Imbuhan dalam bahasa Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa aglutinatif yang mana imbuhan dibubuh pada kata akar untuk mengubah fungsi kata tersebut dalam ayat atau menukar ertinya kepada sesuatu yang berkaitan dengan kata akar itu. Imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan dan imbuhan sisipan.

Contoh imbuhan awalan termasuk "me(n)-", "pe(n)-", "di-", "ber-", "ter-" dan "ke-", manakala imbuhan akhiran pula termasuk "-an", "-kan", "-i". Imbuhan apitan merupakan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran serentak pada satu kata akar, seperti "ke-" + "ada" + "-an" menjadi "keadaan". Imbuhan sisipan merupakan imbuhan istimewa yang dibubuh di tengah kata akar untuk mengubah fungsi ertinya, cth: "-el-", "-em-", "-en-" dan "-er-".

Sebagai bahasa aglutinatif, bahasa Melayu boleh menindankan imbuhan pada kata yang sudah berimbuhan, cth: "kepenggunaan" ialah hasil pembubuhan "ke-" pada "penggunaan" yang terbentuk daripada kata akar "guna" yang dibubuh apitan "ke…an".

Untuk keterangan lanjut, rujuk pautan-pautan di bawah Penggunaan imbuhan mengikut jenis kata.

Hubungan antara imbuhan[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah jadual hubungan antara imbuhan mengikut fungsi kata, dengan kata akar "aku" sebagai contoh penggunaan.

Peringatan: Isi jadual ini hanya sebagai contoh, nyata bukan semua bentuk kata berimbuhan berikut diterima oleh ketetapan kamus dan tatabahasa rasmi mahupun kerap digunakan dalam perbahasaan seharian.
Imbuhan kata kerja Imbuhan kata nama
Aktif Pasif Pembuat Pembuatan Keadaan Penyambut/Kesan
me(n)- mengaku di- diaku pe(n)- pengaku pe(n)…an pengakuan ke…an keakuan -an* akuan
me(n)…kan mengakukan di…kan diakukan
me(n)…i mengakui di…i diakui
ber-* beraku tiada per- peraku per…an perakuan
memper- memperaku diper- diperaku
memper…kan memperakukan diper…kan diperakukan
memper…i memperakui diper…i diperakui
Catatan

↑*  Boleh digunakan sebagai imbuhan kata sifat.

Penggunaan imbuhan mengikut jenis kata[sunting | sunting sumber]