Im Na-yeon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nayeon
임나연
Kelahiran
Im Na-yeon

(1995-09-22) 22 September 1995 (umur 28)
PekerjaanPenyanyi
Kerjaya muzik
GenreK-pop
InstrumenVokal
Tahun aktif2015–sekarang
Syarikat rakaman
JYP Entertainment
Pengkarya berkait
Nama Korea
Hangul임나연
Perumian SemakanIm Nayeon
McCune–ReischauerIm Nayŏn

Im Na-yeon (Hangul: 임나연; lahir 22 September 1995) lebih dikenali sebagai Nayeon ialah seorang penyanyi wanita Korea Selatan. Beliau merupakan ahli kumpulan K-pop wanita, Twice yang ditubuhkan oleh JYP Entertainment melalui rancangan realiti tahun 2015, Sixteen.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Nayeon lahir pada 22 September 1995 di Seoul, Korea Selatan. Beliau menyambung pengajian tinggi di Universiti Konkuk. Pada 15 September 2010, Nayeon menghadiri Uji Bakat Terbuka JYP Entertainment ke–7 dan kemudiannya terpilih untuk menjadi pelatih.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

2012–2015[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2012, Nayeon membuat penampilan kameo dalam episod kedua drama KBS2, Dream High 2.[2] Pada tahun 2013, beliau telah dipilih sebagai ahli 6mix, sebuah kumpulan wanita di bawah pengurusan JYP tetapi tidak pernah membuat kemunculan pertama.[3] Sebelum rancangan realiti Sixteen dan kemunculan pertama beliau sebagai ahli Twice, beliau muncul dalam beberapa iklan televisyen dan video muzik termasuk Jun. K untuk lagu "No Love", GOT7 untuk lagu "Girls Girls Girls" dan "Stop Stop It" serta miss A untuk lagu "Only You."

2015–sekarang[sunting | sunting sumber]

Nayeon diumumkan sebagai salah seorang peserta pertandingan Sixteen untuk menentukan ahli ahli kumpulan wanita JYP yang baru.[4] Rancangan ini bermula pada 5 Mei dan berakhir dengan Nayeon, Sana, Dahyun, Chaeyoung, Mina, Jihyo dan Jeongyeon diumumkan sebagai ahli Twice. Pada 20 Oktober, Nayeon membuat kemunculan pertamanya sebagai ahli Twice menerusi album mini, The Story Begins dan lagu Like OOH-AHH.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran Nota
2012 Dream High 2 KBS2 Kameo dalam episod 2
2016 Oh My God! Tip MBC MBig TV Drama web

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Artis
2011 "Please Don't Go" San E
2014 "No Love (Bahasa Korea)" Jun. K (2PM)
"No Love (Bahasa Jepun)"
"Girls Girls Girls" GOT7
2015 "Only You" miss A
2016 "Fire" J.Y. Park

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kim, Yoon-jeong. "박진영 교복 광고 찍은 걸그룹 '트와이스'는 누구? 공승연 동생에 SES 유진 닮은꼴까지… 준비된 '한류돌'". SportsQ (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 4 Februari 2016.
  2. ^ Hwang, Hyo-jin. "JYP의 취향│③ 열여섯 명의 [식스틴] 멤버들을 소개합니다". ize (dalam bahasa Korea). ize Magazine. Dicapai pada 4 Februari 2016.
  3. ^ "All about Nayeon, Tzuyu". Twice TV. Episod 1. 17 Julai 2015. Naver.
  4. ^ Yoo, Ji-hyae. "[단독] Mnet-JYP 손잡았다...걸그룹 제작 프로 론칭". Naver TV (dalam bahasa Korea). Naver Corporation. Dicapai pada 26 Oktober 2017.
  5. ^ Won, Ho-jung. "Twice's 'Story Begins'". K-pop Herald. Herald Corporation. Dicapai pada 26 Oktober 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]