) adalah suatu ilmu atau seni dalam menciptakan dan menghias lambang atau jata serta kajian mendalam tentang makna, asal-usul, sejarah, dan perkembangan rekaan-rekaan sebegini.

Jata-jata ini dahulunya mula diwujudkan sebagai suatu bentuk pengenalan untuk membedakan pihak-pihak yang berseteru dalam pertempuran saat wajah mereka ditutupi ketopong dan baju zirah besi yang berat,[1] baik ketika berperang mahupun terlibat dalam kegiatan sukan tertentu seperti lawan tombak. Akhirnya sistem peraturan formal berkembang menjadi bentuk heraldik yang lebih kompleks.

Meskipun praktik heraldik sudah hampir 900 tahun lamanya, hingga kini masih juga diterapkan. Banyak kota dan tempat di Eropah dan seluruh dunia yang memakai lambang. Praktik lambang personal, yang dilindungi pemerintah dan diakui badan hukum, terus berlanjut di berbagai belahan dunia.

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ John Brooke-Little. An Heraldic Alphabet. (Macdonald, London: 1973),2.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]