Indah Water

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.
(IWK)
Jenis/bentuk sahSyarikat berkaitan kerajaan
IndustriBekalan air, pengurusan sisa dan sanitasi
Ditubuhkan2 April 1994; 30 tahun yang lalu (1994-04-02)[1]
Ibu pejabatNo 44, Jalan Dungun, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh penting
  • YB Tuan Haji Ahmad Johnie Bin Zawawi (Pengerusi)
  • Narendran Maniam (Ketua Pegawai Eksekutif)[2]
PemilikMenteri Kewangan Diperbadankan
Bilangan kakitangan3,319 (2019)[1]
Tapak webwww.iwk.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (juga dikenali sebagai Indah Water atau IWK) merupakan syarikat pembetungan dan pengurusan sisa kumbahan Malaysia.[3] Ia merupakan syarikat berkaitan kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan yang telah diamanahkan dengan tugas untuk membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan cekap untuk Malaysia Barat.[3] Pengurusan dan operasi syarikat ini ditadbir sejajar dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Indah Water ditubuhkan pada 2 April 1994[1] selepas Kerajaan Persekutuan telah menganugerahkan konsesi kepada syarikat untuk mengambil alih perkhidmatan pembetungan seluruh negara, di mana sebelum ini di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan.[3] Sejak itu, Indah Water telah mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.[3][5]

Pada Jun 2000, sebagai testimoni seriusnya, Kerajaan telah memastikan sistem pembetungan yang teratur dan efisien dikendali dan diselenggarakan dengan jayanya. Kerajaan melalui Menteri Kewangan Diperbadankan telah mengambil alih semua ekuiti dalam Indah Water daripada pemilik persendirian terdahulu.[3]

Indah Water berkongsi kepakaran pengurusan air sisa dengan beberapa negara Asia di bawah Pelan Transformasi IWK 2020 (ITP2020) yang dimulakan pada tahun 2017. Rancangan ini akan memberi tumpuan kepada empat tonggak berbeza iaitu pembangunan modal insan, inovasi, automasi dan teknologi.[6]

Sehingga Februari 2019, Indah Water berkhidmat untuk lebih daripada 25 juta penduduk yang setara, mengendalikan dan menyelenggarakan lebih daripada 7,000 loji rawatan kumbahan dan sekitar 20,000 km saluran paip kumbahan bawah tanah.[7]

Indah Water melancarkan buku bertajuk Indah Water Memacu Negara pada Disember 2019, sempena ulang tahun penubuhannya ke-25.[8][9][10]

Pada 1 Januari 2021, Indah Water mengambil alih pembetungan Kelantan.[11]

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Badan pemberi anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2023 Anugerah Air Global 2023 Anugerah Cemerlang dalam Agensi Air Awam Tahun Ini Indah Water Menang [12]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "IWK celebrates 25th aniversary with keen eye on effluent discharge standards". The Malaysian Reserve. 5 April 2019. Dicapai pada 17 May 2019.
  2. ^ "Wastewater company gets new CEO". The Star Online. 31 August 2019. Dicapai pada 17 May 2020.
  3. ^ a b c d e "Indah Water: Corporate Profile". Indah Water. Dicapai pada 19 May 2020.
  4. ^ "Operasi IWK ikut piawaian JAS". Sinar Harian. 4 Februari 2020. Dicapai pada 19 May 2020.
  5. ^ "Indah Water takes over 2 sewerages services in Johor". The Malaysian Reserve. 10 March 2020. Dicapai pada 19 May 2020.
  6. ^ Nabil Basaruddin (5 January 2018). "Indah Water to share expertise with several Asian countries". New Straits Times. Dicapai pada 23 May 2018.
  7. ^ Tharanya Arumugam (28 December 2019). "Crack down on those polluting waterways, says IWK CEO". New Straits Times. Dicapai pada 17 May 2020.
  8. ^ "IWK launches book to mark 25th anniversary". The Malaysian Reserve. 20 December 2019. Dicapai pada 17 May 2020.
  9. ^ Wan Syamsul Amly (17 December 2019). "Buku 'Memacu Negara' kupas sejarah penubuhan IWK". Astro Awani. Dicapai pada 17 May 2020.
  10. ^ Meng Yew Choong (19 December 2019). "Indah Water thanks media for keeping it on its toes". The Star Online. Dicapai pada 17 May 2020.
  11. ^ "Indah Water takes over in Kelantan". The Star Online. 20 December 2020. Dicapai pada 13 March 2021.
  12. ^ "IWK wins distinction for sustainability effort at Global Water Awards". FMT Business. Free Malaysia Today. 1 Jun 2023. Dicapai pada 8 Ogos 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]