Pergi ke kandungan

Impian (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Impian
PengarahA.R. Sulaiman
PenulisA.R. Sulaiman (Skrip)
Cerita olehA.R. Sulaiman
Dihasilkan olehSuryana Dato' Hoessein
Dibintangi
SinematografiKarnanethe Ramasamy
Disunting olehJohari Ibrahim
Muzik oleh
  • Sahib Selamat
  • Wee Chee Tang
Syarikat
penerbitan
Solid Gold Publishers Sdn. Bhd.
Tarikh tayangan
1996
Masa tayangan
115 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Impian ialah sebuah filem genre drama dan cinta Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1996. Filem ini telah diarahkan oleh A.R. Sulaiman. Filem Impian diterbitkan dalam bentuk filem warna.[1]

Yazmin telah dihalau keluar dari rumah oleh ayahnya yang terlalu mengikut kata-kata isteri keduanya. Untuk menyara hidupnya, Yazmin menjadi penyanyi di kelab malam. Yazmin kecewa dengan hidupnya kemudian berpindah ke Cameron Highland untuk mencari pakciknya. Malangnya pakciknya telah berpindah rumah. Dengan bantuan Pak Hamid, Yazmin mendapat kerja sebagai jururawat peribadi Tuan Zahari. Tuan Zahari adalah anak kepada Tan Sri Ahmad dan menghidapi penyakit jantung. Kesakitan Tuan Zahari bertambah baik dan hubungannya dengan Yazmin semakin rapat. Tan Sri Ahmad pula cuba memutuskan hubungan mereka dengan menawarkan duit kepada Yazmin.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]