Inō Tadataka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Patung Ino Tadataka di bandar Katori
Peta berlipat Jepun (1878) yang berdasarkan kerja ukur yang dilakukan Ino Tadataka

Ino Tadataka (伊能 忠敬 11 Februari, 1745 - 17 Mei, 1818) ialah seorang juruukur dan ahli kartografi berbangsa Jepun. Dia dikenali kerana menyiapkan peta pertama Jepun yang dibuat menggunakan teknik-teknik ukur moden.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Ino dilahirkan di Kujukuri, sebuah kampung tepi pantai di Kazusa, Chiba, diambil sebagai anak angkat (pada usia 17 tahun) oleh keluarga Ino yang berjaya di Sawara (kini sebuah daerah di Katori, Chiba), sebuah pekan di Shimosa. Dia menjalankan perniagaan keluarga, dengan meluaskan perniagaan pembruan sake dan jualan berasnya, sehingga dia bersara pada usia 49 tahun. Pada masa ini dia berpindah ke Edo dan menjadi murid ahli falak Takahashi Yoshitoki, yang daripadanya dia belajar astronomi Barat, geografi dan matematik.

Misi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1800, setelah hampir lima tahun pembelajaran, keshogunan mengizinkan Ino untuk melakukan ukur negara menggunakan wangnya sendiri. Tugasan ini, yang memakan 17 tahun yang tinggal daripada hayatnya, mencakupi keseluruhan pinggir laut dan beberapa bahagian dalaman setiap pulau utama Jepun. Sepanjang tempoh ini Ino dilaporkan menghabiskan 3,736 hari untuk membuat pengukuran (dan mengembara sejauh 34,913km), sering berhenti untuk mempersembahkan peta-peta yang memaparkan perkembangan ukurnya kepada shogun. Dia menghasilkan sejumlah peta terperinci (sebahagiannya pada skala 1:36,000, yang lain pada 1:216,000) bahagian-bahagian terpilih Jepun, kebanyakannya di Kyushu dan Hokkaido.

Karya agung Ino, peta 1:216,000nya tentang keseluruhan pinggir laut Jepun, kekal tidak disiapkan semasa kematiannya pada tahun 1818, tetapi disempurnakan oleh pasukan ukurnya pada tahun 1821. Sebuah atlas yang mengumpulkan semua kerja ukurnya, yang berjudul Dai Nihon Enkai Yochi Zenzu (ja:大日本沿海輿地全図 Peta Kawasan Laut Jepun), diterbitkan pada tahun itu. Ia mempunyai tiga mukasurat peta-peta skala besar pada 1:432,000, yang menunjukkan keseluruhan negara itu pada lapan mukasurat pada 1:216,000 dan 214 mukasurat kawasan-kawasan laut terpilih dalam perincian halus pada 1:36,000. The Ino-zu (peta Ino), banyak daripadanya yang tepat sehingga 1/1000  bagi satu darjah, kekal menjadi peta Jepun yang paling sahih selama hampir seabad, dan peta-peta yang berdasarkan karyanya digunakan selewat 1924.

Di samping petanya, Ino menghasilkan beberapa karya ilmiah mengenai ukur dan matematik, termasuklah Chikyu sokuenjutsu mondo dan Kyukatsuen hassenho.

Peringatan[sunting | sunting sumber]

Ino diraikan sebagai salah seorang arkitek Jepun moden. Sebuah muzium, yang didedikasikan pada ingatan terhadapnya, telah dibuka di bekas rumahnya di Sawara, dan pada tahun 1996 ditetapkan sebagai Tapak Bersejarah Negara. Pada November 1995 kerajaan Jepun mengeluarkan setem post peringatan 80 yen, yang menunjukkan potret Ino dan satu bahagian daripada peta Edonya. Kebanyakan salinan lengkap atlas itu telah hilang atau musnah (selalunya akibat kebakaran), walaupun salinan yang hampir lengkap peta skala besar ditemui dalam koleksi Perpustakaan Kongres AS pada tahun 2001.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Inō Tadataka di Wikimedia Commons


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ogawa, Florence. (1997). "Ino Tadataka, les premiers pas de la geographie moderne au Japon," Ebisu, Vol. 16, pp. 95–119.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]