Imagin (album Liza Hanim)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Imagin)
Jump to navigation Jump to search
Imagin
Album studio oleh Liza Hanim
Dikeluarkan pada2007
GenrePop
SyarikatLH Media
Life Records
PenerbitLiza Hanim
Audi Mok
Azlan Abu Hassan
Azmeer
Kronologi Liza Hanim
Rindu Selalu
(2005)
Imagin
(2007)

Imagin merupakan album solo studio ketujuh Liza Hanim. Album ini diterbitkan sendiri oleh Liza pada tahun 2007 setelah keluar dari syarikat rakaman Suria Records. Album ini disifatkan sebagai album beliau yang paling urban dengan memuatkan lagu-lagu eksperimental.

Lagu Merawat Luka Terpendam yang pernah dijadikan lagu tema siri TV Natasha adalah lagu yang paing mendapat sambutan pendengar sejajar dengan populariti drama tersebut. Lagu Lara dan Bebaskan mendaki carta-carta radio pada tahun 2007. Album ini hanya tercalon untuk kategori Album Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik. Penampilan Liza Hanim menerusi album ini adalah penampilan terakhir beliau dengan imej tanpa bertudung. Album ini juga adalah album penuh terakhir Liza Hanim sebelum menyepi dari industri seni.

Beliau kemudian muncul dengan 2 buah lagu baru di dalam album Siapa Peduli (projek khas) terbitan MAPIM bersama artis-artis lain pada tahun 2011. Namun, penglibatan beliau hanya sekadar di dalam album tersebut sahaja :'(

Tidak dinafikan Liza Hanim adalah antara Penyanyi Wanita Terbaik di Malaysia. Berbekalkan vokal yang lembut dan merdu, sehingga kini tiada sesiapa yang mampu meniru kelunakkan vokal beliau.

Senarai Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Imaginasimu (hey Liza!)
  2. Lara (Audi Mok)
  3. Merawat Luka Terpendam (Azmeer)
  4. Bebas
  5. Permata Hatiku
  6. Cinta Kelana
  7. Semilir
  8. Bebas (alternate mix)
  9. Hei Liza (ending)
  10. Imagin (minus one)