Skye (kumpulan muzik)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari In2It)
Skye
Skye pada tahun 2018 Incheon Airport Sky Festival
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
In2It (2017–2023)
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2017 (2017)–kini
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
  • Boys24
  • CoA
Ahli
  • Jiahn
  • Yeontae
  • Inho
  • Hyunuk
  • Isaac
  • Inpyo
Bekas ahli
  • Jinsub
  • Sunghyun

Skye (Hangul스카이; Jepun: スカイ; dahulunya dikenali sebagai In2It; Hangul인투잇)[1] adalah kumpulan lelaki dari Korea Selatan. Kumpulan ini terdiri daripada enam orang ahli iaitu; Yoo Ji-ahn, Jung Yeon-tae, Hwang In-ho, Han Hyun-uk, Lee In-pyo dan Isaac Voo yang sebelum ini menyertai rancangan survival Mnet Boys24 pada tahun 2016.[2][3] Kumpulan ini debut pada 26 Oktober 2017 dengan album mini pertama mereka Carpe Diem dengan single utama, "Amazing".[4] Salah seorang ahli iaitu Isaac Voo merupakan artis Kpop pertama yang berwarganegara Malaysia. Pada asalnya lapan orang ahli, Kim Jin-sub meninggalkan kumpulan pada 26 Mac 2018 manakala Kim Sung-hyun meninggalkan kumpulan pada 4 September 2019.[5][6]

Nama[sunting | sunting sumber]

Nama kumpulan, In2It, memberikan makna langsung "Intuit" serta frasa "In to it" yang membawa bersama-sama makna "the boys will make fans fall into their intuitive charms".[7]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pra-debut: Boys24[sunting | sunting sumber]

Semua ahli In2It berasal dari program pra-debut Boys24, yang membuat sejumlah 260 persembahan konsert sepanjang satu tahun dan enam bulan persembahan dan latihan Konsert Mesa Hall dari awal tahun 2016 hingga akhir tahun 2017.[8] Pada awal tahun 2016, sejumlah 5,500 pemohon telah mengikuti ujian untuk Boys24, yang hanya sebilangan kecil (kurang daripada tiga puluh orang) dipilih sebagai ahli Boys24 untuk mendaftar dalam program selama satu tahun dan enam bulan. Selepas Boys24 The Final, lapan ahli dipilih untuk debut dalam kumpulan In2It.[9]

2017: Debut dengan Carpe Diem[sunting | sunting sumber]

In2It pada tahun 2017

Kumpulan ini debut dengan album mini pertama mereka Carpe Diem yang menandakan perubahan dari 'kanak-kanak' ke 'lelaki'. Album mini pertama ini telah dikeluarkan pada 26 oktober 2017, terdiri daripada lagu-lagu yang dihasilkan dari komposer Duble Sidekick, Cha Cha Malone dan Paul Rein. Single utama Amazing adalah lagu pop-tarian dengan suara perangkap dingin dalam rentak tropis.[10] Video muzik untuk single utama "Amazing" telah difilemkan di Kolsai Lake National Park, Kazakhstan, pada 13 September 2017.[11][12]

Kumpulan ini membuat debut mereka di M Countdown pada 26 Oktober 2017 dengan single utama "Amazing" dari album Carpe Diem, dan pada 9 November lagu ini berada di tempat kelima pada carta M Countdown.[13] Kumpulan ini mengadakan 'In2It showcase "Carpe Diem" di Jepun' dari 3 Disember hingga 10 Disember 2017 [14] Kumpulan ink mengadakan empat konsert yang dinamakan "In2It Winter Paradise" di Korea Selatan pada 24 dan 25 Disember 2017.[15] Kumpulan ini menghadiri "2018 Taipei High City" Parti Malam Tahun Baru pada 31 Disember 2017.[16]

2018: Jelajah asia pertama, Jin-sub mininggalkan kumpulan, Snapshot dan Into The Night Fever[sunting | sunting sumber]

Kumpulan ini melakukan Jelajah Asia pertama mereka ke Singapura, Malaysia dan Indonesia pada 2 Februari, 4 Februari dan 10 Februari 2018.[17]

Pada 26 Mac, MMO Entertainment mengumumkan bahawa Kim Jin-sub tidak akan meneruskan aktiviti bersama dengan kumpulan ini kerana dia telah menderita penyakit Ménière's disease.[18]

