Imbuhan awalan kapal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bow of the container ship MSC Susanna
Imbuhan awalan kapal "MSC" ini menandakan pemiliknya, Mediterranean Shipping Company.

Imbuhan awalan kapal ialah gabungan huruf, biasanya singkatan, digunakan dihadapan nama kapal awam atau tentera yang mengikut sejarah mempunyai pelbagai tujuan, seperti mengenal pasti mod pendorong kapal, fungsi, atau pemilikan/nasionaliti. Dalam persekitaran moden, imbuhan awalan digunakan secara tidak konsisten dalam perkhidmatan awam, namun, dalam perkhidmatan kerajaan, imbuhan awalan kapal jarang hilang kerana peraturan kerajaan yang menetapkan imbuhan awalan tertentu adalah wajib. Hari ini amalan biasa ialah menggunakan imbuhan awalan tunggal untuk semua kapal perang tentera laut sesebuah negara, dan awalan lain untuk kapal auksiliari dan perkhidmatan bersekutu lain, seperti pengawal pantai. Sebagai contoh, kapal moden Jepun menggunakan awalan "JS" – Japanese Ship. Namun, tidak semua tentera laut menggunakan imbuhan awalan; ini termasuk tentera laut penting China, Perancis (walaupun Perancis mempunyai sebutan NATO bagi imbuhan awalan kapal tenteranya, iaitu FS (French Ship)), Rusia dan Sepanyol, yang seperti Perancis menggunakan sebutan NATO SPS (Spanish Ship) jika diperlukan. Manakala semua kapal dalam armada Tentera Laut Diraja Malaysia membawa imbuhan awalan KD yang bermaksud Kapal Diraja ataupun KLD yang bermaksud Kapal Layar Diraja.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Naval History And Heritage Command. "Ship Naming in the United States Navy". Naval History and Heritage Command. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 June 2015. Dicapai pada 7 April 2015.
  • United States Coast Guard Historian's Office (5 January 2015). "Coast Guard History". Frequently Asked Questions. United States Coast Guard. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 May 2017. Dicapai pada 7 April 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]