Indera Bangsawan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Indera Bangsawan
PengarahDhiresh Ghosh
PenulisM. Babjan
H. M. Rohaizad
Cerita olehM. Babjan
DibintangiJins Shamsuddin
Kuswadinata
Sarimah
Saadiah
SinematografiPurushotham
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
1961
Negara Singapura
BahasaMelayu

Indera Bangsawan merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1961. Filem Indera Bangsawan diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Filem Indera Bangsawan mula ditayangkan pada 1961 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Jins Shamsuddin, Kuswadinata, Sarimah, Saadiah dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Indera Bangsawan diarah oleh pengarah Dhiresh Ghosh pada 1961.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah dua orang putera raja kembar yg lahir bersama-sama dengan senjata-senjata hikmat. Senjata anak panah bernama Panca Indera, kepunyaan Putera Indera Shahperi dan senjata pedang pula bernama Panca Alam, kepunyaan Putera Indera Bangsawan.

Dengan adanya senjata hikmat & ilmu yg telah mereka pelajari selama 10 tahun, mereka berdua harus mengharungi pelbagai-bagai dugaan demi menyelamatkan negeri-negeri jiran yang dibawah ancaman makhluk-makhluk jahat.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Jins Shamsuddin sebagai Putera Bongsu Indera Bangsawan
  • Kuswadinata sebagai Putera Sulong Indera Shahperi
  • Sarimah sebagai Puteri Ratna Gemala Sari
  • Saadiah sebagai Puteri Ratna Saerah
  • Kemat Hassan sebagai Raja Kasmiran
  • Omar Suwita sebagai Datuk Menteri
  • Mustarjo sebagai Tok Nujum
  • Ibrahim Pendek sebagai Si Gambar
  • S. Shamsuddin sebagai Si Jambul
  • Haji Mahadi sebagai Raja Indera Bongsu
  • K. Fatimah sebagai Permaisuri
  • S. Kadarisman sebagai Ninda Kobat Shah
  • Shariff Dol sebagai Datuk Menteri
  • Malek Sutan Muda sebagai Tok Nujum
  • Rahmah Rahmat sebagai Penyanyi Istana
  • H. M. Rohaizad sebagai Putera Kecubung Rendang dari negeri Pucuk Kelompang
  • Ali Fiji sebagai Putera Putih Mempelam dari negeri Cendawan Hitam, keadaan negeri aman dan tenteram, cuma rakyatnya banyak yang demam.
  • M. Zain sebagai Putera Kuntum Selasih dari negeri Kenanga Putih, rakyat negeri rajin dan bersih, banyak yang hitam dari yang putih.
  • H. M. Busra sebagai Putera Asyikin Tahyol dari negeri Mutiara Bonjol, rakyat negeri banyak yang jendol, dia seorang saja yang gemok-gedempol.
  • Ibrahim Hassan sebagai Putera Lesung Melukut dari negeri Kiambang Bertaut
  • Hashim Salleh sebagai Datuk Bentara
  • M. Babjan sebagai Jin Boragas dari Gua 7 Bermata
  • Zainon Fiji sebagai Kakak Boragas

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]