Pada 19 April, kumpulan ini telah mengeluarkan single pertama mereka Snapshot dengan single utama dengan nama yang sama.[19] Mereka melakukan persembahan dengan lagu "Snapshot" serta "Be Bop Baby" di KCON Japan pada 15 April 2018 menjelang comeback mereka.[20] Mereka seterusnya membuat persembahan di "Power of K Live" di Jepun pada 30 April[21][22] dan di "Dream Concert" yang diadakan di Seoul World Cup Stadium pada 12 Mei 2018.[23]

Pada 26 Julai, Kumpulan ini telah mengeluarkan single kedua mereka Into The Night Fever dengan single utama "Sorry For My English".[24] Kumpulan ini membuat persembahan di Korea Music Festival yang diadakan di Sky Gocheok Stadium pada 1 Ogos 2018.[25] Kumpulan ini membuat persembahan di KCON LA pada 11 Ogos 2018.[26]

2019: Run Away, Sunghyun meninggalkan kumpulan dan Puzzle[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Ogos, kumpulan ini telah mengeluarkan single digital pertama mereka "Run Away".[27]

Pada 4 September, diumumkan bahawa Sunghyun akan meninggalkan kumpulan ini.[6]

Pada 14 November, kumpulan ini telah mengeluarkan album single ketiga mereka Puzzle dengan single utama "ULlala: Poisoning".

2020–2022: Meninggalkan MMO dan perkhidmatan ketenteraan[sunting | sunting sumber]

Selepas perbincangan dengan kedua-dua ahli dan agensi mereka, kontrak kumpulan telah ditamatkan pada 31 Januari 2020 dan kumpulan ink akan bergerak ke hadapan secara bebas.[28]

Disebabkan Covid-19, ahli Korea memutuskan untuk menunaikan perkhidmatan ketenteraan wajib mereka bersama-sama manakala ahli mereka daripada Malaysia iaitu Isaac tinggal di negara asalnya Malaysia buat masa ini. Ketua mereka Inpyo kembali dari tentera pada 8 Mei 2022 sejurus selepas menamatkan persembahan terakhirnya untuk muzikal tentera "A Song Of Meissa" di mana dia mengambil bahagian bersama rakan ahli In2it Hyunuk dan Chanyeol EXO.[29]

Jiahn, Inpyo dan Hyunuk mengadakan perjumpaan peminat dalam talian dan luar talian[30] semasa Isaac masih di Malaysia bersiap untuk debut solonya selepas menandatangani kontrak solo dengan Prodigee Asia.[31] Yeontae telah menamatkan perkhidmatan tenteranya pada bulan Ogos 2022, manakala Inho menamatkan perkhidmatan tenteranya pada bulan September 2022.

2023–kini: Perubahan nama dan sub-unit pertama[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Mac 2023, telah diumumkan bahawa In2it akan dijenamakan semula di bawah nama kumpulan baharu, SKYE.[32]

Pada 4 April, kumpulan itu mengumumkan single "A New Beginning" yang akan dikeluarkan pada 21 Jun.[33]

Pada 5 Ogos, mereka mendedahkan sub-unit pertama mereka CoA dengan ahli Jiahn dan Yeontae.[34] Ia kemudiannya diumumkan bahawa "A New Beginning" akan menjadi single debut Jepun CoA yang akan dikeluarkan pada 29 September.[35][36]

Ahli[sunting | sunting sumber]

  • Yoo Ji-ahn (유지안)
  • Jeong Yeon-tae (정연태)
  • Hwang In-ho (황인호)
  • Han Hyun-uk (한현욱)
  • Isaac Voo (아이젝, 邬凯名/鄔凱名[37][38])
  • Lee In-pyo (이인표)

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  • Kim Jin-sub (김진섭)
  • Kim Sung-hyun (김성현)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album mini[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[39]
Carpe Diem
Daftar lagu
  1. "Paradise"
  2. "Amazing"
  3. "Cadillac"
  4. "Rising Star"
  5. "Tomorrow"
6

Album single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[39]
SnapShot
  • Dikeluarkan: 19 April 2018
  • Label: MMO Entertainment, CJ E&M
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Snapshot"
  2. "2U"
  3. "Be Bop Baby"
  4. "SnapShot" (Inst.)
  5. "2U" (Inst.)
  6. "Be Bop Baby" (Inst.)
9
Into the Night Fever
  • Dikeluarkan: 26 Julai 2018
  • Label: MMO Entertainment, CJ E&M
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "It's U"
  2. "Sorry For My English"
  3. "Geronimo"
  4. "It's U" (Inst.)
  5. "Sorry For My English" (Inst.)
  6. "Geronimo" (Inst.)
14
Puzzle
  • Dikeluarkan: 14 November 2019
  • Label: MMO Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "ULlala: Poisoning"
  2. "Young & Dumb"
  3. "If It's a Dream" (꿈이라면 만약)
43
(Kit)

