Imam Nasa'i

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama: Ahmad bin Syua`ib Al-Khurasany
Gelaran: Imam Nasa`i
Lahir: 215 H
Wafat: 303 H
Mazhab: Syafie
Etnik: Arab
Rantau: Arab
Bidang: Hadis
Karya: Sunan al-Nasa`i
Pengaruh: tiada
Diilhami: tiada


Imam Nasa`i, atau nama lengkapnya Ahmad bin Syu'aib bin Ali al-Nasā'ī (Bahasa Arab: أحمد بن شعيب النسائي‎) adalah seorang ahli hadis. Beliau terkenal dengan nama An-Nasa`i kerana dinisbahkan dengan kota Nasa'i, salah satu kota di Khurasan. Beliau dilahirkan pada tahun 215 H, demikian menurut Adz Dzahabi. Dan beliau meninggal dunia pada hari Isnin, 13 Safar 303 Hijriah di Palestin dan beliau dikuburkan di Baitulmuqaddis.

Beliau menerima Hadis dari Sa'id, Ishaq bin Rawahih dan ulama-ulama lainnya selain itu dari kalangan tokoh ulama ahli hadis yang berada di Khurasan, Hijaz, Iraq, Mesir, Syam, dan Semenanjung Arab. Beliau termasuk diantara ulama yang ahli di bidang ini dan karena ketinggian sanad haditsnya. Beliau lebih kuat hafalannya menurut para ulama ahli hadits dari Imam Muslim dan kitab Sunan An Nasa`i lebih sedikit hadits dhaifnya (lemah) setelah Hadith Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Beliau pernah menetap di Mesir.

Para guru beliau yang nama harumnya tercatat oleh pen sejarah antara lain; Qutaibah bin Sa`id, Ishaq bin Ibrahim, Ishaq bin Rahawaih, al-Harits bin Miskin, Ali bin Kasyram, Imam Abu Dawud (penyusun Sunan Abi Dawud), serta Imam Abu Isa al-Tirmidzi (penyusun al-Jami` atau Sunan al-Tirmidzi).

Sementara murid-murid yang setia mendengarkan fatwa-fatwa dan ceramah-ceramah beliau, antara lain; Abu al-Qasim al-Thabarani (pengarang tiga buku kitab Mu`jam), Abu Ja`far al-Thahawi, al-Hasan bin al-Khadir al-Suyuti, Muhammad bin Muawiyah bin al-Ahmar al-Andalusi, Abu Nashr al-Dalaby, dan Abu Bakr bin Ahmad al-Sunni. Nama yang disebut terakhir, disamping sebagai murid juga tercatat sebagai “penyambung lidah” Imam al-Nasa`i dalam meriwayatkan kitab Sunan al-Nasa`i.

Sudah mafhum dikalangan peminat kajian hadis dan ilmu hadis, para imam hadis merupakan tokoh yang memiliki ketekunan dan kehebatn yang patut diteladani. Dalam masa ketekunannya inilah, para imam hadis kerap kali menghasilkan karya tulis yang tak terhingga nilainya.

Tidak ketinggalan pula Imam al-Nasa`i. Karangan-karangan beliau yang sampai kepada kita dan telah diabadikan oleh pen sejarah antara lain; al-Sunan al-Kubra, al-Sunan al-Sughra (kitab ini merupakan bentuk perampingan dari kitab al-Sunan al-Kubra), al-Khashais, Fadhail al-Shahabah, dan al-Manasik. Menurut sebuah keterangan yang diberikan oleh Imam Ibn al-Atsir al-Jazairi dalam kitabnya Jami al-Ushul, kitab ini disusun berdasarkan pandangan-pandangan fiqh mazhab Syafi`i.

Untuk pertama kali, sebelum disebut dengan Sunan al-Nasa`i, kitab ini dikenal dengan al-Sunan al-Kubra. Setelah tuntas menulis kitab ini, beliau kemudian menghadiahkan kitab ini kepada Amir Ramlah sebagai tanda penghormatan. Amir kemudian bertanya kepada al-Nasa`i, “Apakah kitab ini seluruhnya berisi hadis shahih?” Beliau menjawab dengan kejujuran, “Ada yang shahih, hasan, dan adapula yang hampir serupa dengannya”.

Kemudian Amir berkata kembali, “Kalau demikian halnya, maka pisahkanlah hadis yang shahih-shahih sahaja”. Atas permintaan Amir ini, beliau kemudian menyisihkan dengan ketat semua hadis yang telah tertuang dalam kitab al-Sunan al-Kubra. Dan akhirnya beliau berhasil melakukan perampingan terhadap al-Sunan al-Kubra, sehingga menjadi al-Sunan al-Sughra. Dari segi penamaan sahaja, sudah bisa dinilai bahwa kitab yang kedua merupakan bentuk perampingan dari kitab yang pertama.

Imam al-Nasa`i sangat teliti dalam menyisihkan hadis-hadis yang termuat dalam kitab pertama. Oleh kerananya, banyak ulama bercakap “Kedudukan kitab al-Sunan al-Sughra dibawah darjat Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Di dua kitab terakhir, sedikit sekali hadis dhaif yang terdapat di dalamnya”.Kerana hadis-hadis yang termuat di dalam kitab kedua (al-Sunan al-Sughra) merupakan hadis-hadis pilihan yang telah disisih dengan ketat, maka kitab ini juga dinamakan al-Mujtaba. Pengertian al-Mujtaba bersinonim dengan al-Maukhtar (yang terpilih), kerana memang kitab ini berisi hadis-hadis pilihan, hadis-hadis hasil sisihan dari kitab al-Sunan al-Kubra.