Incarnation (kugiran)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Incarnation)
Incarnation
Berasal dariMalaysia Alor Star, Kedah
Genre
Tahun aktif2005–kini
Laman sesawang
www.facebook.com/incarnationcrew
Ahli
  • Shah
  • Azumbi
  • Najimi
  • Udey
  • Yadd


Incarnation merupakan sebuah kugiran heavy metal dari Alor Setar, Kedah yang dibentukkan pada tahun 2005. Kugiran mereka terdiri daripada vokalis Yadd, penggitar Najimie dan Udey, pemain bes Shah, dan pemain dram Azumbi.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Barisan awal Incarnation dibentuk pada tahun 2005 dari gabungan ahli kumpulan UPHOLD dan RESISTOL (di mana kedua-dua kumpulan tersebut telah pun berpecah) terdiri daripada Payet (vokal), Boy (gitar), Udey (gitar), Munet (bass) dan Mat Joe (dram). Akibat daripada masalah komitmen terhadap band, Payet, Munet, Mat Joe, dan Boy terpaksa meninggalkan INCARNATION membuatkan kumpulan tersebut tidak aktif untuk sementara waktu.

Sekitar tahun 2006, INCARNATION mula aktif kembali apabila Cokman, (ex-RESISTOL), Najmi (ex-RESISTOL), Azumbi (ex-THE HIDDEN) dan Shah menyertai kumpulan itu. Ketika itu, Najmi mengajak mereka untuk menyertai pertandingan Blast Off! 3 yang dianjurkan oleh Astro Hitz.tv tetapi tidak diterima kerana muzik yang mereka bawakan dikatakan terlalu keras. Tidak patah semangat, mereka mula membuat persembahan hampir di seluruh Semenanjung Malaysia mempromosikan lagu-lagu mereka ketika itu iaitu "Forgiveness" dan In Last Bleed".

Akan tetapi disebabkan masalah komitmen terhadap INCARNATION, Cokman terpaksa meninggalkan kumpulan tersebut dan posisi vokal diganti dengan Yadd (ex-THE HIDDEN).

Nama INCARNATION mula dikenali ramai apabila mereka menyertai festival metal dan hardcore di Kuala Lumpur iaitu MYHC Fest pada tahun 2007. Disebabkan oleh persembahan mereka yang penuh bertenaga dan menghiburkan, jemputan untuk bermain gig mula datang mencurah-curah termasuklah daripada Singapura. Ini membuatkan mereka membuat keputusan untuk merakam album sulung mereka iaitu "Stainless Perfect Murder" , dirilis secara independent pada tahun 2008. Mereka juga membuat sebuah mini tour di Indonesia (jakarta dan Surabaya) untuk mempromosikan album ini di mana mereka mendapat feedback yang positif daripada peminat-peminat metal di sana. Setelah pulang ke tanahair, mereka terus menerus bermain gig-gig di seluruh Semenanjung Malaysia. Ada di antara gig-gig tersebut, mereka menjadi "opening act" untuk Soilwork, Misery Signals, Parkway Drive, dan sebagainya.

INCARNATION menempa nama sekali lagi di Indonesia apabila mereka menyertai Macbeth x Crooz tour pada tahun 2009 yang berlangsung di Tambun, Jakarta, Bandung, Surabaya dan Bali. Dikatakan mereka adalah kumpulan metal pertama yang membuat persembahan di Hard Rock Cafe, Bali. Paa tahun yang sama juga, mereka mencipta sejarah memenangi JUNKSOUNDS BEST HARDCORE/METAL ACT 2009 yang dikendalikan oleh Junk Online di mana mereka adalah satu-satunya band daripada Malaysia yang memenangi anugerah tersebut.

Kemudian pada tahun 2010, Azumbi dan Shah keluar daripada INCARNATION kerana masalah peribadi dan komitmen digantikan dengan Areef (SYMBIOTIC IN THEORY) di posisi bass manakala Arab (SYMBIOTIC IN THEORY) di posisi dram). Kemudian mereka mengeluarkan satu single "The Provocateur" sebagai tanda mereka masih aktif dan dalam proses mengeluarkan album kedua. Kemudian pada tahun 2014, INCARNATION meriliskan satu EP bertajuk "Killer Persistence" yang memuatkan 7 lagu tetapi malangnya Yadd terpaksa menamatkan perjalanannnya bersama INCARNATION kerana masalah komitmen. Maka, Anep daripada DICK TRACY menampilkan diri sebagai vokalis mereka di tahun 2015.

Akan tetapi, perjalanan INCARNATION berakhir di pentas Rock The World 2015 (sebagai persembahan terakhir) di mana mereka merasakan komitmen mereka terhadap INCARNATION makin berkurangan atas alasan kerja dan perbalahan kreativiti.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

  • Anep - penyanyi (2015 - 2015)
  • Najmi - pemain gitar (2006-2015)
  • Udey - pemain gitar (2005 - 2015)
  • Areef - pemain bass (2010 - 2015)
  • Arab - dram (2010 - 2015)


Bekas Ahli
  • Payet - penyanyi (2005-2006)
  • Boy - pemain gitar (2005 - 2006)
  • Munet - pemain bass (2005 - 2006)
  • Mat Joe - pemain dram (2005 - 2006)
  • Azumbi - pemain dram (2006 - 2010)
  • Shah - pemain bass (2006 - 2010)
  • Yadd - penyanyi (2007 - 2014)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]