Single[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Album
KOR
[44]
JPN
[45]
Korea
"Amazing" 2017 Carpe Diem
"SnapShot" 2018 Snapshot
"Sorry for My English" Into the Night Fever
"Run Away" 2019 Single bukan-album
"ULlala: Poisoning" Puzzle
"Be The Future"
(bersama Dreamcatcher & AleXa)
(Sebagai Millenasia Project)
2020 Single bukan-album
Jepun
"I'm Your Joker" 2020 19 Single bukan-album

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Tahun Lagu Drama/Filem Ref
2017 "My Way" (dinyanyikan oleh Jeong Yeon-tae) Revolutionary Love [46]
2019 "Shining Star" Her Private Life [47]
2019 "Hero" (Ditulis dan dinyayikan oleh Isaac Voo) Lookism (Adaptasi China untuk webtoon Lookism)

Konsert & jelajah[sunting | sunting sumber]

Asia Showcase Tour[sunting | sunting sumber]

Tarikh Bandar Negara Tajuk Tempat
2 Februari 2018 Singapura Singapura In2It Asia Showcase "Carpe Diem" in Singapore SOTA
4 Februari 2018 Kuala Lumpur Malaysia In2It Asia Showcade "Carpe Diem" in Malaysia PJ Live Art
10 Februari 2018 Jakarta Indonesia In2It Asia Showcase "Carpe Diem" in Indonesia The Kasablanka

IN2IT X ION Tour[sunting | sunting sumber]

Tarikh Bandar Negara Tajuk Tempat
April 15, 2019 Mumbai India In2it First Tour In India "IN2IT X ION" Ravindra Natya Mandir
April 19, 2019 New Delhi India In2it First Tour In India "IN2IT X ION" Siri Fort Auditorium
May 31, 2019 Tokyo Japan In2it First Tour In Japan "IN2IT X ION" Kanda Akirajin Hall

