Ilmu kebal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ilmu kebal merujuk kepada keupayaan seseorang bagi menahan tubuhnya daripada ditembusi oleh senjata ataupun peluru. Ia merupakan satu ilmu silam yang amat dipercayai dikalangan orang-orang Melayu nusantara yang kebanyakanya menetap di Malaysia, Indonesia, dan Filipina[1] tetapi turut termasuk kaum Cina (contohnya semasa Pemberontakan_Boxer. Ia juga terdapat dalam budaya barat seperti orang-orang British yang mempercayai bahawa sarung pedang Excalibur yang dikatakan mampu menyebabkan kecederaan oleh pemakai sarung pedang tidak mengeluarkan darah sama sekali.[2]

Amalan ilmu kebal[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya, ilmu kebal ini didapati melalui dua cara, iaitu melalui amalan atau dengan pemakaian sesuatu benda yang menjadikan pemakainya kebal.

Bagi mereka yang mendapatkannya secara amalan, ia mungkin melalui pertapaan, atau memakan sesuatu. Sementara cara pemakaian pula, ia mungkin berbentuk satu azimat, atau keris dan seumpama dengannya.

Satu contoh ilmu kebal dalam kisah Melayu silam adalah lagenda Hang Tuah yang kebal kerana keris Taming Sari, dan Mahsuri yang dikatakan tidak lut ditikam keris, sehinggalah keris pusaka keluarganya digunakan bagi menikam tubuhnya. Dalam budaya British pula, pemakai sarung pedang Excalibur mampu menjadikan pemakainya kebal.

Kelamahannya[sunting | sunting sumber]

Ilmu kebal biasanya dipercayai sebagai memiliki kelemahan tersendiri. Pada kebiasaannya, pengamal ilmu kebal dikatakan kalah dengan sesuatu benda tertentu, seperti kebal tikaman keris tetapi boleh ditikam dengan buluh runcing dan seumpama dengannya. Ini disebabkan kepercayaan berlaku keseimbangan dan sesuatu perkara tidak pernah sempurna, mesti ada kecacatannya.

Perdebatan mengenainya[sunting | sunting sumber]

Terdapat perdebatan mengenai ilmu kebal ini kerana pada satu pihak, ia dianggap cuba mengatasi hukum Allah dan menganggap mengamalkannya merupakan amalan syirik (bantuan jin/syaitan) , sementara di satu pihak lagi menyatakan ia berlaku semata-mata dengan izin Allah.

Kepercayaan mengenai ilmu ini masih menebal sehingga hari ini, dan ia masih diamalkan oleh sesetengah pihak, terutamanya peminat-peminat seni mempertahankan diri seperti silat.

Ilmu kebal masa kini[sunting | sunting sumber]

Pada masa kini walaupun orang tidak lagi mempercayai ilmu kebal, manusia masih berusaha bagi melindungkan diri daripada tercedera oleh senjata. Oleh itu pelbagai pelindung diri direka bagi melindungi badan daripada senjata. Ia berubah daripada yang diperbuat daripada kulit haiwan, kepada baju berantai, baju zirah, ketompong besi berlapik sutera, dan kini dengan baju yang diperbuat daripada kevlar dan kepingan seramik.

Pada masa akan datang, telah terdapat ura-ura penggunaan teknologi nano bagi memajukan teknologi yang mampu menenun serat karbon senipis beberapa nano meter yang tidak kelihatan pada kulit, menjadikan seseorang itu kebal kepada senjata ringan.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]