Imej digital

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Imej digital ialah perwakilan berangka (biasanya perduaan) suatu imej dua-dimensi. Bergantung kepada sama ada resolusi imej itu tetap, ia boleh menjadi jenis vektor atau raster. Tanpa sebarang penerang lanjut, istilah "imej digital" selalunya merujuk pada imej raster atau peta bit.

Imej raster dibina daripada suatu set nilai digital, dipanggil piksel. Contoh formail fail piawai yang menyimpan imej raster ialah GIF, JPEG dan PNG. Imej vektor pula dibina daripada geometri matematik (vektor). Format SVG ialah format fail vektor piawai W3C.

Unsur raster dan vektor boleh digabungkan dalam satu imej; sebagai contoh, pada suatu papan iklan di mana teksnya bersifat vektor manakala gambarnya bersifat raster.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]