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "인투잇 프로필" (dalam bahasa Korea). Naver.
  2. ^ "'소년24' 8人, 올 가을 데뷔 확정..팀명은 IN2IT" (dalam bahasa Korea). Naver.
  3. ^ "[인터뷰종합] '데뷔' 인투잇이 말한 #한솥밥 워너원 #소년24 #팬논란". osen.
  4. ^ "'소년24' IN2IT, 26일 데뷔 앨범 '카르페디엠' 발매" (dalam bahasa Korea). Hankyung.
  5. ^ "인투잇 측 "김진섭, 메니에르 병으로 활동 중단"(공식입장)". ZenithNews.
  6. ^ a b "인투잇 측 "멤버 김성현, 개인 사정으로 탈퇴..팀 6인조 재편" [공식입장]".
  7. ^ "'소년24' 최종 8인, 인투잇으로 팀명 확정... 가을 데뷔 예정" (dalam bahasa Korea). Zenithnews. September 9, 2017.
  8. ^ "[인터뷰] 인투잇 "260회 상설공연·소년24, 도약 위한 밑거름..성장할 것"". enews24. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-12-05. Dicapai pada 2018-11-25.
  9. ^ "[TEN 현장] '소년24', '프로듀스101'·AKB48과 달라야 한다". tenasia.
  10. ^ "[Z인터뷰] 인투잇 ① '내일'을 약속한 소년들의 '오늘', 도약 위한 밑거름..성장할 것". zenithnews.
  11. ^ "[가을 가요대전①]'프듀101' JBJ·레인즈 '소년24' 인투잇…꿈은 이루어진다". Tenasia.
  12. ^ "말도 안 되게 "Amazing"한 신인그룹 IN2IT의 데뷔 앨범, [Carpe Diem]의 자켓&뮤비 촬영 현장 속으로". Naver.
  13. ^ "[BF TALK] 인투잇 인표 "활동 마치고도 인터뷰, 꿈같은 일... 팬분들께 감사"① (인터뷰)". beffreport.
  14. ^ "IN2IT 1st Mini Album "Carpe Diem"の日本プロモーションイベント開催が決定!!". kissent.
  15. ^ ""달콤한 성탄"…IN2IT, 팬들과 함께 하는 크리스마스 팬콘". Sports Chosun.
  16. ^ "IN2IT&비, 타이페이 신년 카운트다운 참석…'韓가수 최초'". Sports Chosun.
  17. ^ "보이그룹 인투잇(IN2IT), 아시아 3개국 쇼케이스 투어 개최". The Star.
  18. ^ "인투잇 측 "김진섭, 메니에르 병으로 활동 중단"(공식입장)". ZenithNews.
  19. ^ "[오늘뮤직] 'SnapShot' 인투잇, '아이돌이야, 모델이야?'". ZenithNews.
  20. ^ "청하 엔플라잉 인투잇..'KCON 2018 JAPAN' 최종 라인업 합류". ENews24. Diarkibkan daripada yang asal pada April 16, 2018. Dicapai pada April 25, 2018.
  21. ^ "ゴールデンウィークのKchan!韓流TVは Power of K 生中継&韓ドラ バラエティをイッキ見 K-POPガールズグループ特集 オリジナル番組も". jiji. Diarkibkan daripada yang asal pada June 18, 2018. Dicapai pada June 18, 2018.
  22. ^ "Power of K LIVE 独占生中継". powerofk1.
  23. ^ "'2018 드림콘서트' 오늘(12일) 예매 시작, 글로벌 K팝 팬들 '뜨거운 관심'". TVDaily. Diarkibkan daripada yang asal pada June 18, 2018. Dicapai pada April 25, 2018.
  24. ^ "'D-1' 인투잇, 새 앨범 '인투 더 나이트 피버' 하이라이트 메들리 공개". zenithnews.
  25. ^ "[2018 KMF] 워너원-김동한 Pick! 블랙홀 같은 '블랙'의 매력 4". zenithnews.
  26. ^ "'KCON 2018 LA', 한 시간 만에 2만 5천여 석 매진". tenasia. Diarkibkan daripada yang asal pada July 27, 2018. Dicapai pada July 27, 2018.
  27. ^ "Watch: In2It Escapes To The Light In Intense "Run Away" MV". Soompi. Dicapai pada 2019-08-06.
  28. ^ "[공식입장] 인투잇(IN2IT), 소속사와 전속계약 해지 "팬카페-SNS, 멤버들이 직접 관리할 것" - 김효진 기자". 톱스타뉴스 (dalam bahasa Korea). February 10, 2020. Dicapai pada February 10, 2020.
  29. ^ "Musical,〈A SONG OF MEISSA〉". interpark (dalam bahasa Korea). October 1, 2021. Dicapai pada August 9, 2022.
  30. ^ "Summer for you: JIAHN, HYUNUK, INPYO FANMEETING 2022". hellolive. August 4, 2022. Dicapai pada June 28, 2022.
  31. ^ "IN2IT's Isaac Voo Shows His Reverse Charm through his Solo Debut Song "TIME BOMB"". k-popped. August 4, 2022. Dicapai pada August 9, 2022.
  32. ^ "Group name change announcement". Twitter. March 16, 2023.
  33. ^ @Official_SKYE_ on Twitter (April 4, 2023)
  34. ^ @official_in2it Instagram Post (August 5, 2023)
  35. ^ @Official_SKYE_ on Twitter (August 31, 2023)
  36. ^ (JP) CoA Official Japanese Website: CoA日本デビューシングル発売決定!!
  37. ^ "《少年24》9成员诞生!大马isaac撐足1年正式出道". Sinchew. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-06. Dicapai pada 2021-09-28.
  38. ^ "《少年24》9成员诞生 大马Issac撑足1年韩国出道". Orientaldaily.
  39. ^ a b "Gaon Album Chart". Gaon Chart.
  40. ^ Cumulative sales for "Carpe Diem":
  41. ^ Cumulative sales for "SnapShot":
  42. ^ Cumulative sales for "Into the Night Fever":
  43. ^ Cumulative sales for "Puzzle":
  44. ^ "Gaon Digital Chart". Gaon Music Chart.
  45. ^ "I'm Your Joker". March 16, 2020.
  46. ^ "인투잇 연태, 첫 OST 도전..'변혁의 사랑' 힘 싣는다". osen (dalam bahasa Korea). November 23, 2017.
  47. ^ Kim, Joo-hyun (April 24, 2019). "인투잇, '그녀의 사생활' 출연 이어 OST 가창까지... 'Shining Star'". Beff Report (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 24, 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]